#1184: Tanda Hati Mati

-25%
Percuma Al-Quran
Rated 0 out of 5
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
Size Pocket
Rated 0 out of 5
RM10.00
Rated 0 out of 5
RM13.00

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Rated 0 out of 5
RM15.00

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Rated 0 out of 5
RM13.00

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Rated 0 out of 5
RM13.00

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Rated 0 out of 5
RM13.00
-29%
Rated 0 out of 5
Original price was: RM70.00.Current price is: RM50.00.

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Apakah tanda matinya hati?

Jawapan:

Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.

Ibnu Qayyim berkata matinya hati ialah orang yang tidak mengenali tuhannya, tidak beribadat kepada-Nya dengan perintah-Nya. Begitu juga apa yang Allah SWT suka dan redha dia tidak laksanakannya. Sebaliknya, dia tenggelam bersama syahwatnya dan kelazantannya yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Dia sanggup beribadat kepada selain dariapda Allah SWT dengan penuh perasaan cinta, takut, harap, redha, benci dan membesarkannya. Semuanya ini apabila bersama dengan mereka sudah tentu membawa kebinasaan.

مِنْ عَلَامَاتِ مَوْتِ الْقَلْبِ : عَدَمُ الحُزْنِ عَلَى مَا فَاتَكَ مِنَ المُوَافِقَاتِ ، وَتَرْكُ النَّدَمِ عَلَى مَا فَعَلْتَهُ مِنْ وُجُوْدِ الزَّلَّاتِ

Maksudnya: “Daripada tanda-tanda mati hati adalah ketiadaan dukacita atas apa yang luput dari kamu daripada ketaatan-ketaatan, dan meninggalkan penyesalan atas apa yang kamu perbuat daripada kegelinciran-kegelinciran.”

Kami nyatakan di sini sebahagian dariapda tanda-tanda matinya hati:

    • Jauh daripada zikrullah yang membawa ketenangan hati tetapi berkiblatkan kepada hawa nafsu. 
    • Tidak pernah mengambil peringatan dengan ayat-ayat Allah SWT serta lemahnya perasaan dan kesan apabila diberi peringatan. Begitu juga, sukar menjawab dan menyahut segala perintah Allah SWT dan Rasul-Nya. Ini antara alamat yang nyata bagi matinya hati. Seorang salafussoleh berkata, “Lelaki yang sebenar ialah yang takut mati hatinya, bukan takut mati jasadnya.”
  • Lagha dan lalai daripada mengingati dan bersedia untuk akhirat seperti banyak ketawa, membazir masa, dan buat perkara yang tidak berfaedah. Rasulullah SAW pernah bersabda:

وَلاَ تُكْثِرِ الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ

Maksudnya: “Dan jangan kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa mematikan hati.

Riwayat al-Tirmizi (2305), Ahmad (8095) dan Ibn Majah (4218). Syeikh Syu‘aib al-Arna’ut menilai sanadnya sebagai baik (jayyid) dalam Takhrij al-Musnad (8095). 

  • Cenderung yang melampau kepada kelazatan dunia sama ada dari segi makan minum, pakaian, kenderaan, tempat tinggal termasuk banyak bergaul dengan wanita, bersahabat dengan orang-orang yang bodoh. Inilah yang dikatakan oleh Muhammad bin Wasi’ al-Uzdi, “Empat perkara yang mematikan hati; melakukan dosa demi dosa, banyak berkawan dengan wanita-wanita dan bercakap dengannya, suka bergaul dengan orang-orang yang bodoh yang kamu kata kepadanya dan dia kata kepadamu, suka menghadiri majlis orang-orang yang mati.” Lantas, ditanya kepadanya, “Apakah dia menghadiri orang-orang yang mati?” Jawabnya, “Mengahdiri majlis orang kaya yang bermewah-mewahan dan pemerintah yang zalim.”
  • Antara penyebab hati mati dengan dipenuhi perasaan riya’ dan suka menonjolkan diri. Begitu juga, datangnya sifat takabbur dan ujub.
  • Antara tanda matinya hati ialah tidak merasa sedih dengan kedukaan umat dan golongan mustadh’afin, seolah-olah mereka tiada perasaan terhadap penderitaan golongan yang susah yang sedang menghadapi ujian dan tribulasi. Inilah sebahagian daripada tanda-tanda matinya hati. 

Semoga, Allah SWT jadikan hati kita sentiasa hidup yang diimarahkan dengan mentaati perintah Allah SWT. Amin.

Bertarikh: 30 Mac 2023 bersamaan 8 Ramadhan 1444H

Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda untuk penyelenggaraan operasi Maktabah Al-Bakri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *