• Laman Utama
  • Buku Fizikal
  • eBook
  • Hubungi Kami
  • Artikel
    • Ahkam Syar’iyyah
    • Tashih Al-Mafahim
    • English Section
  • Pertanyaan?

No products in the cart.

No Result
View All Result
  • Login
  • Register
No Result
View All Result
Maktabah al Bakri
No Result
View All Result
Home Soal Jawab Agama

#1401: Nazar Yang Tidak Dapat Ditunaikan

by Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
October 27, 2023
Reading Time: 4 mins read
0
1
Share on WhatsappShare on Facebook

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri, beberapa tahun lepas saya bernazar, sekiranya saya berjaya tamatkan pemgajian saya, saya nak belanja ibu ayah makan di sebuah restoran. Lepas sahaja habis pengajian, ayah saya kena strok dan tak dapat berjalan, jadi saya tangguh sebab agak sukar untuk bawa ke restoran tersebut tambahan pula saya masih menganggur. Beberapa hari lepas, ayah saya meninggal, jadi bagaimanakah caranya untuk saya laksanakan nazar tersebut sedangkan ayah saya telah meninggal? Mohon jasa baik ustaz untuk rungkaikan permasalahan saya.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Nazar dari sudut bahasa membawa erti berjanji melakukan kebaikan atau kejahatan. Manakala dari sudut istilah, nazar ditakrifkan sebagai :

اِلْتِزَامُ قُربُةِ لَم تَتَعَيَّن فِي الشَّرْعِ، إِمَّا مُطْلَقًا، أَوْ مُعَلَّقًا عَلَى شَيْء

Maksudnya: Mewajibkan ke atas diri sendiri suatu perbuatan qurbah (ibadah yang mendekatkan diri dengan Allah) yang tidak diwajibkan oleh syara’ (ke atas dirinya), sama ada secara mutlak atau pun dengan menta’liqkan (iaitu mengaitkan) dengan suatu perkara. (Lihat al-Mu‘tamad fi al-Fiqh al-Syafi‘ie, 2/501)

Hukum melaksanakan tuntutan nazar adalah wajib sekiranya ia merupakan suatu amal ketaatan. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ

Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka.”

(Surah Al-Hajj: 29)

Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu al-Mu’minin A’isyah R.Anha beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلاَ يَعْصِهِ

Maksudnya: “Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia mentaatinya. Dan sesiapa yang bernazar untuk bermaksiat kepadanya maka janganlah dia bermaksiat kepadanya.”

Riwayat al-Bukhari (6696)

Dalam menjawab persoalan di atas, kami nyatakan, bayarlah kaffarah nazar. Hadis daripada ‘Uqbah Bin Amir RA, daripada Rasulullah SAW, sabdanya:

كَفَّارَةُ النَّذْرِ كَفَّارَةُ اليَمِينِ

Maksudnya: “Kaffarah nazar sama seperti kaffarah sumpah.”

Riwayat Muslim (1645)

Oleh itu, jika seseorang itu bernazar dan tidak memenuhi nazarnya maka wajib baginya melaksanakan kaffarah nazar, di mana ia adalah sama seperti kaffarah sumpah.

Firman Allah SWT:

لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّـهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَـٰكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ الْأَيْمَانَ ۖ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ ۖ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ۚ ذَٰلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ ۚ وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya: “Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur.”

(Surah al-Maidah: 89)

Syeikh Al-Sabuni berkata: Wajib dilaksanakan kaffarah sumpah mengikut turutan kemampuan seperti berikut:

  • Membebaskan hamba yang beriman.
  • Memberi makanan yang mengenyangkan kepada 10 orang fakir miskin.
  • Lazimnya makanan asasi yang dimakan oleh keluarga. Boleh juga disediakan wang dengan nilai makanan tersebut.
  • Membekalkan pakaian yang lengkap kepada 10 fakir miskin.
  • Jika tidak dapat menyediakan perkara tadi maka hendaklah berpuasa selama tiga hari.  (Lihat Safwah al-Tafasir, 1/263)

Dalam persoalan di atas, kami lebih cenderung kepada menunaikan kaffarah daripada jenis yang sama, dan manfaat yang sama. Justeru, berilah makan kepada 10 orang fakir miskin.

Selain itu, kami juga syorkan untuk menggantikan tempat bapa tersebut dengan adik beradik bapanya yang lain. Hal berdasarkan riwayat daripada Ziyad, katanya:

إِنِّي لَأَعْلَمُ بِمَا صَنَعَ عُمَرُ، جَعَلَ الْعَمَّةَ بِمَنْزِلَةِ الْأَبِ، وَالْخَالَةَ بِمَنْزِلَةِ الْأُمِّ

Maksudnya: “Aku sangat mengetahui dengan apa yang dilakukan oleh Umar. Dia menjadikan ibu saudara sebelah bapa setara dengan bapa, dan menjadikan ibu saudara sebelah ibu setara dengan ibu.”

Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf (31114)

Hal ini seolah-olah kita mengambil langkah ihtiyati. Namun, jika tidak didapati, maka dia boleh menjamu sesiapa yang disukai dan dikasihi oleh bapanya.

Wallahu a‘lam.

Bertarikh: 3 Mei 2023 bersamaan 12 Syawal 1444H

Previous Post

Sebarang Pertanyaan?

Next Post

#1402: Terlibat di dalam Kajian Klinikal

Next Post
#1402: Terlibat di dalam Kajian Klinikal

#1402: Terlibat di dalam Kajian Klinikal

Comments 1

  1. Uji Rashid says:
    7 months ago

    Assalamualaikum Dr. Zul,
    Minggu lepas saya telah berniat puasa qadha Ramadan selama 3 hari dan akan meneruskan puasa sunat 6 Syawal selepas itu. Sedang saya berpuasa sunat 6 Syawal pada hari ke 5 terlintas di ingatan saya bahawa saya telah berniat puasa qadha Ramadan bukannya niat puasa sunat 6 padahal selama ini sangkaan saya memang saya sedang berpuasa puasa 6 Syawal. Adakah puasa sunat 6 Syawal saya diterima? Terima kasih.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Result
View All Result

Recent Posts

  • #5001: Kenapa Dato’ Seri Jawab Soalan?
  • #5000: Busuk Daging dengan Sebab Bani Isra’il
  • #4999: Apakah Nabi SAW Pernah Lupa?
  • #4998: Kanak-kanak Mendapat Pahala Amal Kebaikan dan Diangkat  Daripada Mereka  Dosa
  • #4997: Marah Ketika Memberi Peringatan Jika Dilihat Sesuatu yang Tidak Betul

Recent Comments

  • SR on #5001: Kenapa Dato’ Seri Jawab Soalan?
  • Pakde Min on #119 Turutan Kelayakan Imam Solat
  • Qalisya Nair on #706 Keutamaan Antara Puasa Qadha’ Ramadhan dan Puasa Nazar
  • Nor Azizul Bin Khalil on #2549: Benarkah Rasulullah SAW Mempunyai Ayam Jantan?
  • Achika on #330: A Wife Following the Funeral Procession of Her Husband
  • Privacy Policy
  • Shipping, Cancellation & Refund Policy
  • Terms & Conditions
Hubungi kami: +60199003469

© 2023 Maktabah Al-Bakri

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Buku Fizikal
  • eBook
  • Hubungi Kami
  • Artikel
    • Ahkam Syar’iyyah
    • Tashih Al-Mafahim
    • English Section
  • Pertanyaan?

© 2023 Maktabah Al-Bakri

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

Insert/edit link

Enter the destination URL

Or link to existing content

    No search term specified. Showing recent items. Search or use up and down arrow keys to select an item.