#1895: Doa Untuk Meninggalkan Dosa

-25%
Percuma Al-Quran
Out of stock
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
Size Pocket

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

RM15.00

Buku Fizikal

Imam Mahdi

RM13.00

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

RM13.00

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

RM13.00
-29%
Original price was: RM70.00.Current price is: RM50.00.

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Boleh dato’ Seri kongsikan doa bagaimana untuk kuat meninggalkan ketagihan pornografi?

 

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Kami mulakan dengan takrifan pornografi. Pornografi bermaksud bahan bertulis atau visual yang merangsang keinginan seksual, dan bertujuan untuk memberahikan pemerhati atau pembaca. Ia juga dikenali sebagai “porn”, “smut” dan bahan-bahan lucah.

Menjawab persoalan di atas, kami naskan terlebih dahulu firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ‎﴿٥﴾‏ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ‎﴿٦﴾‏ فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

Maksudnya: “Dan mereka yang menjaga kehormatannya, – Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: – Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.”

(Surah al-Mu’minun: 5-7)

Imam al-Syafi‘i ketika mengulas ayat di atas menyebutkan: “Tidak halal menggunakan zakar melainkan kepada isteri atau kepada hamba perempuan yang dimiliki. Begitu juga tidak halal perbuatan beronani.” (Lihat Al-Umm, 5/102)

Syeikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti berkata, sifat orang yang beriman yang mendapat kejayaan mewarisi Syurga Firdaus dan kekal di dalamnya adalah mereka yang memelihara kemaluan daripada liwat, zina dan selainnya. (Lihat Adhwa’ al-Bayan, 5/759-760)

Syeikh Muhammad Abu Zahrah Rahimahullah berkata: “Isyarat kepada mereka yang mencari selain daripada halal dan isyarat kepada sifat padanya adalah keterangan bahawa ini merupakan illah hukum dan hukumnya adalah mereka yang melampau, zalim dan melebihi had sempadan halal kepada yang haram. Justeru, dia dianggap zalim kerana melakukan yang haram, zalim terhadap keturunannya, zalim terhadap masyarakat dan lain-lain. (Lihat Zahratu al-Tafasir, 10/5048)

Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili berkata: Firman-Nya, ‘فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ’, yakni maka sesiapa yang mencari dan menginginkan selain pasangan yang sah dan hamba yang dimiliki, seperti melakukan istimna’ (onani/masturbasi), mereka adalah orang-orang yang melampaui sesuatu yang halal menuju kepada yang tidak halal. Mereka adalah orang-orang yang terlalu berlebihan dalam melakukan perlanggaran dan melampaui batasan-batasan syara’. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 9/287)

Ramai para intelek dan cerdik pandai memberi beberapa tips bagaimana cara untuk meninggalkan ketagihan pornografi, antaranya:

  • Khabarkan kepada rakan saudara yang hampir yang mengetahui masalah yang anda hadapi bahawa anda akan meninggalkan daripada menonton filem seperti itu. Mohon daripadanya dokongan terutamanya dari kalangan kaunselor atau doktor yang berpengalaman dalam hal ini. 
  • Bangkit dan buang semua video, gambar-gambar yang masih ada pada diri anda seperti dalam komputer dan sebarang medsos. Ini kerana, apabila perkara tersebut masih tersimpan, ia amat sukar untuk anda melakukan move on atau perubahan pada diri anda.
  • Peliharalah diri anda dengan menyibukkan perkara-perkara yang bermanfaat dan berfaedah.
  • Laksanakan rancangan atau program khas bagi mengekang tabiat yang buruk ini yang mungkin boleh digunakan atau sebagai ganti dari sikap dan sifat ketagihan ini. 
  • Jangan sekali-kali menggunakan internet melainkan mempunyai objektif yang tertentu.
  • Cuba mengenalpasti sebab utama yang mengheret saudara ke lembah ketagihan seperti ini. Seperti hasil daripada melihatnya membawa kepada bosan, letih serta lemah. Justeu, atasilah dengan pelbagai aktiviti yang lain. 
  • Apabila terasa untuk menonton filem pornografi, cubalah menuju ke bilik air dan mandilah dengan air yang sejuk atau minumlah air yang sejuk.
  • Syor saya aktivitikan masa untuk ke masjid, pergi solat berjemaah, zikir di dalamnya, membaca al-Quran dan lebih penting mempelajari ilmu melalui guru-guru dan ustaz-ustaz.
  • Banyakkan zikrullah, istighfar dan taubat kerana ia memberi kesan yang baik dalam kehidupan seseorang. 
  • Bacalah balasan dan azab Allah SWT kepada golongan yang sentiasa menjadi hamba dan abdi kepada nafsu syahwat akibat daripada zina dan juga homoseks. Ia sesungguhnya akan menggerunkan kita.
  • Pilihlah rakan taulan yang baik lagi soleh dan banyakkan aktiviti bersama mereka yang menatijahkan ketenangan jiwa dan kebahagiaan dalam kehidupan. Ini kerana seseorang itu akan dipengaruhi oleh rakan taulannya.
  • Akhirnya, ingatlah bahawa kita boleh mati bila-bila masa, justeru, kewaspadaan yang tinggi agar kita mati dalam husnul khatimah serta amalan yang baik menjadi harapan dalam kehidupan kita. 

Akhir kalam, marilah kita melazimi doa:

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan-lah hatiku di atas agama-Mu.” 

Bertarikh: 22 Jun 2023 bersamaan 3 Zulhijjah 1444 H

Sokong Kami

Anda Suka Artikel Ini Tekan untuk terus menyumbang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *