Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.

Soalan

Dimanakah kedudukan kubur masyitah ketika isra’ dan Mikraj Nabi SAW? Mohon pencerahan.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Firman Allah SWT:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.[1]

Ibn Kathir di dalam tafsirnya menyebutkan: Allah memuji diri-Nya sendiri, mengagungkan kedudukan-Nya, kerana kekuasaan-Nya dan apa yang tidak dikuasai oleh siapapun selain Dia. dengan demikian, tidak ada tuhan yang behak di sembah selain Dia dan tidak pula ada Rabb selain diri-Nya saja. Dia lah yang telah memperjalankan hamba-Nyai iaitu Nabi Muhammad pada sebahagian malam dari Masjidil Haram di Makkahmenuju ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis yang terletak di Iliya yang merupakan pusat para Nabi sejak Nabi Ibrahim al-Khalil AS.  “Yang telah Kami berkati sekelilingnya.” Iaitu dengan pelbagai tanaman dan buah-buahan supaya Kami perlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW sebahagian daripada kebesaran Kami. [2]

Beliau berkata lagi: Hakikat yang sebenar adalah bahawa sesungguhnya baginda SAW diisra’kan dalam keadaan sedar (bukan mimpi) dari Makkah menuju Baitul Maqdis dengan menaiki Buraq. Tasbih yang mengawali ayat ini menunjukkan bahawa apa yang terjadi adalah suatu perkara yang sangat besar. Sekiranya perkara tersebut terjadi hanya di dalam mimpi, sudah tentu perkara itu bukan sesuatu yang besar atau wajar dianggap besar. Orang-orang kafir Quraisy pun tidak akan mendustakannya, malah tidak akan terjadi fenomena murtad sebahagian orang-orang yang asalnya telah memeluk Islam.[3]

Syeikh Wahbah al-Zuhaili di dalam tafsirnya menyebut: Ayat ini menerangkan bahawa salah satu mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW ialah peristiwa Isra’ dan Mikraj, yang berlaku sekitar setahun atau satu tahun setengah sebelum berlakunya hijrah Rasulullah SAW ke Madinah, dan menurut satu pendapat yang masyhur bahawa peristiwa ini berlaku pada bulan Rejab.[4]

Siapakah Masyitah

Masyitah di dalam bahasa Arab bermaksud perempuan yang menyikat rambut. Masyitah adalah kata perbuatan daripada masyatha, yamsyuthu yang bermaksud menyikat. Dalam kebanyakan kisah sirah, disebutkan Masyitah ibnatu Fir’aun, iaitu wanita yang bertugas menyikat rambut anak perempuan Fir’aun. Hal ini menunjukkan bahawa Masyitah  bukanlah sebuah nama, tetapi adalah gelaran bagi perempuan tersebut.

Kisah Masyitah atau wanita tukang sikat ini sangat terkenal sebagaimana terdapat di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏ ‏لَمَّا كَانَتْ اللَّيْلَةُ الَّتِي ‏‏أُسْرِيَ ‏‏بِي فِيهَا أَتَتْ عَلَيَّ رَائِحَةٌ طَيِّبَةٌ فَقُلْتُ: يَا ‏جِبْرِيلُ‏ مَا هَذِهِ الرَّائِحَةُ الطَّيِّبَةُ؟ فَقَالَ: هَذِهِ رَائِحَةُ ‏‏مَاشِطَةِ ابْنَةِ فِرْعَوْنَ ‏‏وَأَوْلادِهَا قَالَ: قُلْتُ: وَمَا شَأْنُهَا ؟ قَالَ: بَيْنَا هِيَ تُمَشِّطُ ابْنَةَ ‏‏فِرْعَوْنَ ‏‏ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ سَقَطَتْ ‏‏الْمِدْرَى ‏‏مِنْ يَدَيْهَا فَقَالَتْ : بِسْمِ اللَّهِ فَقَالَتْ لَهَا ابْنَةُ ‏ ‏فِرْعَوْنَ‏ ‏أَبِي؟ قَالَتْ: لا وَلَكِنْ رَبِّي وَرَبُّ أَبِيكِ اللَّهُ قَالَتْ: أُخْبِرُهُ ‏‏بِذَلِكَ ! قَالَتْ : نَعَمْ فَأَخْبَرَتْهُ فَدَعَاهَا فَقَالَ: يَا فُلانَةُ ؛ وَإِنَّ لَكِ رَبًّا غَيْرِي ؟ قَالَتْ: نَعَمْ ؛ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ فَأَمَرَ بِبَقَرَةٍ مِنْ نُحَاسٍ فَأُحْمِيَتْ ثُمَّ أَمَرَ بِهَا أَنْ‏ ‏تُلْقَى هِيَ وَأَوْلادُهَا فِيهَا قَالَتْ لَهُ : إِنَّ لِي إِلَيْكَ حَاجَةً قَالَ: وَمَا حَاجَتُكِ؟ قَالَتْ: أُحِبُّ أَنْ تَجْمَعَ عِظَامِي وَعِظَامَ وَلَدِي فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ وَتَدْفِنَنَا قَالَ : ذَلِكَ لَكِ عَلَيْنَا مِنْ الْحَقِّ قَالَ: فَأَمَرَ بِأَوْلادِهَا فَأُلْقُوا بَيْنَ يَدَيْهَا وَاحِدًا وَاحِدًا إِلَى أَنْ انْتَهَى ذَلِكَ إِلَى صَبِيٍّ لَهَا مُرْضَعٍ وَكَأَنَّهَا تَقَاعَسَتْ مِنْ أَجْلِه قَالَ: يَا ‏‏أُمَّهْ؛‏ ‏اقْتَحِمِي فَإِنَّ عَذَابَ الدُّنْيَا أَهْوَنُ مِنْ عَذَابِ الْآخِرَةِ فَاقْتَحَمَتْ

Maksudnya: “Ketika malam aku diisra’kan, aku tehidu baun yang wangi.” Lalu aku bertanya, “Wahai Jibril, bau wangi apakah ini?” Jibril pun menjawab, “Ini adalah wangian wanita tukang sikat anak perempuan Fir’aun dan anak-anaknya (anak-anak Masyitah). “Aku bertanya.” “Apakah yang berlaku padanya?” Jibril menjawab, “Pada suatu hari, Masyitah sedang menyikat rambut anak perempuan Fir’aun, tiba-tiba sikatnya terjatuh daripada tangannya. Lalu beliau berkata, “Bismillah (dengan nama Allah).” Lalu anak perempuan Fir’aun berkata kepadanya, “Adakah Allah itu ayahku?” “Tidak, tetapi Tuhanku dan Tuhan ayahmu adalah Allah.” Anak perempuan Fir’aun pun berkata, “Aku akan memberitahu kepada ayahku.” “Silakan”. Jawabnya tenang. Setelah diberitahu kepada Fir’aun, maka Masyitah dipanggil. “Wahai fulanah, apakah engkau memiliki Tuhan selain Aku?” Masyitah menjawab: “Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” Lalu Firaun memerintahkan supaya dibawakan sebuah patung lembu yang dibuat daripada tembaga, lalu dipanaskan. Lalu Fir’aun memerintahkan Masyitah dan anak-anaknya agar melompat ke dalamnya.” Wanita tukang sisir itu pun berkata, “Aku ada satu hajat kepadamu.” Fir’aun berkata, “Apa keperluanmu?” “Aku ingin agar engkau mengumpulkan tulang-tulangku dan tulang anakku ke dalam satu kain, lalu engkau menguburkan kami.” Firaun berkata: “Itu hakmu yang mesti ditunaikan daripada kami.” Lalu Fir’aun memerintahkan untuk melemparkan anak-anaknya di hadapan wanita tukang sikat itu satu persatu sehingga tinggal anaknya yang masih menyusu. Masyitah amat berat dengan keadaan anaknya tersebut. Kemudian anak kecil itu berkata, “Wahai ibuku, tabahlah, sesungguhnya azab dunia lebih ringan daripada azab akhirat.” Maka Masyitah pun menjadi tabah. [5]

Penilaian Ulama’ Mengenai Hadith ini

  • Imam al-Dzahabi berkata dalam al-‘Aluw[6]: “Hadith ini mempunyai sanad hasan”.
  • Ibn Kathir berkata dalam Tafsir al-Quran al-Azim[7]: “Tidak ada yang salah dengan sanadnya.”
  • Sanadnya dinilai shahih oleh Ahmad Shaakir berdasarkan ulasannya di dalam al-Musnad[8].
  • Syeikh Syuaib Al-Arnout berkata dalam Takhrij al-Musnad[9] bahawa Sanadnya hasan.

Maka jelaslah bahawa kisah ini sahih dan dibuktikan bahawa ia diambil daripada Nabi SAW, dan bukannya daripada sumber Yahudi atau Nasrani. Berkenaan dengan frasa

Ibn al-Athir menukilakan pendapat al-Hafiz Abu Musa dalam al-Nihayah, katanya: “Firaun memerintahkan supaya dibawakan sebuah patung lembu yang dibuat daripada tembaga, lalu dipanaskan “, Yang dimaksudkan dalam hal ini bahawa ia tidak merujuk kepada sesuatu yang dibuat dalam bentuk lembu, malah mungkin periuk atau cerek yang luas, yang mereka namakan baqarah, diambil daripada perkataan tabaqqur (التَّبقُّر) yang bermaksud keluasan, atau mungkin juga sesuatu yang boleh memuatkan seekor lembu keseluruhan kerana saiznya yang besar, jadi ia disebut sedemikian. [10]

Demikianlah kisah Masyitah, tukang sikat anak perempuan Firaun. Beliau rela dibakar hidup-hidup bersama anak-anaknya demi mempertahankan keimanannya. Sehingga aroma yang wangi daripada kuburnya disaksikan oleh Nabi SAW, dan malaikat Jibril ketika peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Berkenaan dimanakah kubur Masyitah, lokasinya tidak diketahui. Namun begitu, sebelum beliau dilemparkan ke dalam api, beliau meminta kepada Firaun, , untuk mengumpulkan tulang-tulangnya serta anak-anaknya dan menguburkan mereka bersama-sama dalam satu kubur yang tidak diketahui lokasinya.

The shortcode is missing a valid Donation Form ID attribute.

Kesimpulan

Berdasarkan persoalan di atas, kami nyatakan bahawa kisah Nabi SAW menghidu haruman yang wangi daripada kubur Masyitah dan anak-anaknya adalah benar sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW semasa menceritakan kisah baginda di isra’ dan dimikrajkan kepada para sahabat sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.Anhuma. Manakala, mengenai di mana kubur mereka, tidak ada nas yang menyatakan di mana lokasinya yang sebenar.

Akhirnya, semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman dalam memahami agama ini. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 25 Februari 2022 bersamaan 23 Rejab 1443H

[1] Surah al-Isra’ : 1

[2] Lihat Tafsir Ibn Kathir, 5/5

[3] Ibid, 5/42-43

[4] Lihat al-Tafsir al-Wasit, 2/1322

[5] Riwayat Imam Ahmad di dalam al-Musnad (1/309), al-Tabrani (12280), Ibn Hibban (2903) dan al-Hakim (2/496)

[6] Lihat al-‘Aluw (84)

[7] Lihat Tafsir al-Quran al-Azim (3/15)

[8] Lihat al-Musnad (4/295)

[9] Lihat Takhrij al-Musnad (5/30-31, hadith no. 2821)

[10] Lihat al-Nihaayah, 1/145

Leave a Reply