Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.

Soalan :

Assalamualaikum Datuk, saya ingin bertanya bab nazar, jika saya bernazar menyembelih seekor kambing jika anak saya mendapat perkerjaan, siapa yang tidak boleh makan daging dari sembelihan itu?

Jawapan :

Waalaikumussalam w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Pada asasnya, nazar dari sudut bahasa membawa erti berjanji melakukan kebaikan atau kejahatan. Manakala dari sudut istilah, nazar ditakrifkan sebagai :

اِلْتِزَامُ قُربُةِ لَم تَتَعَيَّن فِي الشَّرْعِ، إِمَّا مُطْلَقًا، أَوْ مُعَلَّقًا عَلَى شَيْء

Maksudnya: “Mewajibkan ke atas diri sendiri suatu perbuatan qurbah (ibadah yang mendekatkan diri dengan Allah) yang tidak diwajibkan oleh syara’ (ke atas dirinya), sama ada secara mutlak atau pun dengan menta’liqkan (iaitu mengaitkan) dengan suatu perkara.” (Lihat al-Mu‘tamad fi al-Fiqh al-Syafi‘ie, 2/501)

Hukum melaksanakan tuntutan nazar adalah wajib sekiranya ia merupakan suatu amal ketaatan. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ

Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka.”

(Surah Al-Hajj: 29)

“Nazar adalah seseorang mengikat dirinya untuk melakukan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh agama, seperti seseorang berkata, ‘Aku berjanji untuk berkorban,’ atau ‘Aku akan bersedekah jika Allah menyembuhkan penyakitku.’ Ini dalam bentuk syarat kepada Allah Azza wa Jalla.

Allah SWT juga memuji terhadap golongan yang menyempurnakan nazar yang dilakukan oleh mereka dan sikap mereka yang takutkan kepada azab-Nya dengan berfirman:

يًوفُونَ بِالنَّذْرِ وَيَخَافُونَ يَوْمًا كَانَ شَرُّهُ مُسْتَطِيرًا

Maksudnya: “(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.”

(Surah al-Insan: 7)

Namun begitu, sesungguhnya kewajipan menunaikan nazar itu bergantung kepada berlakunya dan tercapainya perkara yang dinazarkan tersebut. Dalam hal ini, Ibn al-Qudamah menyebut di dalam kitabnya al-Mughni:

التِزَامُ طَاعَةٍ فِي مُقَابِلِ نِعْمَةٍ اسْتَجْلَبَهَا أَوْ نَقْمَةٍ اسْتَدْفَعَهَا كَقَوْلِهِ : إِن شَفَانِي اللهُ فَللهِ عَلَيَّ صَوْمُ شَهْرٍ فَتَكُونُ الطَاعَةُ المُلْتَلْزِمَةُ ممَّا لَهُ أَصْلٌ فِي الوُجُوبِ بِالشَرْعِ

Maksudnya: Menjadi wajib satu ketaatan bagi nikmat yang tertentu yang diperolehinya atau satu bala tertentu yang dapat dielakkannya dengan berkata -sebagai contoh, “Jika sekiranya Allah SWT menyembuhkan aku daripada penyakit ini, maka bagi Allah SWT keatas aku berpuasa selama sebulan”. Maka ia menjadi satu ketaatan yang wajib ditunaikan selagimana mempunyai asal dalam syarak. (Rujuk al-Mughni Li Ibn al-Qudamah, 13/622)

Justeru, apabila sesuatu nazar tercapai, maka wajib untuk seseorang itu melaksanakan apa yang dinazarkannya. Walaubagaimanapun, jika nazar itu tidak tercapai, maka tiada kewajipan ke atas dia untuk melaksanakan apa yang dinazarkan tersebut.

Merujuk kepada persoalan di atas, binatang sembelihan atau apa-apa masakan yang telah dinazarkan adalah sepertimana hukum korban atau akikah yang dinazarkan iaitu haram dimakan oleh penazar dan tanggungannya (ahli keluarganya). Sekiranya dia makan, maka wajiblah diganti.Para ulama’ telah menetapkan bahawa korban yang dilaksanakan kerana menunaikan nazar yang telah tercapai, tidak boleh dimakan oleh orang yang melakukan korban tersebut. Hal ini kerana korban yang dilaksanakan tersebut wajib untuk disedekahkan kesemuanya kepada golongan fakir dan miskin. Ini bersandarkan kepada satu hadis yang diriwayatkan oleh Ummu al-Mu’minin A’isyah R.Anha beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلاَ يَعْصِهِ

Maksudnya: “Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia mentaatinya. Dan sesiapa yang bernazar untuk bermaksiat kepadanya maka janganlah dia bermaksiat kepadanya.”

Riwayat al-Bukhari (6696)

Jika sekiranya seseorang itu telah memakan daripadanya, hendaklah dia mengeluarkan sejumlah wang mengikut kadar yang telah dimakannya tersebut. Selain itu, tidak perlu untuk dia menyembelih lagi haiwan yang lain sebagai ganti kepada bahagian yang telah dimakan tersebut. (Rujuk al-Mu’tamad fi Mazhab al-Syafie, 2:485)

 

Wallahua’lam

Bertarikh: 16 Jun 2023 bersamaan 27 Zulkaedah 1444H

Leave a Reply