Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Apakah pandangan Fudhail bin Iyadh tentang mahabbah (rahmat dan kasih sayang)?

 

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Allah SWT berfirman:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ‎

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah Ali Imran (31)

Kami terangkan dahulu biografi ringkas Fudhail bin Iyadh:

Beliau merupakan seorang yang kuat beribadat dan terkenal sebagai ahli zuhud sehingga digelar Abid al-Haramain. Mempunyai keberanian yang luar biasa. Beliau dilahirkan di Samarqand dan dibesarkan di Abi Warda, suatu tempat di daerah Khurasan.

Nama penuhnya ialah Abu Ali Fudhail bin Iyadh bin Mas’ud bin Bisyir al-Tamimi al-Yarbu’i, Al Hurasani berasal dari pinggiran kota Muru. Ada yang mengatakan beliau dilahirkan di Samarkand, beliau dibesarkan di kota Abyurd dan kemudiannya beliau menulis riwayat-riwayat hadith di kota Kufah kemudian berpindah di Mekkah dan bermukim disana hingga wafat di dalam bulan Muharram tahun 187 H.

Fudhail bin Iyadh pernah berkata: “Sesungguhnya aku merahmati dan merasa kasihan terhadap tiga golongan:

  • Orang yang mulia di kalangan kaum menjadi hina. 
  • Orang yang kaya di kalangan kaum menjadi miskin.
  • Orang alim yang dipermainkan oleh dunia.” (Lihat Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf, hlm. 64)

اللَّهُمَّ إِنَّا نسْأَلُكَ الْهُدَى ، وَالتُّقَى ، وَالْعَفَافَ ، وَالْغِنَى

Maksudnya: “Wahai Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, sifat iffah dan kekayaan.” 

Bertarikh: 14 Ogos 2023 bersamaan 28 Muharram 1445 H

Leave a Reply