Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Abang saya ada mengusahakan kebun atuk saya, sewaktu atuk saya hidup dia sudah membuat perjanjian dengan abang saya supaya abang saya mengusahakan kebun atuk saya. Tetapi apabila atuk saya meninggal dunia, pakcik-pakcik saya mengambil hasil buah yang abang saya usahakan tanpa memberi tahu dia dan tidak membahagikan keuntungan hasil jualan buah kelapa itu kepada abang saya.

Abang saya sudah menjalankan tanggungjawab dia seperti menjaga kebun, menanam pokok kelapa, membuat parit, membuat jalan, jambatan, membaja dan sebagainya sehinggakan abang saya sudah mengeluarkan hampir 100,000 ribu modal untuk mengusahakan kebun tersebut.

Semasa masih hidup, atuk saya menyuruh abang saya menguruskan kebun tersebut selamanya. Apabila sudah terjadi pergaduhan antara abang saya dan pakcik-pakcik saya jadi, abang saya ingin menyerahkan kebun tersebut kepada pakcik saya dengan meminta pakcik-pakcik saya membayar modal yang sudah dikeluarkan oleh abang saya. Tetapi pakcik saya tidak bersetuju. Apakah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Dalam menjawab persoalan di atas, kami syorkan untuk membawa perkara ini ke mahkamah untuk diputuskan dengan sebaik-baiknya. Hal ini kerana, jika dibiarkan, maka ia boleh jadi akan berterusan dan tidak dapat diselesaikan. Hal ini juga seperti disebut dalam kaedah:

حُكْمُ الْحـَاكِمِ يَرْفَعُ الخِلَافَ

Maksudnya: “Keputusan hakim (yakni pemerintah) mengangkat khilaf.

Mudah-mudahan, dengan cara itu, permasalahan seperti ini akan dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Wallahu a‘lam.

Bertarikh: 30 Mei 2023 bersamaan 10 Zulkaedah 1444H

Leave a Reply