Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya medical doctor, berkelulusan MBBS Dr UM. Saya sambung double Master, MSc Clinical Nutrition (UKM) dan MSc Herbal Technology (UTM). Kini saya sedang belajar di Darussyifa. Tapi saya ingin sambung pengajian dalam bidang hadis dan al-Quran untuk mengkaji lebih mendalam tentang kesihatan, pemakanan dan herba menurut Islam. Soalan saya, apakah course dari University yang sesuai untuk saya ambil?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Pertama sekali, kami mengucapkan syabas atas semangat Tuan dalam menyambung pembelajaran lagi.

Kedua, kami ingin memohon maaf kerana tidak dapat mengemukakan maklumat secara setepatnya. Namun begitu, kami tetap menggalakkan saudara untuk terus menyambung pengajian.

Jika dalam bidang Hadis dan al-Quran ini, maka banyak universiti yang boleh dipertimbangkan. Antaranya Universiti al-Azhar, Mesir, dan universiti-universiti di timur tengah yang lain seperti di Jordan, dan negara-negara Arab yang lain.

Bahkan, di Malaysia juga boleh seperti fakulti al-Quran dan al-Sunnah yang terdapat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), atau di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan sebagainya.

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

 

Bertarikh: 26 September 2023 bersamaan 10 Rabiulawwal 1445

Leave a Reply