Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Bagaimana cara hafazan al-Quran pada zaman sahabat?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Para sahabat R.Anhum ialah mereka yang hidup sezaman dengan Baginda SAW, sempat bertemu dan beriman serta mati dalam Islam. Mereka adalah golongan yang paling hampir dengan Rasulullah SAW. Oleh itu mereka mempunyai banyak kelebihan dalam menghafaz al- Quran. Setiap kali turunnya ayat al-Quran ke atas Rasulullah SAW maka tanpa berlengah Baginda SAW terus menyampaikan ayat tersebut kepada para sahabatnya. Para sahabat pula membaca dan menghafaz al-Quran dengan bersungguh-sungguh demi menyahut seruan Allah SWT yang menggalakkan hamba-Nya memperbanyakkan bacaan al- Quran sebagaimana firman Allah SWT:

إنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَبَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَوَةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْتَهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ نِجَرَةً لَّن تَبُورَ الوفيهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah SWT dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Supaya Allah SWT menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka dengan limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang yang bersyukur kepada-Nya).”

(Surah Fatir: 29-30)

Menurut Syeikh al-Sabuni Avar ini secara jelas memuji golongan yang sentiasa membaca al-Quran sama ada pada waktu siang atau malam. dijanjikan oleh Mereka Allah SWT dengan ganjaran yang berlipat ganda di akhirat kelak. Di samping Rasulullah SAW juga banyak mendorong para sahabatnya agar membaca, memahami serta menghafaz al-Quran.

Terdapat banyak hadis yang membuktikan perkara tersebut. Di antaranya sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT mempunyai segolongan manusia yang hampir kepada-Nya. Para sahabat bertanya: Siapakah mereka hai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Ahli al-Quran adalah golongan tersebut yang istimewa di sisi Allah SWT.” – Riwayat al-Hakim (1/743)

Ahli al-Quran bermaksud mereka yang menghafaz al- Quran, sentiasa membacanya serta beramal dengan kandungannya. Antara faktor lain yang mendorong para sahabat menghafaz al-Quran ialah kesungguhan mereka di samping bahasa al-Quran iaitu bahasa Arab yang merupakan bahasa percakapan mereka seharian. Kesungguhan mereka terserlah berdasarkan sikap berlumba- lumba dalam membaca al-Quran sepanjang masa.

Para sahabat juga begitu terkenal dengan kuat ingatan dan hafalan. Ini berpunca daripada keadaan mereka yang majoritinya buta huruf pada peringkat awalnya. Oleh itu, daya menghafaz menjadi alat yang terpenting bagi mereka memelihara sejarah, budaya dan warisan silam seperti nasab keturunan, syair-syair dan khutbah-khutbah yang bernilai tinggi untuk disampaikan kepada generasi seterusnya.

Terdapat ramai penghafaz al-Quran di kalangan sahabat. Antara yang paling menonjol dan masyhur di kalangan mereka ialah Abu Bakar, Ubai bin Kaab, Umar, Uthman, Ali, Talhah bin Ubaidillah, Saad bin Abi Waqas, Abu Hurairah, Abdullah bin al-Saib, Abdullah bin Amru bin al-As, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Ummu Maktum, Mus’ab bin Umair dan ramai lagi. Tidak terkecuali juga golongan wanita di kalangan sahabat seperti Aisyah, Hafsah, Ummu Salamah, Ummu Waraqah dan ramai lagi.

Sebagai rangsangan dan galakan untuk mereka terus membaca al- Quran, Rasulullah SAW memuji para sahabatnya yang dapat membaca al-Quran dengan baik. Sepertimana Rasulullah SAW pernah memuji kesempurnaan bacaan Abdullah bin Mas’ud dan menyuruh sahabat lain mempelajari daripadanya. Rasulullah SAW juga pernah memuji Abu Musa al-Asyaari kerana kemerduan suaranya ketika membaca al-Quran. (Lihat Tips Hafazan al-Quran, hlm. 38-40)

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا عَبِيْدُكَ، وَبَنُوْ عَبِيْدِكَ، وَبَنُوْ إِمَائِكَ، نَوَاصِينَا بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيْنَا حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيْنَا قَضَاؤُكَ، نَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قُلُوْبِنَا، وَنُورَ صُدُوْرِنَا، وَجِلَاءَ أَحْزَانِنَا، وَذَهَابَ هُمُوْمِنَا.

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya kami adalah hamba-Mu, anak kepada hamba-Mu, anak kepada hamba perempuan-Mu, ubun-ubun kami di tangan-Mu, telah berlalunya keputusan-Mu, Engkau telah berlaku adil ke atas kami dalam keputusan-Mu. Kami memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau berikan pada diri-Mu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada salah satu makhluk ciptaan-Mu, atau yang telah Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang telah Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib-Mu, untuk menjadikan al-Quran sebagai penyejuk hati kami, cahaya di dada kami, penghilang kesedihan kami, penghapus kesusahan kami.”

Bertarikh: 15 September 2023 bersamaan 29 Safar 1445

Leave a Reply