Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.

Soalan:       

Assalamualaikum w.b.t. Adakah digalakkan juga solat dua rakaat sesudah tayammum dan mandi wajib? Mohon pencerahan. Terima Kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Secara umumnya, tayammum dan mandi wajib termasuk dalam wasilah untuk mengangkat hadas, di mana tayammum adalah ganti kepada wuduk dan mandi wajib pula adalah untuk mengangkat hadas besar.

Berbalik kepada persoalan yang ditanyakan, pada asasnya, ia berkait rapat dengan solat sunat wuduk dan solat sunat wuduk termasuk dalam salah satu solat sunat yang disyariatkan dan thabit sandarannya di sisi syarak. Dalam al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah dinyatakan, ulama dalam kalangan mazhab Hanafi, Syafi‘i dan Hanbali berpendapat bahawa digalakkan (sunat) untuk orang yang berwuduk untuk mendirikan solat sunat dua rakaat selepas selesai berwuduk. Hal ini adalah berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ الْوُضُوءَ وَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ يُقْبِلُ بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ عَلَيْهِمَا إِلاَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ

Maksudnya:Tidak ada seorang pun yang berwuduk, kemudian dia memperelokkan wuduknya lalu mendirikan solat dua rakaat yang dia memfokuskan jantung hati serta wajahnya dalam mengerjakannya melainkan wajib buat dirinya itu syurga.”

Riwayat Abu Daud (906)

Walau bagaimanapun, ulama dalam kalangan mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat, orang yang berwuduk hendaklah mendirikan solat sunat wuduk pada selain daripada waktu dilarang iaitu lima waktu yang ditegah padanya untuk mendirikan solat. Hal tersebut adalah kerana meninggalkan perkara yang dilarang (haram) adalah lebih utama daripada melakukan perkara yang sunat.

Selain daripada itu, ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i juga menyatakan, dalam hadith di atas terdapatnya galakan untuk mendirikan solat dua rakaat mahupun lebih selepas setiap kali berwuduk dan hukumnya adalah sunat muakkad. Begitu juga solat sunat ini boleh didirikan pada waktu yang dilarang — yakni untuk solat — atau selainnya kerana terdapatnya sebab untuk menunaikannya. (Lihat al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 43/379).

Solat Sunat Sesudah Tayammum dan Mandi Wajib

Begitu juga menurut al-Safiri, digalakkan (sunat) bagi seseorang itu, apabila dia selesai daripada bertayammum atau mandi wajib untuk mendirikan solat dua rakaat sesudahnya seperti mana digalakkan juga untuk mendirikan solat dua rakaat sesudah berwuduk. Ini adalah sebagaimana pendapat yang dipilih oleh al-Bulqini dan dia mengqiaskan kedua-duanya dengan wuduk serta tidak diketahui adanya ulama yang menyanggahi pendapatnya.

Pendapat mengenai galakan (sunat) untuk mendirikan solat sesudah bertayammum, boleh diistinbatkan berdasarkan kepada riwayat Abu Zar bahawa Nabi SAW bersabda:

الصَّعِيدُ الطَّيِّبُ وَضُوءُ الْمُسْلِمِ

Maksudnya:Tanah yang baik adalah wuduk bagi Muslim.

Riwayat Abu Daud (332); Riwayat al-Tirmizi (124); Riwayat al-Nasa’i (322); al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari (1/283) menyatakan sanadnya adalah kuat.

Justeru, jika tayammum itu adalah wuduk, maka ia termasuk dalam keumuman lafaz Nabi SAW dalam hadith mengenai solat sunat wuduk ini iaitu “نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا”. (Lihat al-Majalis al-Wa‘ziyah fi Syarh Ahadith Khair al-Bariyyah, 2/375).

Kesimpulannya

Oleh itu, berdasarkan kepada perbincangan di atas, kami berpendapat bahawa mendirikan solat sunat dua rakaat sesudah bertayammum dan mandi wajib juga adalah dibolehkan, bahkan digalakkan (sunat) berdasarkan kaedah qias sebagaimana yang telah disebutkan di atas.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Wallahu a‘lam.

Bertarikh: 8 Mac 2023 bersamaan 15 Syaaban 1444H

Leave a Reply