#29 Pendapat Ulama Mengenai Ilyasin

-40%

Buku Fizikal

Rahiq Makthum

Rated 0 out of 5
RM50.00RM110.00
Rated 0 out of 5
RM6.00
-69%

Buku Fizikal

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00RM35.00
-32%

Siri Kematian

Fiqh Jenazah

Rated 0 out of 5
RM8.00RM15.00

Siri Solat Sunat

Solat Hari Raya

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Istisqa

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM10.00

Soalan:         

Assalamualaikum w.b.t. Siapakah Ilyasin “إلياسين” yang disebut dalam al-Quran? Mohon pencerahan. Terima Kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Bagi menjawab persoalan ini, kami mulakan dengan firman Allah SWT:

وَإِنَّ إِلْيَاسَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ (123) إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَلَا تَتَّقُونَ (124) أَتَدْعُونَ بَعْلًا وَتَذَرُونَ أَحْسَنَ الْخَالِقِينَ (125) اللَّهَ رَبَّكُمْ وَرَبَّ آبَائِكُمُ الْأَوَّلِينَ (126) فَكَذَّبُوهُ فَإِنَّهُمْ لَمُحْضَرُونَ (127) إِلَّا عِبَادَ اللَّهِ الْمُخْلَصِينَ (128) وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ (129) سَلَامٌ عَلَىٰ إِلْ يَاسِينَ (130) إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ (131) إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya:Dan sesungguhnya Nabi Ilyas adalah daripada Rasul-rasul (Kami) yang diutus (123). (Ingatkanlah peristiwa) ketika beliau berkata kepada kaumnya: ‘Hendaklah kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya (124). Patutkah kamu menyembah berhala Ba‘la, dan kamu meninggalkan (ibadat kepada) sebijak-bijak pencipta? (125) Iaitu Allah Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu!’ (126) Maka mereka mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir (untuk diseksa) (127), Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan daripada sebarang syirik (maka mereka akan terselamat, dan mendapat sebaik-baik balasan) (128). Dan Kami kekalkan bagi Nabi Ilyas (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian (129). Salam sejahtera kepada Nabi Ilyas! (130) Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan (131). Sesungguhnya Nabi Ilyas itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.”[1]

Syeikh al-Syarbasi menukilkan, Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa Ilyasin termasuk dalam kalangan para utusan Allah SWT.[2] Bahkan Ibn Kathir ada menyebutkan dalam tafsirnya bahawa Wahb bin Munabbih berpendapat, Ilyasin ialah Ilyas bin Yasin bin Finhas bin al-‘Aizar bin Harun bin ‘Imran. Beliau telah diutuskan oleh Allah SWT kepada Bani Israil selepas Hizqil A.S. Kaumnya ketika itu menyembah berhala yang dipanggil sebagai Ba‘l (بَعْلٌ). Lalu beliau menyeru mereka untuk beriman kepada Allah SWT dan melarang mereka daripada beribadah kepada selain-Nya. Raja mereka telah menyahut seruan tersebut dan beriman kepadanya. Akan tetapi kemudiannya dia telah murtad dan berterusan berada dalam kesesatan. Begitu juga tidak ada seorang pun dalam kalangan mereka yang beriman dengannya. Justeru, Nabi Ilyas telah berdoa kepada Allah dan Allah SWT telah menahan hujan daripada turun kepada mereka. Perkara itu berlanjutan selama tiga tahun. Kemudian mereka meminta kepada Nabi Ilyas untuk menyingkap musibah tersebut daripada mereka dan berjanji untuk beriman dengannya, jika hujan diturunkan kepada mereka. Maka, Nabi Ilyas pun berdoa kepada Allah, lalu turunlah hujan kepada mereka. Akan tetapi mereka tetap berterusan dalam seburuk-buruk keadaan iaitu kufur kepada Allah SWT.[3]

Terdapat riwayat daripada Ibn Mas‘ud R.A, beliau berkata: Ilyas ialah Idris dan Israil ialah Ya‘qub. Inilah juga pendapat ‘Ikrimah. Manakala ulama lain berpendapat, beliau ialah salah seorang nabi dalam kalangan Bani Israil. Ibn Abbas R.Anhuma menyebutkan, beliau ialah anak saudara Ilyasa’. Ibn Ishaq pula menyebutkan bahawa beliau ialah Ilyas bin Yasin bin al-‘Aizar bin Harun bin ‘Imran.[4]

Menurut Syeikh al-Syarbasi juga, sebahagian al-Qurra’ membaca dengan sebutan “سَلَامٌ عَلَىٰ إدراسين”. Manakala sebahagian yang lain pula membaca dengan sebutan “سَلَامٌ عَلَىٰ آل ياسين” iaitu keluarga Muhammad SAW. Bahkan ada sebahagian ahli tafsir berpendapat Ilyas itu ialah Idris.[5] Dalam kitab Fi Zilal al-Quran dinyatakan bahawa Nabi Ilyas menyeru kaumnya kepada tauhid dan mengecam perbuatan mereka yang menyembah berhala Ba‘l dan meninggalkan Allah yang merupakan “Sebaik-baik Pencipta” iaitu Tuhan mereka dan Tuhan datuk nenek mereka yang dahulu kala sebagaimana telah dilakukan oleh Ibrahim yang mengecam bapanya dan kaumnya yang menyembah berhala, juga sebagaimana telah dilakukan oleh setiap rasul yang mengecam kaumnya yang menyembah patung-patung.

Akibat seruan itu, Nabi llyas telah didustakan kaumnya, lalu Allah SWT bersumpah dan menegaskan bahawa mereka akan dibawa ke hadapan pengadilan-Nya secara paksa untuk menerima balasan para pendusta, kecuali mereka yang beriman yang telah dipilih Allah daripada kalangan mereka. Cerita sepintas lalu Nabi Ilyas ini juga diakhiri dengan kata penutup yang berulang-ulang di dalam surah untuk memuliakan para rasul dengan ucapan selamat sejahtera daripada Allah SWT kepada mereka, juga untuk menerangkan balasan para Muhsinin dan nilai keimanan para Mukminin. Sirah Nabi Ilyas disebut bagi kali yang pertama di sini secara sepintas lalu. Di sini marilah kita berhenti sebentar memerhatikan gaya pengungkapan al-Quran yang seni pada ayat “سَلَامٌ عَلَىٰ إِلْ يَاسِينَ” di mana nada kata akhir nama Ilyas disebut dengan bunyi llyasin untuk mengimbangkan dengan bunyi kata-kata akhir yang lain mengikut cara al-Quran.[6]

Kesimpulannya

Oleh itu, berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami berpendapat Ilyasin merupakan salah seorang daripada utusan Allah SWT. Tidak dapat dinafikan, para ulama telah berbeza pendapat mengenai siapakah ‘Ilyasin’ yang dimaksudkan dalam al-Quran, dan kami berpendapat — yang rajihnya — ia adalah merujuk kepada Nabi Ilyas A.S kerana konteks ayat ini berada dalam kisah Nabi Ilyas sebagaimana yang ditunjukkan juga oleh bacaan jumhur iaitu “سَلَامٌ عَلَىٰ إِلْ يَاسِينَ”.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Wallahua‘lam.

Bertarikh: 10 Mac 2022 bersamaan 7 Syaaban 1443H

[1] Surah al-Saffat: 123-132.

[2] Lihat Yasalunaka fi al-Din wa al-Hayah, 6/429.

[3] Lihat Tafsir Ibn Kathir, 7/32.

[4] Lihat al-Kasyf wa al-Bayan, 8/158.

[5] Lihat Yasalunaka fi al-Din wa al-Hayah, 6/430.

[6] Lihat Fi Zilal al-Quran, 5/2998.

Leave a Reply

Your email address will not be published.