Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Apakah hukumnya jika seseorang ibu itu menyusukan anak sehingga terlepas waktu solat, dan pada ketika itu ibu tersebut hanya berseorangan dengan anaknya dan anak tersebut tidak mahu melepaskan susu ibunya.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Para ulama meletakkan 6 jenis keadaan seseorang itu tidak berdosa melewatkan solat melepasi waktunya:

  • Tidur, jika tidur sebelum waktu solat.
  • Lupa
  • Jamak solat.
  • Paksaan
  • Takut terlepas waktu wuquf di Arafah.
  • Menyelamatkan perkara yang dimuliakan syarak daripada rosak dan binasa.[1]

Pengecualian ini diambil kefahaman daripada hadis Nabi SAW:

رُفِعَ القَلَمُ عَنْ ثَلاَثَةٍ: عَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ، وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَشِبَّ، وَعَنِ الْمَعْتُوهِ حَتَّى يَعْقِلَ

Maksudnya: “Tiga golongan orang yang tidak akan dicatat (yakni terbebas dari beban kewajiban): orang tidur sehingga ia bangun, anak kecil sampai ia dewasa, dan orang gila sampai ia waras.”[2]

Seterusnya, daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ تَجَاوَزَ لِيْ عَنْ أُمَّتِي : الْخَطَأُ وَالنِّسْيَانُ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT telah memaafkan untukku daripada umatku akan perkara yang dilakukan dengan tersilap, perkara yang dilakukan dengan terlupa dan perkara yang mereka dipaksa melakukannya.”[3]

Kami memahami dilema yang berlaku kepada ibu tersebut. Kebiasaannya, bayi akan meronta-ronta dan menangis apabila dilepaskan daripada susu ibunya tanpa kemahuannya. Dalam keadaan tertentu, anak itu mungkin terdedah kepada pelbagai bahaya apabila bergerak seperti jatuh katil dan sebagainya apabila ingin mencari ibunya.

Menjawab soalan di atas, kami jawab dengan dua situasi.

  • Sekiranya anak itu jika dibiarkan, hanya menangis sahaja tanpa dikhuatiri akan mendedahkan dirinya kepada bahaya, maka wajib bagi ibu tersebut untuk solat fardhu pada waktunya. Harus bagi ibu itu untuk meringkaskan solat dengan meraikan rukun yang wajib sahaja jika ditakuti berpanjangan solatnya akan menyebabkan mudarat bagi anaknya. Kami nasihat ibu itu perlu kreatif untuk meletakkan anaknya di tempat yang selamat semasa dia menunaikan solat fardhu seperti di dalam katil bayi yang berpagar dan di dalam bilik yang selamat. Sekiranya anak itu diletakkan di sebelahnya, ketika solat anak itu menghampiri:
    • Jika anak itu tidak diyakini menanggung najis, seperti tidak zahir najis atau bau, harus mendokong anak itu atau menanggungnya.
    • Jika anak itu diyakini menanggung najis, maka tidak batal hanya kerana bersentuhan dengan anak itu. Adapun jika mendokong, mengangkat atau menggenggam tangannya, maka itu dianggap menanggung najis dan membatalkan solat.
  • Sekiranya anak itu jika dibiarkan akan mengakibatkan kebinasaan yang spontan, seperti ketika berada di tebing bukit yang tinggi atau di atas sampan, maka harus bagi ibu tersebut melewatkan solatnya walaupun habis waktu. Ini kerana hal ini dianggap darurat.

Dalam hadis riwayat daripada Anas bin Malik R.A, beliau berkata:

مَا صَلَّيْتُ وَرَاءَ إِمَامٍ قَطُّ أَخَفَّ صَلاَةً، وَلاَ أَتَمَّ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَإِنْ كَانَ لَيَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ، فَيُخَفِّفُ مَخَافَةَ أَنْ تُفْتَنَ أُمُّهُ

Maksudnya: “Aku tidak pernah sekali-kali solat di belakang seorang imam yang lebih ringkas solatnya, namun lebih sempurna melainkan Nabi SAW. Jika Baginda mendengar tangisan bayi, Baginda akan meringkaskan solat dan bacaan kerana bimbang ibu bayi itu berasa terganggu.”[4]

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: ‘أَنْ تُفْتَنَ أُمُّهُ’ (ibu bayi itu terfitnah atau berasa terganggu), Yakni tidak dapat fokus dan menumpukan perhatian dalam solatnya kerana hatinya disibukkan oleh tangisan anak itu.[5]

Kami menasihatkan agar para ibu tidak mencuaikan tanggungjawab mereka untuk menunaikan solat sekalipun kasihan melihat anak yang menangis. InsyaAllah Allah SWT akan bantu kita apabila kita bersungguh menunaikan perintah-Nya. Begitu juga para suami wajiblah membantu isteri untuk memenuhi tanggungjawab dirinya kepada Pencipta-Nya dengan memberi pendidikan agama yang sempurna dengan penyampaian yang tepat, berhikmah dan bersabar. Jangan menyindir-nyindir kejahilan isteri kerana itu hanya membawa kepada fitnah yang lebih besar pada agamanya. Hendaklah pasangan suami isteri itu saling menolong agar impian Baiti Jannati (Rumahku Syurgaku) itu dapat direalisasi dalam keredhaan Allah Azza wa Jalla.

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 21 April 2022 bersamaan 19 Ramadhan 1443H

The shortcode is missing a valid Donation Form ID attribute.

[1] Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 190-191

[2] Riwayat al-Tirmizi (1423)

[3]Riwayat Ibn Majah (2043)

[4] Riwayat al-Bukhari (708)

[5] Lihat Fath al-Bari, 4/354

Leave a Reply