Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Boleh ceritakan berkenaan ucapan pertama Nabi SAW ketika tiba di Madinah? 

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Antara ucapan pertama Nabi SAW apabila tiba di Madinah adalah:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَوْلاَ الهِجْرَةُ لَكُنْتُ امْرَأً مِنَ الأَنْصَارِ، وَلَوْ سَلَكَ النَّاسُ وَادِيًا وَسَلَكَتِ الأَنْصَارُ وَادِيًا  أَوْ شِعْبًا  لَسَلَكْتُ وَادِيَ الأَنْصَارِ، أَوْ شِعْبَ الأَنْصَارِ

Maksudnya: “Jikalau bukan kerana hijrah, maka aku adalah seorang daripada kaum Ansar. Jikalau manusia mengharungi satu lembah dan kaum Ansar mengharungi satu lembah yang lain atau lereng, nescaya aku akan mengharungi lembah kaum Ansar atau lereng kaum Ansar.” 

Riwayat al-Bukhari (7244)

Selain itu, antara wasiat dan ucapan Nabi SAW kepada orang ramai ketika awal-awal Baginda tiba di Madinah juga adalah, ucapan sabda Nabi SAW:

أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشوا السَّلامَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وصلوا الأرحام وَصَلُّوا باللَّيْل وَالنَّاسُ نِيامٌ، تَدخُلُوا الجَنَّةَ بِسَلامٍ

Maksudnya: “Hai orang ramai. Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur, nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat.”

Riwayat Ibnu Majah (3251)

Hal ini berdasarkan hadith daripada Abdullah bin Salam, katanya:

لَمَّا قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ انْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ وَقِيلَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ فَلَمَّا اسْتَثْبَتُّ وَجْهَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهِ كَذَّابٍ وَكَانَ أَوَّلُ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ

Maksudnya: “Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, orang ramai bergegas menyambut Baginda sambil mengucapkan: Rasulullah SAW telah datang, Rasulullah SAW telah datang, Rasulullah SAW telah datang.” Aku datang kepada orang ramai untuk melihat kepada Baginda, dan ketika aku telah memastikan wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahawa wajah Baginda bukanlah wajah pendusta. Dan yang pertama kali Baginda ucapkan adalah: ‘أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ’ (“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, jamulah makan, dan lakukanlah solat ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.”)

Riwayat al-Tirmizi (2485), Ibn Majah (1334) dan Ahmad (23784). Kata Imam al-Tirmizi, ini hadith sahih.

Semoga Allah SWT memberikan kepada kita kefahaman dan menjadikan kita orang yang berhijrah menuju kepada keredaan Allah dan Rasul-Nya.

رَضِيْنَا بِاللهِ رَبًّا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا

Maksudnya: “Kami redha Allah sebagai Rab, Islam sebagai agama dan Muhammad SAW sebagai Nabi.”

Bertarikh: 3 Ogos 2023 bersamaan 16 Muharram 1445 H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *