Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.

Soalan:

Benarkah kita disuruh bersegera dalam berbuka puasa?

Jawapan:

Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.

Dalam menjawab persoalan ini, para ulama berpendapat berbuka dengan segera adalah sunat dan amat digalakkan. 

Nabi SAW pernah bersabda:

لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الفِطْرَ

Maksudnya: “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa.”

Riwayat al-Bukhari (1957) dan Muslim (1098)

Berdasarkan kepada hadis ini, Syeikh Mustafa al-Bugha ada menyertakan komentarnya terhadap hadis ini, beliau menyatakan bahawa lafaz ‘لاَ يَزَالُ’ memberi makna bahawa mereka kekal dalam keluasan dan kerehatan sekiranya mereka berbuka setelah pasti terbenamnya matahari. Hal ini kerana, ia lebih memudahkan mereka dan menguatkan mereka untuk mengerjakan ibadah, begitu juga membolehkan mereka memperoleh ganjaran pahala tambahan oleh kerana pegangan mereka terhadap sunnah Rasulullah SAW. (Lihat Sahih al-Bukhari Tahqiq: Muhammad Zuhair bin Nasir al-Nasir, 3/36)

Al-Bujairimi mengulas hadis ini bahawa manusia atau umat Islam berada dalam kebaikan atas sebab perbuatan menyegerakan berbuka puasa adalah kerana sekiranya mereka melewatkan berbuka, maka mereka sebenarnya telah menyalahi sunnah, dan kebaikan tidak akan ada melainkan hanya dengan menuruti sunnah. (Lihat Tuhfat al-Habib ‘ala Syarh al-Khatib, 2/382)

Seterusnya, al-Syirbini menukilkan bahawa sunat menyegerakan berbuka apabila telah pasti matahari sudah terbenam berdasarkan kepada hadis sahih ini. Ia juga berlawanan dengan amalan penganut-penganut agama Yahudi dan Nasrani yang melewatkan berbuka puasa. (Lihat Tuhfat al-Habib ‘ala Syarh al-Khatib, 2/382) Oleh yang demikian, makruh hukumnya jika seseorang itu melewatkan berbuka puasa. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi‘i, 2/91) Begitu juga sekiranya dia sengaja melewatkan berbuka kerana merasakan bahawa perbuatan tersebut mengandungi fadilat tertentu, walhal tidak ada sebarang fadilat terhadap perbuatan tersebut, maka makruh juga hukumnya. (Lihat Mughni al-Muhtaj Ila Ma‘rifat Ma‘ani Alfaz al-Minhaj, 2/165) Namun begitu, sekiranya dia melewatkan berbuka atas sebab sebarang keuzuran, maka ia tidak mengapa. (Lihat al-Mu‘tamad fi al-Fiqh al-Syafi‘i, 2/187)

Kami katakan fitrah manusia apabila berada dalam kelaparan, perkara utama ialah makan dan minum. Justeru, ia memenuhi kehendak manusia selepas imsak atau menahan diri dari makan dan minum pada siang harinya. Dengan cara ini, Allah SWT yang mengetahui kehendak hamba-hamba-Nya dengan syariatnyamenggalakkan untuk bersegera dalam berbuka puasa melalui lisan Nabi-Nya SAW. Wallahu a’lam.

Bertarikh: 23 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadhan 1444H

Leave a Reply