#1864: Zakat Untuk Wang KWSP Yang Dikeluarkan

-25%
Percuma Al-Quran
Out of stock
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
Size Pocket

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

RM15.00

Buku Fizikal

Imam Mahdi

RM13.00

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

RM13.00

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

RM13.00
-29%
Original price was: RM70.00.Current price is: RM50.00.

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Saya berumur 55 tahun, jumlah simpanan KWSP yang boleh dikeluarkan RM 500 ribu, tetapi saya hanya keluarkan RM 200 ribu. Pertanyaan saya, zakat yang perlu dikeluarkan, adakah 2.5% daripada RM 200 ribu atau 2.5% dari RM 500 ribu?

 

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW sehingga ke Hari Kiamat.

Takrif KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. 

KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Setiap kakitangan kerajaan dan juga badan-badan berkanun dikehendaki mencarum sebanyak 9% daripada gajinya ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ini bererti bahawa jumlah wang yang terkumpul hasil daripada pencaruman tersebut boleh meningkat kepada jutaan ringgit memandangkan jumlah kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanun adalah ramai. 

Bilangan kakitangan berkenaan yang beragama Islam merupakan kumpulan majoriti yang mencarum kepada KWSP. Sekiranya dibuat potongan terhadap simpanan itu sebagai menunaikan kewajipan membayar zakat sudah tentu jumlah yang akan didapati cukup untuk dijadikan modal bagi mengembangkan harta dan dikembalikan faedahnya kepada golongan yang berhak menerimanya sebagaimana yang dijelaskan dalam Islam.

Berbalik kepada persoalan di atas, berkenaan zakat, perkataan zakat (الزكاة) diambil daripada (زكا الشيء), yang bermaksud sesuatu itu bertambah dan subur. Begitu juga (زكا الزرع وزكت التجارة), yang bermaksud tanam-tanaman dan perniagaan subur (maju) dan bertambah.

Zakat juga bererti bersih. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا

Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).

(Surah al-Syams: 9)

Berdasarkan ayat di atas, orang yang berjaya ialah orang yang membersihkan dirinya daripada segala akhlak yang buruk.

Pengertian zakat menurut istilah syara’ ialah kadar tertentu yang diambil daripada sebahagian harta tertentu, yang wajib diberikan kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syarat yang ditentukan.Harta yang diberikan kepada golongan tertentu itu dinamakan zakat. Ini adalah kerana pengagihan tersebut dan dengan doa penerimanya akan menyebabkan baki hartanya menjadi subur dan bertambah berkat.

Mengeluarkan zakat juga bererti membersihkan harta daripada sebarang perkara syubhah. Dengan kata lain, ia akan mengeluarkan hak orang lain yang ada dalam harta berkenaan, terutamanya hak orang yang benar-benar berhajat dan memerlukannya. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/629-630)

Zakat wang simpanan merupakan zakat yang dikeluarkan oleh pendeposit daripada simpanan yang telah cukup haul (genap setahun) dan cukup nisabnya sama ada di dalam akaun simpanan biasa, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, amanah saham, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta lain-lain yang dikategorikan  dalam bentuk simpanan.

Rasulullah SAW bersabda:

لَيْسَ فِيمَا دُونَ خَمْسِ أَوَاقٍ مِنَ الْوَرِقِ صَدَقَةٌ

Maksudnya: “Tidak wajib zakat perak jika jumlahnya kurang daripada lima Uqiyah (40 dirham).”

Riwayat al-Bukhari (1413) dan Muslim (980)

Pengarang al-Fiqh al-Manhaji berkata: Tidak dikenakan zakat pada emas sehingga jumlahnya 20 mithqal, manakala perak pula 200 Dirham. Ini berdasarkan hadith daripada Ali bin Abu Talib RA, Rasulullah SAW bersabda Rasulullah SAW juga bersabda:

إِذَا كَانَتْ لَكَ مِائَتَا دِرْهَمٍ، وَحَالَ عَلَيْهَا الْحَوْلُ، فَفِيهَا خَمْسَةُ دَرَاهِمَ، وَلَيْسَ عَلَيْكَ شَيْءٌ يَعْنِي فِي الذَّهَبِ حَتَّى يَكُونَ لَكَ عِشْرُونَ دِينَارًا فَإِذَا كَانَ لَكَ عِشْرُونَ دِينَارًا، وَحَالَ عَلَيْهَا الْحَوْلُ، فَفِيهَا نِصْفُ دِينَارٍ، فَمَا زَادَ فَبِحِسَابِ ذَلِكَ

Maksudnya: “Apabila kamu memiliki 200 dirham, dan telah cukup setahun zakatnya sebanyak 5 dirham. Kamu tidak wajib berzakat emas sehinggalah memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar, dan telah cukup setahun, maka zakatnya 1/2 dinar. Jika kamu memilikinya lebih daripada itu, maka ikutilah cara pengiraan tersebut.”

Riwayat Abu Daud (1573)

Berdasarkan hadis kadar zakat emas dan perak jika dikira ialah sebanyak 2.5%.

Kesimpulannya, zakat simpanan dikira sebanyak 2.5% seperti mana zakat emas dan perak dan diambil kira baki terendah dalam simpanan seseorang yang telah cukup syarat-syaratnya. 

Manakala untuk pembayaran zakat wang simpanan KWSP yang dikeluarkan, kami bersependapat dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran – Satu Alternatif. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  • Mazhab Syafie menetapkan bahawa zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan tempoh haulnya. Wang KWSP adalah harta simpanan. Wang KWSP apabila dikeluarkan adalah diwajibkan zakat apabila sempurna kedua-dua syarat iaitu cukup nisab dan haul yang ditetapkan. Walau bagaimanapun Jumhur Ulama’ berpandangan bahawa zakat harta boleh dikeluarkan lebih awal daripada waktu yang sepatutnya dengan syarat harta tersebut telah mencukupi nisabnya.
  • Berdasarkan pandangan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali Ke-5 pada 16-17 November 1982 dipinda seperti berikut “Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.”

Berdasarkan keputusan mesyuarakat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut, kami noktahkan jawapan kepada soalan anda seperti berikut:

  1. Wang simpanan KWSP yang dikeluarkan tersebut (sebanyak RM 200 ribu) wajib dikeluarkan zakat bagi pekerja-pekerja Islam bila cukup haulnya iaitu setahun setelah penerimaannya.
  2. Pencarum KSWP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima wang KWSP yang dikeluarkan jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun kerana manfaat daripada wang tersebut diperoleh sebaik dikeluarkan wang tersebut.

Adapun, baki RM 300 ribu yang masih dalam simpanan KWSP maka dia tidak perlu dikeluarkan zakat kerana belum memilikinya lagi atau dianggap milik tidak sempurna. Apabila dikeluarkannya barulah dikira 2.5% daripada RM 300 ribu tersebut. Kami juga menasihatkan agar anda merujuk kepada pusat zakat yang berdekatan iaitu badan yang berautoriti dalam perkara ini untuk maklumat lebih lanjut.

Akhir kalam, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

Riwayat Ibn Majah (925), al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (9930) dan Ahmad (26602)

Bertarikh: 22 Jun 2023 bersamaan 3 Zulhijjah 1444H

Sokong Kami

Anda Suka Artikel Ini Tekan untuk terus menyumbang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *