Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Saya ingin bertanya tentang hukum passive income daripada syarikat (Xfox Market Trading) adakah halal atau haram?

 

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW  sehingga ke Hari Kiamat.

Pendapatan pasif termasuk pendapatan tetap daripada sumber selain daripada majikan atau kontraktor. Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS) mengatakan pendapatan pasif boleh datang daripada dua sumber: harta sewa atau perniagaan yang seseorang itu tidak mengambil bahagian secara aktif, seperti dibayar royalti buku atau dividen saham.

Dalam menjawab persoalan di atas, jika sekiranya ia daripada syarikat (Xfox Market Trading) tiada sebarang  unsur riba, gharar dan bercanggah dengan fiqh muamalat dalam Islam, maka, hukumnya adalah harus. 

Saya syorkan boleh merujuk kepada Suruhanjaya Sekuriti Syariah bagi mengenalpasti syarikat yang tersenarai dalam patuh syariah atau sebaliknya. Harapan saya agar kita mempelajari fiqh muamalat dengan mendalam apabila ingin melaksanakan aktiviti perniagaan sama ada pasif atau sebaliknya. 

لَا يَبِعْ فِي سُوقِنَا إِلَّا مَنْ قَدْ تَفَقَّهَ فِي الدِّينِ

Maksudnya: “Tidak boleh melakukan aktivitas jual beli di pasar kita kecuali seseorang yang telah memahami fikih dalam beragama.

Al-Tirmidzi di dalam Sunannya (487) menilai riwayat di atas dengan “hasan gharib” Sanad yang dibawakan melalui gurunya, iaitu Abbas bin Abdul Azhim al-Anbari, sampai pada Umar bin al-Khaththab adalah Abbas bin Abdul Azhim al-Anbari, Abdurrahman bin Mahdi, Malik bin Anas, al-Alaa bin Abdurrahman bin Yaqub, dari ayahnya, dari datuknya.

Justeru, alangkah baiknya kita dapat mempelajari fiqh muamalat dengan lebih berkesan agar kefahaman selari dengan Islam. 

Bertarikh: 21 Jun 2023 bersamaan 2 Zulhijjah 1444H

Leave a Reply