Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Adakah terdapat hikmah di sebalik peperangan?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Firman Allah SWT:

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

(Surah al-Baqarah: 216)

Ibn al-Qayyim telah menghuraikan persoalan ini secara terperinci (Lihat Zad al-Ma’ad, 2/99-108). Ibn Hajar menyatakan bahawa mengikut para ulama, kisah dalam peperangan Uhud dan kecelakaan yang menimpa tentera Islam mempunyai faedah dan hikmah ketuhanan yang banyak serta besar nilainya. Antaranya, ia mengajar orang Nam akibat buruk kerana mengingkari perintah dan jika melanggar larangan, akan mengundang musibah.

Itulah yang terjadi apabila pasukan pemanah meninggalkan posisi mereka yang telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW supaya mereka tidak meninggalkannya. Antara hikmah lain ialah untuk menerangkan bahawa adalah menjadi satu perkara yang lumrah yang biasa dialami oleh para red menerima ujian dan akhirnya mendapat kesudahan yang tidak baik. In kerana, jika mereka sentiasa mendapat kemenangan, tentunya akan tersem dalam fikiran orang Islam perasaan yang tidak sepatutnya dan mereka bukan sepenuhnya berlandaskan iman. Lantaran, sukarlah u membezakan antara orang yang benar (mukmin) dengan yang selainnya. penyertaan untuk

Sebaliknya, jika pihak Islam sering pula menerima kekalahan, maka tiadalah ertinya akan tujuan perutusan para rasul itu. Berdasarkan dua hikmah is maka orang Islam mesti merasai dua perkara tersebut (kalah dan menang supaya nanti dapat dibezakan antara orang yang benar-benar beriman daripada orang yang berdusta. Ini kerana, sikap orang munafik sebelum itu tidak diketahui oleh orang Islam. Justeru, apabila berlakunya peristiwa ini, orang munafik pun menunjukkan sikap sebenar mereka sama ada dalam bentuk perkataan mahupun perbuatan. Ternyata, apa yang dijangka mengenai mereka selama ini adalah benar. Maka, orang Islam akan tahu bahawa mereka mempunyai musuh dalam kalangan mereka sendiri. Justeru, mereka dapat membuat persediaan dan berjaga-jaga daripada musuh dalam selimut ini.

Antara hikmah seterusnya ialah kelewatan mendapat kemenangan biasanya menimbulkan kegelisahan jiwa dan menundukkan kesombongan. Ketika orang Islam diuji dengan perkara tersebut, maka mereka bersabar, sementara orang munafik pula jika menghadapi keadaan yang serupa, akan merasa gelisah. Seterusnya, kerana Allah menyediakan untuk hamba-hamba-Nya yang beriman kedudukan di syurga yang tidak sebanding dengan amalan yang mereka lakukan, maka Allah memberi ujian kepada mereka supaya mereka dapat mencapai kemuliaan yang disediakan-Nya.

Hikmah yang lain pula ialah kerana taraf mati syahid yang termasuk ke dalam darjat para wali tertinggi, maka Allah mengurniakan anugerah itu kepada mereka (pasukan mukmin). Begitu juga, Allah hendak menghapuskan musuh-musuh-Nya, lalu Allah menjadikan sebab mengapa mereka patut dimusnahkan, iaitu atas sebab-sebab kekufuran mereka, sikap mereka yang melampau dan kebiadaban mereka menyakiti wali-wali Allah. Dengan cara ini, Allah membersihkan dosa orang mukmin dan dengan cara juga Allah memusnahkan orang kafir (Lihat Fath al-Bari, 7/347). (Lihat Sirah al-Nabawiyyah Rahiq Maktum, hlm. 483-485)

Kami akhiri dengan doa:

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.”

Surah al-Baqarah (250)

Bertarikh: 11 Ogos 2023 bersamaan 24 Muharram 1445 H

Leave a Reply