• Laman Utama
  • Buku Fizikal
  • eBook
  • Hubungi Kami
  • Artikel
    • Ahkam Syar’iyyah
    • Tashih Al-Mafahim
    • English Section
  • Pertanyaan?

No products in the cart.

No Result
View All Result
  • Login
  • Register
No Result
View All Result
Maktabah al Bakri
No Result
View All Result
Home Adab dan Akhlaq

#3170: Mendengar Ceramah Politik Ketika Waktu Kerja

by Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
September 20, 2023
Reading Time: 4 mins read
0
0
Share on WhatsappShare on Facebook

Soalan:

Assalammualaikum, apa hukum dengar ceramah politik ketika waktu kerja?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ

Maksudnya: “Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.”

(Surah al-Mukminun:8)

Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat di atas berkata: “Yakni, jika mereka (orang mu’min) diberi amanah, mereka tidak mengkhianati, malah mereka mengembalikannya kepada pemiliknya. Dan jika mereka membuat perjanjian atau akad, mereka memenuhinya (terma dan syarat).” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 5/404)

Begitu juga firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui.”

(Surah al-Anfal: 27)

Al-Maraghi menjelaskan akan larangan mengkhianati amanah sesama manusia dalam segala jenis urusan melibatkan urusan muamalat, akhlak dan aspek sosial. Begitu juga larangan mengkhianati pemerintah dalam perihal politik dan juga peperangan kerana perbuatan itu boleh memberi manfaat kepada pihak musuh. Justeru, dalam konteks larangan mengkhianati amanah sesama manusia, khianat terhadap amanah dalam pembelajaran dan pekerjaan turut dilarang oleh Allah SWT. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 9/191-194)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

آيَةُ المُنافِقِ ثَلاثٌ: إذا حَدَّثَ كَذَبَ، وإذا وعَدَ أخْلَفَ، وإذا اؤْتُمِنَ خانَ

Maksudnya: “(Antara) tanda orang munafiq itu ada tiga; jika bercakap dia berdusta, jika berjanji dia mungkiri, dan jika dia diberikan kepercayaan dia khianati.”

Riwayat al-Bukhari (6059) dan Muslim (59)

Menjawab persoalan di atas, kami ingin menyatakan bahawa mendengar ceramah politik atau ceramah apa pun semasa sesi bekerja adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip produktiviti dan etika kerja yang seharusnya dipegang oleh setiap pekerja. Sebagai seorang muslim yang menjalankan amanah dalam pekerjaan, adalah kewajipan untuk menggunakan masa kerja dengan sepenuhnya untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan.

Ini kerana seorang pekerja dibayar gaji oleh majikan berdasarkan tempoh kerja yang ditetapkan. Oleh itu, menjalankan tugas dengan penuh tumpuan adalah satu bentuk balasan kepada gaji yang diterima. Melakukan apa-apa yang mengalihkan perhatian dari tugasan yang sepatutnya dilakukan adalah tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai penyalahgunaan amanah.

Dalam Islam, mendapatkan rezeki halal adalah penting. Oleh yang demikian menjaga integriti dalam pekerjaan adalah satu aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Membazirkan masa kerja untuk aktiviti yang tidak berkaitan dengan tugasan sebenar adalah bertentangan dengan nilai-nilai agama dan boleh menyebabkan gaji yang diterima menjadi tidak halal. Oleh itu, sepatutnya kita mengutamakan tugas-tugas yang diberikan dengan penuh amanah dalam lingkungan kerja sebagai tanggungjawab utama kita.

Diriwayatkan daripada Samurah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَدِّ الْأَمَانَةَ إِلَى مَنْ ائْتَمَنَكَ، وَلَا تَخُنْ مَنْ خَانَكَ

Maksudnya: “Tunaikan amanah kepada siapa yang mengamanahkan kepada kamu dan jangan kamu khianat siapa yang mengkhianati kamu.”

Riwayat Ahmad (15424), Al-Tirmizi (1264), dan Abu Dawud (3534)

Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa: Sesiapa yang hartanya lebih banyak daripada sumber yang haram, makruh untuk menerima pemberian daripadanya sebagaimana makruh melakukan apa-apa transaksi dengannya. (Lihat Raudhah al-Talibin wa ‘Umdat al-Muftin, 337/7)

Sebagai kesimpulan, sebagai seorang muslim, adalah tugas kita untuk menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya dalam menjalankan apa-apa pekerjaan yang telah diberikan kepada kita. Kita harus menghindari dari terlibat dalam tindakan-tindakan yang boleh mengabaikan tanggungjawab ini. Di kesempatan ini juga suka kam nasihati bahawa kita wajib mengambil peluang yang ada dengan menonjolkan cara kerja  kita dengan berbekalkan ilmu, semangat yang kental, dan matlamat yang jelas untuk kita capai. Dengan cara ini, kita akan dapat menatijahkan hasil yang lumayan dan luar biasa dalam membangun majikan, syarikat dan negara kita. (Lihat Masa Peliharalah, hlm. 120-121)

Diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja, dia laksanakan dengan cemerlang.”

Al-Munawi berkata: ‘إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ’ (apabila dia mengerjakan sesuatu kerja, dia laksanakan dengan cemerlang), yakni dia menyempurnakannya. (Lihat Faidh al-Qadir, 2/286) Al-San’ani berkata: Yakni, dia melakukan sesuatu dalam bentuk dan keadaannya yang paling sempurna. (Lihat al-Tanwir Syarh al-Jami’ al-Saghir, 2/148)

Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Ausat (275) dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4929), (4930) dan (4931).

Semoga Allah memberikan kefahaman yang jelas dalam melaksanakan segala titah perintahnya dan kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

Wallahua’lam

Bertarikh: 20 September 2023 bersamaan 4 Rabiulawwal 1445

Previous Post

#3169: Terlupa dan Ragu-ragu Terhadap Bilangan Sa‘ie

Next Post

#3171: Adakah Penjamin Dikira Meninggal Dunia Dalam Menanggung Hutang Sekiranya Tidak Mampu Membayar Hutang Bagi Pihak Peminjam?

Next Post

#3171: Adakah Penjamin Dikira Meninggal Dunia Dalam Menanggung Hutang Sekiranya Tidak Mampu Membayar Hutang Bagi Pihak Peminjam?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Result
View All Result

Recent Posts

  • #5001: Kenapa Dato’ Seri Jawab Soalan?
  • #5000: Busuk Daging dengan Sebab Bani Isra’il
  • #4999: Apakah Nabi SAW Pernah Lupa?
  • #4998: Kanak-kanak Mendapat Pahala Amal Kebaikan dan Diangkat  Daripada Mereka  Dosa
  • #4997: Marah Ketika Memberi Peringatan Jika Dilihat Sesuatu yang Tidak Betul

Recent Comments

  • Pakde Min on #119 Turutan Kelayakan Imam Solat
  • Qalisya Nair on #706 Keutamaan Antara Puasa Qadha’ Ramadhan dan Puasa Nazar
  • Nor Azizul Bin Khalil on #2549: Benarkah Rasulullah SAW Mempunyai Ayam Jantan?
  • Achika on #330: A Wife Following the Funeral Procession of Her Husband
  • BahakDean on #5001: Kenapa Dato’ Seri Jawab Soalan?
  • Privacy Policy
  • Shipping, Cancellation & Refund Policy
  • Terms & Conditions
Hubungi kami: +60199003469

© 2023 Maktabah Al-Bakri

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Buku Fizikal
  • eBook
  • Hubungi Kami
  • Artikel
    • Ahkam Syar’iyyah
    • Tashih Al-Mafahim
    • English Section
  • Pertanyaan?

© 2023 Maktabah Al-Bakri

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

Insert/edit link

Enter the destination URL

Or link to existing content

    No search term specified. Showing recent items. Search or use up and down arrow keys to select an item.