#1938: Wanita Haid Baca Ayat al-Quran Dalam Zikir Pagi dan Petang

-25%
Percuma Al-Quran
Out of stock
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
Size Pocket

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

RM15.00

Buku Fizikal

Imam Mahdi

RM13.00

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

RM13.00

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

RM13.00
-29%
Original price was: RM70.00.Current price is: RM50.00.

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ingin bertanya, adakah boleh seorang wanita membaca ayat Kursi dan surah-surah pendek yang terkandung dalam zikir pagi dan petang seperti buku Hisnu al-Muslim semasa dalam haid?

 

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Kami nyatakan terlebih dahulu beberapa larangan yang disebutkan oleh ulama’ Mazhab al-Syafi‘i bagi wanita yang didatangi haid, antaranya adalah:

  • Menunaikan solat, sama ada solat fardhu atau solat sunat.
  • Tawaf.
  • Puasa.
  • Memegang mushaf Al-Quran.
  • Membaca Al-Quran
  • Duduk di ruangan masjid.
  • Melintasi masjid jika takut mengotorkan masjid.
  • Bergaul bersama suami.

(Lihat Al-Taqrirat Al-Sadidah Fi Al-Masail Al-Mufidah, hlm. 172-175)

Seperti yang dinyatakan di atas, antara perkara yang dilarang oleh wanita ketika haid adalah membaca al-Quran.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan  daripada Ibn Umar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لاَ تَقْرَأُ الحَــائِضُ وَلاَ الجُــنُبُ شَــْـيئاً مِنَ القُرأَنِ

Maksudnya: “Tidak dibolehkan wanita di dalam haid dan yang berjunub membaca sedikit pun daripada al-Quran.”

Riwayat al-Tirmizi (131) dan Ibn Majah (596). Syeikh Syuaib al-Arnout di dalam Takhrij al-Awasim wa al-Qawasim (4/32) menyatakan sanad hadith ini dhaif.

Meskipun begitu, terdapat pandangan yang mengatakan bahawa wanita yang didatangi haid boleh membaca beberapa ayat al-Quran dengan niat zikir dan wirid harian.

Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa para ulama’ bersepakat tentang keharusan tasbih, tahlil, dan semua zikir selain al-Quran bagi wanita haid dan wanita nifas. (Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 2/357)

Syeikh Sa‘id bin Muhammad Ba‘isyan menyatakan ketika mensyarahkan kalam Imam Ibn Hajar al-Haitami mengatakan bahawa, jika seseorang membaca ayat al-Quran dengan niat  berzikir, khutbah, cerita, atau sebagai perlindung, maka tidaklah dilarang. (Lihat Syarh al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah, hlm. 130)

Dr Nuh Ali Salman mengatakan di dalam fatwanya di Dairah al-Ifta’ al-Urduniyyah bahawa dibolehkan bagi wanita haid untuk membaca ayat al-Quran dengan niat zikir perlindungan daripada keburukan, seperti membaca ayat kursi dan al-Mu‘awwizatain (iaitu surah al-Falaq dan surah al-Nass).[1]

 

Kesimpulan

Kami katakan, tidak menjadi masalah bagi seorang wanita yang haid untuk membaca potongan ayat al-Quran yang terdapat di dalam buku zikir Hisnu al-Muslim, al-Mathurat dan sebagainya, dengan syarat dia berniat dengan bacaan tersebut sebagai zikir harian.

Sekiranya dia membaca ayat-ayat tersebut dengan niat mendapatkan pahala bacaan al-Quran, maka ia tidak dibenarkan berdasarkan dalil yang jelas seperti disebutkan. Sebaiknya, lakukanlah amalan lain yang tidak terdapat larangan syara‘ buat mereka, seperti bersedekah, menolong ibu bapa dan sebagainya.

Wallahua‘lam

 

[1]Lihat https://aliftaa.jo/Question2.aspx?QuestionId=2116#:~:text=%D9%8A%D8%AC%D9%88%D8%B2%20%D9%84%D9%84%D8%AD%D8%A7%D8%A6%D8%B6%20%D8%A3%D9%86%20%D8%AA%D9%82%D8%B1%D8%A3%20%D8%A2%D9%8A%D8%A9,%D8%A7%D9%84%D8%AA%D8%A7%D9%85%D9%8E%D9%91%D8%A7%D8%AA%20%D9%85%D9%86%20%D8%B4%D8%B1%D9%90%D9%91%20%D9%85%D8%A7%20%D8%AE%D9%84%D9%82%22. Disemak pada 14 Jun 2023

Bertarikh: 26 Jun 2023 bersamaan 7 Zulhijjah 1444 H

Sokong Kami

Anda Suka Artikel Ini Tekan untuk terus menyumbang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *