Soalan:
Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya melihat dalam video atau youtube, ada pengusaha yang menternak buaya secara besar-besaran untuk dijualnya. Adakah harus menternak buaya?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Takrif Buaya
Buaya adalah salah satu reptilia terbesar yang masih hidup. Buaya, aligator, gavial, dan kayman kelihatan serupa, dan kesemuanya dinamakan famili buaya. Buaya dan aligator mempunyai badan yang panjang, rendah, berbentuk seperti cerut, kaki yang pendek, dan ekor yang panjang serta kuat yang dengannya reptilia ini berenang. Kedua-duanya mempunyai kulit yang liat, muncung yang panjang, dan gigi yang tajam untuk mencakup mangsa. Walau bagaimanapun, pada kebanyakan buaya, muncungnya adalah tirus manakala muncung aligator adalah bulat.
Buaya hidup di negara tropika di seluruh dunia. Reptilia ini lebih gemar kawasan berair cetek, sungai yang lembap, dan rawang terbuka dan paya. Kaki renangnya membolehkannya berjalan di tanah yang lembut. Mata dan hidungnya lebih tinggi daripada bahagian lain pada kepalanya. Susunan ini sangat sesuai dengan kehidupan buaya dalam air, kerana buaya suka terapung dengan mata dan hidungnya timbul di permukaan air. Kerongkongnya mempunyai injap terbelah di depan tiub yang menghala ke liang hidungnya. Injap ini tertutup rapat apabila haiwan ini berada dalam air. la menghalang air dari memasuki mulut apabila reptilia ini menangkap mangsanya.
Buaya memakan banyak haiwan kecil seperti ikan, burung, dan penyu, yang ditangkap dan ditelan bulat-bulat. Sekali-sekala buaya menyerang haiwan besar dan manusia. Buaya boleh memulas haiwan besar menjadi bahagian-bahagian kecil dengan menangkap dan memusing mangsanya memanjang dengan pantas dalam air. Buaya lebih agresif daripada aligator Amerika atau China dan harus dibiarkan sendirian.
Seperti kebanyakan reptilia, buaya bertelur. Telurnya kelihatan seperti telur ayam, tetapi lebih panjang dan kulitnya kurang rapuh. Buaya menyembunyikan telurnya dalam sarang yang terdiri daripada sampah sarap dan tumbuh-tumbuhan, atau menanamnya dalam pasir di pantai. Buaya betina sesetengah jenis menjaga telurnya sehingga menetas. Apabila ia mendengar anaknya berdengus, ia mengorek sarang untuk mengeluarkan anaknya. Sesetengah buaya membantu telurnya menetas dan kemudian menggonggongnya untuk dibawa ke air. Tidak banyak yang diketahui tentang tabiat pembiakan dan kelakuan umum buaya.
Kebanyakan buaya tulen tinggal di Hemisfera Utara. Buaya Sungai Nil banyak ditemui di Afrika. Haiwan ini hidup hampir di mana-mana di benua ini kecuali di Sahara dan di pantai utara. Reptilia ini diketahui oleh manusia purba dan diperikan oleh ahli sejarah Yunani, Herodotus. Buaya kecil bermuncung panjang di Lembangan Congo membesar tidak melebihi 2.5 meter panjangnya. Dua jenis buaya kerdil di Afrika, yang salah satunya sangat jarang didapati, berkaitan rapat dengan buaya sebenar
Buaya air masin raksasa tinggal di banyak tempat dari India hingga ke utara Australia, malah hingga ke Kepulauan Solomon. Mugger hidup di India, Pakistan, dan Sri Lanka; dan buaya Siam tinggal di Jawa, Thailand dan di beberapa bahagian Asia yang berhampiran. Terdapat juga buaya Australia. Sumatera dan Semenanjung Malaysia mempunyai gavial palsu. Buaya ini mempunyai muncung lebih tirus daripada kebanyakan buaya lain. la menggunakan muncungnya yang panjang untuk menangkap ikan.
Empat spesies lagi hidup di Amerika Utara dan Selatan. Buaya Amerika hidup di bahagian paling selatan Florida, di Kepulauan Hindia Barat yang lebih besar, dan di Amerika Tengah serta di kawasan berhampirannya.
Buaya adalah saki-baki kumpulan reptilia purba yang besar. Fosil menunjukkan reptilia ini pernah mencapai 15 meter panjangnya. Ini lebih daripada dua kali panjang buaya yang pernah hidup hari ini. Kini terdapat 12 spesies buaya.
Buaya diburu secara besar-besaran untuk belulangnya yang dijadikan kulit oleh pembuat untuk dibuat kasut dan beg tangan. Perburuan ini menyebabkan tiga spesies buaya Amerika, buaya Cuba dan buaya Nil — menjadi spesies yang terancam. Undang-undang kini melarang perburuan buaya di banyak bahagian di dunia, tetapi sekatan ini sukar dikuatkuasakan. Ahli biologi di beberapa kawasan telah memulakan program memungut telur buaya dan menetaskannya dalam inkubator. Anak buaya kemudiannya dilepaskan ke dalam habitat semula jadinya. Dari segi pengelasan saintifik, buaya tergolong dalam famili Crocodylidae. (Lihat Ensiklopedia Dunia, Terj. DBP, 4/298-299).
Jenis Buaya
Antara jenis-jenis buaya ialah:
- Crocodylus Porosus:
Ini adalah buaya air masin yang terkenal, yang terbesar antara semua spesies buaya. Jantan boleh mencapai panjang hampir 8 meter dan berat melebihi 1 tan manakala betina mencapai 3 meter. Ini dianggap oleh saintis sebagai dismorfisme antara jantina di mana wanita adalah sangat kecil daripada lelaki. Semasa mereka membesar, warnanya kekuningan dengan beberapa bintik gelap, apabila mereka mencapai kematangan seksual dan saiz dewasa mereka menjadi lebih gelap dengan perut yang cerah. Rahangnya mampu mengoyakkan haiwan besar dengan sekali gigitan. Kekuatan rahang anda melebihi berat badan anda.
Walau bagaimanapun, dietnya tertumpu kepada haiwan bersaiz sederhana, tetapi jika haiwan besar terganggu, ia boleh menjadi mangsa buaya dengan mudah. Seperti semua spesies lain, mereka hidup berhampiran air. Mereka mengambil kesempatan daripada kehausan haiwan lain dan saat gangguan dan kelonggaran untuk minum air untuk menyerang mereka. Untuk sementara baka ini diancam kepupusan, tetapi beberapa program pemeliharaan sangat berjaya dan hari ini baka itu kekal stabil. Kulit buaya masih sangat berharga untuk industri, tetapi terdapat undang-undang yang melindungi haiwan ini daripada memburu dan industri yang masih berkeras menggunakan kulit buaya mesti menternak dan membiak buaya untuk penarikan kulit. Memburu masih dilarang.
- Crocodylus Rhombifer:
Ini adalah nama saintifik, nama biasa ialah Buaya Cuba. Sama seperti namanya, ia tinggal di paya Cuba. Beberapa fosil spesies yang sama telah ditemui di pulau-pulau lain. Mereka lebih suka air tawar, paya, paya dan sungai. Mereka adalah pemangsa yang lebih ganas daripada buaya lain. Keunikan baka ini ialah gaya memburu. Biasanya kebanyakan spesies mengamalkan gaya memburu sedentari. Walau bagaimanapun, spesies buaya ini adalah pemburuan pemangsa. Dalam banyak kes, mereka berkumpul dalam kumpulan untuk memburu, sesuatu yang luar biasa untuk buaya. Ini menyebabkan mereka berakhir dengan beberapa spesies. Seperti spesies buaya lain, manusia bukanlah antara mangsa utama atau menunya. Walau bagaimanapun, satu lagi keistimewaan spesies ini ialah mereka sangat ganas. Contoh ini dilihat apabila mereka dibesarkan dalam kurungan, mereka sangat agresif dengan manusia malah boleh menyerang untuk membunuh. Crocodylus Rhombifer
- Crocodylus Siamensis:
Ini adalah nama saintifik untuk Buaya Siam. Ia adalah spesies buaya yang dianggap bersaiz sederhana, kerana jantan dewasa boleh mencapai panjang 4 meter dan berat sehingga 400 kilo. Ia juga mungkin dikenali sebagai buaya Asia kerana ia adalah satu-satunya spesies yang terdapat di tempat-tempat di Asia Tenggara. Hari ini spesies ini hampir pupus, pemusnahan habitat dan pemburuan telah membuatnya ramai individu hilang. Pada masa kini terdapat program pengenalan semula, tetapi ia tidak begitu berjaya. Seperti semua buaya lain, manusia tidak termasuk dalam diet mereka, tetapi spesies ini telah menunjukkan laporan keagresifan dalam kurungan. Crocodylus Siamensis
- Osteolaemus Tetraspis :
Spesies ini dikenali sebagai buaya terbaik antara semua spesies. Disebabkan ciri utama ini, nama biasanya ialah buaya kerdil. Pada asasnya, mereka adalah buaya kecil yang terdapat di Afrika. Saiz jantan dewasa adalah sama dengan beberapa buaya spesies lain semasa muda atau muda. Ia adalah spesies terkecil dari keluarga buaya. Kerana saiznya, diet mereka juga berkurangan, saiz haiwan yang mereka makan lebih kecil, daripada makan ikan besar, penyu atau malah beberapa monyet seperti buaya lain, mereka memilih haiwan invertebrata, haiwan kecil dan ikan kecil. Masa kehamilan dan pembiakan juga lebih baik untuk haiwan ini, semua ciri buaya besar terhad kepada skala yang lebih kecil untuk buaya kerdil. Osteolaemus Tetraspis
- Tomistoma Schelegelii :
Ini adalah nama saintifik untuk Malayan Gharial. Terdapat banyak persoalan mengenai keluarga manakah haiwan ini. Ramai yang percaya bahawa ia adalah buaya dan untuk masa yang lamasains telah menerima pakai klasifikasi ini. Walau bagaimanapun, kajian lain meletakkan spesies ini bersama-sama dengan keluarga gharial. Malangnya, ia adalah spesies terancam. Ia sering dikelirukan dengan buaya moncong langsing. Untuk sekian lama kedua-dua spesies itu disatukan dan diklasifikasikan seolah-olah sama, ini membuatkan sains membayangkan bahawa spesies ini tidak terancam kerana gabungan dan bilangan buaya. Walau bagaimanapun, dengan pengasingan ciri dan pengelasan semula, didapati bahawa kedua-dua spesies itu berada dalam situasi yang terdedah. Sebab utama kelemahan ini adalah kemusnahan habitat semula jadi dan pemburuan pemangsa.
Berkenaan dengan hukum makan buaya, secara umumnya, para ulama berbeza pendapat berkenaan hukum memakan buaya kepada dua pendapat. Pendapat pertama menyatakan bahawa memakan daging buaya adalah diharamkan. Ini merupakan pendapat jumhur ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i, Hanbali dan Hanafi. Sedangkan pendapat kedua, iaitu mazhab Maliki dan satu qaul dalam mazhab Hanbali, hukumnya adalah harus.
Kami telah menyebut berkenaan dengan hukum makan buaya dalam siri #1123: Memakan Daging Buaya. Hasilnya pendapat mazhab Syafi’i adalah tidak dibolehkan, bahkan haram sebagaimana pendapat jumhur. Tetapi di sana, ada pendapat yang menyatakan harus, yang merupakan mazhab malik dan satu riwayat daripada Imam Ahmad.
Berkenaan isu menternak buaya, oleh kerana perusahaan tersebut telah berkembang dan berjaya, begitu juga telah bertapak sudah lama, maka kami melihat hukumnya adalah harus berdasarkan kepada riwayat dan pendapat kedua, yang menyatakan harus makannya. Sementelahan lagi, zaman sekarang, keperluan menternak buaya untuk pelbagai penggunaan seperti kulitnya, kukunya, bahkan daging dan organ dalaman dimanfaatkan oleh sebahagian masyarakat manusia di dunia ini.
Kami juga menyatakan di sini, oleh kerana pekerjaan ini mempunyai risiko yang tinggi, justeru mereka yang mengendalikan penternakan tersebut mestilah yang berkeahlian serta mempunyai pengetahuan yang mendalam, yang terkait dengan buaya tersebut. Hal ini supaya kita tidak termasuk dalam nas al-Quran:
وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.”
(Surah al-Baqarah: 195)
Walaupun begitu, bagi penternak Muslim, kami berpendapat, alangkah baiknya mengelakkan dari pekerjaan menternak buaya atau perusahaan tersebut. Ini kerana, kita berpegang kepada kaedah:
الخُرُوجُ مِنَ الْخِلَافِ مُسْتَحَبٌّ
Maksudnya: “Keluar daripada khilaf (perbezaan pendapat) adalah digalakkan”.
Akhir kalam, kami katakan, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah, semoga Allah kurniakan kepada ilmu serta rezeki yang halal.
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
Bertarikh: 11 Ogos 2023 bersamaan 24 Muharram 1445 H