Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Boleh terangkan kisah hidup Syeikh Munir Ghadban serta beberapa hasil karyanya?

 

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Maksudnya: “Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.

(Surah al-Mujadalah: 11)

Al-Qurtubi menukilkan pendapat Ibnu Mas’ud yang berkata, “Allah SWT memuji para ulama dalam ayat ini dan makna Allah SWT mengangkat golongan yang berilmu atas yang beriman yang tidak dikurniakan ilmu dengan beberapa darjat pada agama mereka apabila mereka melakukan apa-apa yang diperintahkan.”

SYEIKH MUNIR AL-GHADBAN (1 JUN 2014)

Ulama, pendakwah terkemuka, tokoh sejarawan, dan Umurabbi haraki Syeikh Dr. Munir bin Muhammad Al-Ghadban meninggal dunia di kota suci Makkah Al- Mukarramah pada hari Ahad (1/6/2014) pagi. Jenazah beliau disolatkan oleh kaum muslimin di Masjidil Haram pada hari itu juga.

Syeikh Munir Al-Ghadban adalah seorang ulama, pensyarah, sejarawan dan murabbi. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Muraqib ‘am (Pengawas Umum atau sesepuh) Ikhwanul Muslimin Syria.

Ikhwanul Muslimin Syria telah menulis kenyataan rasmi di atas kewafatan Syeikh Munir Ghadban. Dalam kenyataan tersebut Ikhwanul Muslimin Syria menyatakan: “Sesungguhnya kami Ikhwanul Muslimin di Syria, menyampaikan khabar berita kepada umat Islam di atas kewafatan seorang ulama dan seorang tokoh umat Islam. Syeikh Munir Al-Ghadban, mantan Muraqib Am Ikhwanul Muslimin di Syria, yang meninggal pada pada pagi hari Ahad, 3 Sya’ban 1435 H bertepatan dengan 1 Jun 2014 M.”

TARIKH LAHIR

Syeikh Munir bin Muhammad Al-Ghadban dilahirkan di kota Tal, berhampiran pinggir bandar Damsyiq pada 1942.

PENDIDIKAN

Beliau meraih S1 dari Fakulti Syariah, Universiti Damaskus pada 1967 dan meraih diploma umum dari Fakulti Tarbiyah, Universiti Damaskus pada 1968. Pada tahun 1972 beliau meraih S2 Bahasa Arab dari Ma’had Al-Buhuts wad Dirasat Arabiyah, Universiti Kaherah. Kerana kesibukan dakwah dan mengajar, beliau baru meraih S3 Bahasa Arab dari Universiti Al-Quran Al- Karim, Sudan pada 1997.

Pendidikannya meliputi ijazah sarjana muda syariah daripada Universiti Dimasyq (1967), diploma am pendidikan daripada Universiti Dimasyq (1968), master bahasa Arab daripada Maahad al-Buhuth wad-Dirasat al-Arabiyyah, Kaherah, Mesir (1972) dan Ph.D bahasa Arab daripada Universiti al-Quran al-Karim, Sudan (1997).

JAWATAN YANG PERNAH DISANDANG

  • Pernah menjadi pensyarah di Universiti Ummu al-Qura dalam tempoh yang lama selepas hijrah daripada bumi Syam. Antara jawatannya ialah:
  • Pensyarah di Universiti al-Iman Yaman.
  • Beliau menjadi Muraqib ‘Am jamaah Ikhwan Muslimin Suria tahun 1885.
  • Memegang jawatan ketua Majlis Syura Jamaah selama beberapa tahun.

SUMBANGAN SYEIKH MUNIR GHADHBAN BERSAMA IKHWANUL MUSLIMIN

Syeikh Munir Al-Ghadban sejak muda bergabung dan aktif dalam kelompok Ikhwanul Muslimin di Syria. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Muraqib ‘Aam Ikhwanul Muslimin di Syria selama enam bulan pada tempoh 1985 – 1986. Beliau juga sempat menjawat jawatan sebagai ketua Majlis Syura Ikhwanul Muslimin di Syria (bertugas memilih Muraqib ‘Am) selama beberapa tahun.

Pada 1982, merupakan pasca revolusi kegagalan Ikhwanul Muslimin dan gerakan-gerakan dakwah Islam, kerana dibasmi oleh rezim Nushairiyah Hafizh Asad. Badai penangkapan dan pembunuhan itu memaksa ramai ulama dan pendakwah Syria untuk berhijrah ke Arab Saudi dan negara-negara lain. Syaik Munir Al-Ghadban termasuk dalam kelompok mereka yang hijrah ke Arab Saudi dan diterima mengajar di Universiti Ummul Qura Makkah.

HIJRAH KE ARAB SAUDI

Beliau terpaksa berhijrah dan menetap di Saudi selepas berlaku bertembungan antara rejim Syria dengan Jemaah Ikhwan. Mengikut akta 49 yang diluluskan pada tahun 1980, semua mereka yang menganggotai tanzim Ikhwan dijatuhi hukuman bunuh.

HASIL KARYA

Syeikh Munir adalah penulis buku-buku yang bermanfaat dan usaha yang besar di jalan dakwah kepada agama Allah dan membela syariat-Nya serta umatnya. Beliau adalah penulis Al-Manhaj Al-Haraki fis Sirah Nabawiyah dan Al-Manhaj Tarbawi fis Sirah Nabawiyah.

Beliau adalah sejarawan yang mengkaryakan sejarah perjalanan generasi Islam pertama. Beliau adalah orang yang menghasilkan pintu-pintu perjalanan bagi Harakah Islamiyah dalam banyak buku dan ceramah.

Syeikh Munir Al-Ghadban memiliki tidak kurang daripada 40 karya yang telah diterbitkan di bidang sirah nabawiyah, dakwah, tarbiyah, dan perang pemikiran. Di antara karyanya yang paling terkenal adalah adalah Fiqh Al-Sirah Al-Nabawiyah, Al-Manhaj Al-Haraki lis Sirah Nabawiyah, al-Manhaj Tarbawi lis Sirah Nabawiyah, Manhaj I’lami lis Sirah Nabawiyah, Tarbiyah Jihadiyah (3 jilid), Tarbiyah Qiyadiyah (4 jilid), Tarbiyah Jama’iyah (2 jilid), dan Tarbiyah Siyasiyah (2 jilid).

Sebahagian buku beliau seperti Fiqh Al-Sirah Al- Nabawiyah menjadi sukatan pelajaran di kuliah Sirah Nabawiyah Universiti Ummul Qura dan universiti- universiti lainnya di Timur Tengah. Buku-buku beliau menjadi panduan pembinaan pada halaqah-halaqah dan usrah para aktivis Islam di seluruh dunia. Disebabkan jasa-jasa besarnya dalam bidang tersebut, Syeikh Munir Al-Ghadban menerima penghargaan Sultan Brunei Darus Salam untuk bidang Sirah Nabawiyah pada tahun 2000.

Beliau telah menghasilkan sejumlah karya penting dalam bidang dakwah, sirah dan sejarah, antaranya:

  • Al-Manhaj al-Tarbawi li al-Sirah al-Nabawiyyah 11 Jilid.
  • Al-Tarbiyyah al-Jihadiyyah.
  • Al-Tarbiyyah al-Qiyadiyyah. Al-Tarbiyyah al-Jama’iyyah.
  • Al-Tarbiyyah al-Siyasah.
  • Al-Manhaj al-‘I’lami li a-Sirah al-Nabawiyyah.
  • Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah.
  • Al-Taratib al-Idariyyah fi Nizam al-Hukumah al- Nabawiyyah li al-Kattani, Taqrib wa Tahzib.
  • Al-Tarbiyyah al-Siyasah li al-Tifl al-Muslim.
  • Fiqh al-Tamkin fi al-Sirah al-Nabawiyyah.
  • Akhlaqiyyat al-Harb fi al-Sirah al-Nabawiyyah.
  • Al-Akhawat al-Mu’minat.
  • Muhammad SAW (Penulisan bersama dengan yang lain).
  • Mu’awiyyah Bin Abi Sufyan.
  • Abu Zar al-Ghifari.
  • Al-Masirah al-Islamiyyah li al-Tarikh.
  • ‘Amru bin al-‘As (Al-Amir al-Mujahid).
  • Hind Binti ‘Utbah.
  • Al-Masirah al-Islamiyyah li Jail al-Khilafah al- Rasyidah.
  • Ahdu al-Siddiq.
  • Tahrir al-Iraq wa al-Syam wa al-Jazirah.
  • Jaulat Naqdiyyat fi Kitab al-Khilafat al-Siyasah baina al-Sahabat.
  • Al-Harakat al-Qaumiyyah fi Mizan al-Islam.
  • Suriyyah fi Qarn.
  • Sayyid Qutub Dhid al-‘Unf.
  • Ilaika Ayyuha al-Fata al-Muslim.
  • Ilaiki Ayyatuha al-Fatah al-Muslimah.
  • Afkar allati Ahya min Ajliha.
  • Al-Tahaluf Siyasi fi Islam.
  • Nahnu wa al-Gharb ‘ala Dhau’ al-Sunan al- Rabbaniyyah (al-Iraq wa Amerika Namuzajan).
  • Man Mu’in al-Tarbiyyah al-Islamiyyah.
  • Turq Tadris al-Mawad al-Diniyyah (li al-Saff al- Thani bi Dar al-Mu’amalat) (Penulisan bersama yang lain).
  • Tadris al-Mawad al-Diniyyah wa al-Lughah al- ‘Arabiyyah (Li al-Saff al-Thalith bi Dar al-Ma’lumat) Turq Penulisan bersama yang lain).
  • Al-Huquq al-Miah li al-Mar’ah al-Muslimah. Al-Hiwar: Fikran wa
  • Al-Mughirah Bin Syu’bah (al-Wali al-Mujahid).
  • Qadhaya Islamiyyah Mu’asirah.
  • Syabab fi al-‘Ahd al-Nabawi
  • Syabab fi al-‘Ahd al-Rasyidi.
  • Al-Tal fi Zakirati wa fi Qalbi (al-Wajh al-Islami).
  • Al-Ittijah al-Islami ‘inda al-Rasafi.
  • Al-Musalsalat al-Tarikhiyyat al-Suriyyah (Namuzaj) Dirasah.
  • Madkhal ila al-Sirah al-Manhajiyyah.
  • Al-Manhaj al-Siyasi fi al-Sirah al-Nabawiyyah.
  • Fi Zilal al-Zilal.
  • Al-Sirah al-Nabawiyyah ‘ind al-Sahar ‘Ardhun wa Ra’yun.
  • Kitab al-Arba’in fi Sirah Sayyid al-Mursalin.

Kami akhiri dengan doa:

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ، وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً ، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.”

(Surah al-Baqarah: 201)

Wallahu a’lam

Bertarikh: 8 September 2023 bersamaan 22 Safar 1445

Leave a Reply