Soalan:
Assalamualaikum Dato’ Seri. Siapakah dia Ummu Ma’bad dan bagaimana sifatnya kepada Rasulullah SAW?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Firman Allah SWT:
لقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أَسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَن كَانَ يَرْجُوا الله وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَر الله كثيرا
Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.
(Surah al-Ahzab: 21)
Abu al-Hasan al-Nadwi berkata:
- Jika anda seorang pemuda, maka teladan yang paling elok dan paling cantik bagimu adalah Nabi Muhammad SAW.
- Jika anda telah mencapai umur tua, maka Baginda SAW adalah contoh anda.
- Jika anda fakir dan miskin, maka Baginda SAW adalah teladan dan contoh bagi anda.
- Jika anda kaya, maka Baginda SAW imam anda.
- Jika anda berangkat untuk berperang, maka Baginda SAW juga turut serta berperang.
- Jika kamu menginginkan perdamaian, maka Baginda SAW akan memberikan kedamaian sebelum kamu memintanya.
- Jika anda redha, maka Baginda SAW pun redha.
- Jika anda marah (tidak menerima sesuatu), maka Baginda SAW pun demikian halnya.
Ummu Ma’bad ialah seorang wanita yang ditemui oleh Rasulullah SAW dalam perjalanan Baginda SAW berhijrah ke Madinah. Dalam perjalanan itu, Rasulullah SAW sampai ke dua buah khemah Ummu Ma’bad dari Bani al-Khuzaah. Ummu Ma’bad ialah seorang perempuan yang agak lasak dan sering duduk berselimut di halaman khemah, memberi makan dan minum kepada sesiapa sahaja berdekatannya Rasulullah SAW dan Abu Bakar RA bertanya kepadanya yang apakah ada sesuatu di sisinya. Ummu Ma’bad menjawab, “Demi Allah lalu kalau ada apa-apa (makanan) pada kami tentulah aku hidangkan kepadamu; kambing-kambing pula telah keluar, apatah lagi tahun ini adalah tahun yang tandus Rasulullah SAW melihat seekor kambing di dalam khemah lalu Baginda SAW bertanya, “Kambing apakah ini hai Ummu Ma’bad?” Jawabnya, “Itu kambing yang ditinggalkan oleh kambing-kambing lain kerana terlalu uzur.” Rasulullah SAW bertanya lagi. “Adakah ia mempunyai susu?” Jawabnya, “Kambing ini lebih teruk daripada kambing-kambing lain.” Rasulullah SAW bertanya, “Bolehkah aku memerah susunya?” Jawab Ummu Ma’bad, “Demi bapa dan ibuku, kalau engkau fikir ada susunya maka silalah memerahnya.” Lalu, Rasulullah SAW menyapu puting kambing itu dengan tangan Baginda SAW dan membaca bismillah serta berdoa. Tiba-tiba kambing itu merenggangkan kakinya lalu mengeluarkan susu yang banyak, Rasulullah SAW meminta sebuah bekas yang dapat menampung beberapa orang, lalu diperahnya susu kambing itu sehingga melimpah buihnya Rasulullah SAW memberi Ummu Ma’bad meminum susu itu; lalu, susu itu diminum Ummu Ma’bad sehingga puas. Kemudian Rasulullah SAW memberikan pula kepada teman-teman Baginda SAW minum sehingga puas. Kemudian Rasulullah SAW pun minum. Setelah itu diperahnya kali kedua sehingga memenuhi bekas Rasulullah SAW tinggalkan bekas yang penuh itu kepada Ummu Ma’bad, dan mereka pun beredar.
Tidak lama kemudian suami Ummu Ma’bad, iaitu Abu Ma’bad pulang membawa kambing-kambing betinanya yang kurus kering Apabila dilihatnya susu yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW, hairanlah dia, lalu bertanya, “Dari mana kamu dapat susu in sedangkan kambing kambing dibawa keluar dan di rumah pula tidak ada susu yang hendak diperah?” Jawab Ummu Ma’bad “Demi Allah, memang tidak ada apa-apa di rumah tetapi tadi ada seorang lelaki yang diberkati singgah di sini, Bicaranya begitu dan begini dan keadaannya begitu dan begini. Kata Abu Ma’bad, “Demi Allah, aku agak dialah lelaki Quraisy yang dicari-cari oleh mereka. Cuba terangkan kepadaku, bagaimana sifatnya wahai Ummu Ma’bad.
Lalu diceritakan perihal sifat dan bicara Rasulullah SAW yang amat menarik, seolah-olah orang yang mendengar cerita itu melihat sendiri Rasulullah SAW di hadapannya (berkaitan hal ini, akan dinukika kemudian apabila membicarakan sifat-sifat Rasulullah SAW in Berkatalah Abu Ma’bad, “Demi Allah, Inilah lelaki Quraisy itu yang sering mereka perbualkan halnya. Aku sendiri ingin benar untuk menemaninya. Kalau ada peluang pasti akan aku lakukan.” (Lihat Zad al-Ma’ad, 2/53-54)(Lihat Garis Masa Hayat al-Rasul SAW, hlm. 72)
Ummu Ma’bad al-Khuza’iyyah menyifatkan Rasulullah SAW kepada suaminya, tatkala Baginda SAW singgah di khemah mereka dalam perjalanan hijrahnya, dengan katanya: “Seorang yang ketara keseriannya, putih wajahnya, baik akhlaknya, tidak merasai beban oleh badan yang besar, tidak boleh diperlekehkan kerana kepala yang kecil, indah rupa paras dan menarik perhatian, luas dan tampak jelas mata putih dan mata bitamnya, rambutnya lebat, suaranya serak-serak basah, lebernya jinjang, mata hitamnya sangat ketara, tampak urat lengannya, alisnya nipis, keningnya bersambung, rambutnya sangat hitam, kalau dia diam, nampak nyata kehebatannya dan kalau dia berbicara, nampak nyata keterampilannya, manusia paling menawan dan paling menarik jika dipandang dari jaub, paling cantik dan manis dari dekat, kata-katanya manis, kesegakannya memadai dengan selapis pakaian sahaja, tidak bertutur perkataan yang sia-sia dan mengarut, tutur katanya bagaikan jalinan batu permata yang menjulur keluar, sederhana ketinggiannya, untuk memandangnya, tak perlu menunduk dan tak perlu mendongak, bagaikan satu ranting di antara dua ranting, kalau dia bertiga, maka dialab yang paling menarik perhatian dan paling mendapat tempat, dia mempunyai teman-teman yang mengelilinginya, kalau dia berkata sesuatu, mereka khusyuk mendengar kata-katanya, kalau dia menyurub sesuatu, segera mereka melaksanakannya, dia sentiasa dipatuhi dan dikerumuni, tidak bermasam muka dan tidak memperlekehkan orang.” (Lihat Makrifah Rasulullah SAW, hlm.24-25)
Kami akhiri dengan doa:
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنَ الخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ تَعْلَمْ ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْنَا منْهُ وَمَا لَم نَعْلَمُ ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرٍ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيَّكَ ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَولٍ أَوْ عَمَلِ ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَنَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءِ قَضَيْتَهُ لَنَا خَيْرًا
Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu semua kebaikan yang disegerakan mahupun yang ditunda, serta apa yang kami ketahui mahupun tidak kami ketahui. Kami berlindung kepada-Mu daripada semua keburukan, baik yang disegerakan mahupun yang ditunda, serta yang kami ketahui mahupun yang tidak kami ketahui. Ya Allah, sungguh kami memohon kepada-Mu dari kebaikan apa yang diminta oleh hamba dan Nabi-Mu Muhammad SAW kepada-Mu dan kami berlindung kepada-Mu dari apa yang diminta perlindungan oleh hamba dan nabi-Mu. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu syurga dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan mahupun perbuatan. Dan kami berlindung kepada-Mu dari neraka dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan atau perbuatan. Dan kami memohon kepada-Mu semua takdir yang Engkau tentukan baik untuk kami.”
Bertarikh: 28 Julai 2023 bersamaan 10 Muharram 1445 H