#349 Memakan Daging Musang

Rated 0 out of 5
RM6.00
-69%

Buku Fizikal

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00RM35.00
-32%

Siri Kematian

Fiqh Jenazah

Rated 0 out of 5
RM8.00RM15.00

Siri Solat Sunat

Solat Hari Raya

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Istisqa

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM10.00
-58%
Rated 0 out of 5
RM100.00

Siri Solat Sunat

Solat Musafir

Rated 0 out of 5
RM5.00

Soalan

Apakah hukum makan musang?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا

Maksudnya : “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik”[1]

Ayat di atas menunjukkan bahawa makanan yang hendak dimakan oleh kita hendaklah memenuhi dua kriteria tersebut iaitu, halal dan baik.

Syeikh al-Sa’di telah mengulas ayat ini dengan mengatakan bahawa ianya ditujukan kepada seluruh manusia sama ada orang-orang beriman ataupun kafir, supaya memakan apa yang ada di atas muka bumi ini, yang terdiri daripada biji-bijian, buah-buahan dan binatang-binatang yang telah dihalalkan buat mereka mengambilnya (memakan dan mengambil manfaat daripadanya), bukan dengan cara merampasnya, atau mencuri atau dengan hasil muamalat (jual beli) yang diharamkan atau perkara-perkara yang diharamkan. Manakala toyyiban pula ialah bukan daripada perkara yang buruk (kotor dan jijik) seperti bangkai, darah, daging khinzir dan lain-lain. Ayat ini adalah merupakan dalil bahawa hukum asal bagi sesuatu perkara itu (untuk dimakan dan diambil manfaatnya) adalah harus. [2]

Memilih memakan makanan yang halal dan baik juga adalah merupakan antara faktor doa diterima oleh Allah SWT. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW :

الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ، يَا رَبِّ، يَا رَبِّ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ؟

Maksudnya : “Seorang lelaki yang melakukan perjalanan jauh (lama), tubuhnya diliputi debu lagi kusut, diamenadah tangannya ke langit dan berdoa, ‘Ya Rabbku, ya Rabbku’. Akan tetapi makanannya haram, minumannya haram, dan ia diberi makan dengan yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya dikabulkan.” [3]

Definisi Musang

Musang ialah sejenis mamalia jenis omnivor yang hidup di darat, sebahagian besarnya dari famili Viverridae. Ia sejenis binatang yang hidup secara liar tetapi tidak buas, sangat licik dan suka bersembunyi. Rupanya seperti kucing tetapi tubuhnya besar sedikit, berekor panjang dan bertindak aktif pada waktu malam. Musang adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Musang ini hidup di dalam hutan dan kadangkala memasuki perkampungan kecil mencari ayam untuk dijadikan mangsanya. Ada sesetengah jenis musang hidup di atas pokok dan membuat sarang di celah dahan pokok. Musang akan aktif pada waktu malam untuk memburu mangsanya seperti ayam, itik, dan haiwan yang lebih kecil darinya. Bagi jenis musang pulut aktif di siang hari di dalam hutan mencari buah-buahan. Binatang jenis ini sangat pandai dan cekap memanjat pokok. Saiz tubuhnya di antara 65cm hingga 80cm (tanpa ekor) manakala beratnya di antara 3kg hingga 7kg seekor. Warna musang ini bergantung kepada jenisnya kebiasaanya ia bewarna coklat tua dan ada yang berbelang-belang.[4]

Dalam kita hendak mengenal spesis musang mungkin tidak ramai yang kenal akan spesis tersebut. Spesis Musang Pulut (Common Palm Civet) yang sering dijumpai disekitar kawasan kebun kelapa sawit dan belukar atau dipinggir-pinggir kampung. Musang Pulut merupakan salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat dari India dan Sri Lanka sehingga keseluruhan selatan China dan tanah besar Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Filipina. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Paradoxurus hermaphroditus.[5]

Musang Pulut boleh di dapati di hutan sekunder (baru), ladang buah, berhampiran kampung, malah kadang kala terdapat di bumbung rumah kawasan pendalaman. Pada kebiasaannya, ia bersarang dalam lubang pokok di mana mereka menjaga dua atau tiga ekor anak. Spesies ini aktif pada waktu malam sepenuhnya.Musang ini yang aktif disebelah malam makan buah-buahan, haiwan kecil mempunyai bulu tebal berwarna kelabu coklat dengan dimuka ada bulu berwarna kehitaman.

Spesis lain yang sering dijumpai adalah Musang Jebat (Viverra zibetha) dan juga spesis Musang Akar (Arctogalidia trivirgata). Musang akar sering dijumpai kerana ia sering memburu ayam dalam reban dan mempunyai kulit keseluruhannya berwarna hitam . Spesis musang lain adalah Musang Hitam Pudar (Hose’s Palm Civet) dan juga Musang Rasa (Viverricula indica). Terdapat beberapa spesis lain iaitu  Musang Tenggalung (Viverricula malaccensis), Musang Luwak (Paradoxurus hermaphroditus), Musang Galing (Paguma larvata), Musang Linsang (Prionodon linsang), Musang Binturong (Arctictis binturong), Musang Belang (Hemigalus derbyanus) dan akhir sekali adalah Musang Lamri (Paguma larvata).

Musang sebenarnya adalah sejenis binatang yang liar tetapi dikategorikan sebagai  tidak buas. Ia juga merupakan sejenis haiwan yang sangat licik dan walau pun dikatakan sebagai sejenis haiwan pengecut. Kebiasaannya musang tidur sahaja pada siang hari (Pasif) tetapi ia akan bertindak aktif pada waktu malam. Matanya yang besar dengan membolehkan ia melihat pada waktu malam dengan terang untuk mencari makanan. Musang adalah haiwan berdarah panas dimana ia akan melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Beberapa spesis musang mempunyai bau amat busuk dan ada yang berbau wangi seperti Musang Pandan.

Hukum Makan Musang

Firman Allah SWT:

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

“…dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”[6]

Imam al-Qurtubi menyebutkan di dalam tafsirnya: Kalimah al-Khabaith dalam ayat di atas adalah lafaz umum yang merujuk kepada segala benda-benda yang diharamkan oleh syarak dan benda-benda yang kotor. Oleh kerana itu, diharamkan memakan kala jengking, kelawar, cicak dan seumpamanya.[7]

Kebanyakan kitab-kitab fiqh menyatakan istilah musang disebut dengan tha’lab. Berdasarkan Fiqh al-Manhaji[8], semua binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk menangkap mangsa adalah haram. Binatang tersebut seperti anjing, babi, serigala, beruang, kucing, ibn awi (ابن آوي), iaitu sejenis binatang yang besar sedikit daripada musang dan lebih kecil daripada anjing dan kukunya panjang. Selain itu, gajah, singa, harimau, kera dan seumpamanya haram dimakan.

Jika taringnya lemah dan tidak boleh menangkap mangsa, binatang itu halal dimakan, seperti sejenis serigala (الضبع) dan sejenis musang. Hal ini berdasarkan hadith daripada Ibn Abi Ammar yang bertanya kepada Jabir RA berkenaan dengan dhubu’:

الضَّبُعُ صَيْدٌ هِىَ؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: قُلْتُ آكَلَهُ؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ قُلْتُ لَهُ: أَقَالَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَ: نَعَمْ

Maksudnya:Adakah dhubu’ itu binatang buruan?” Jawab Jabir: “Ya.” Ibn Abi Ammar bertanya: “Bolehkah aku memakannya?” Jawab Jabir: “Ya.” Ibn Abi Ammar bertanya lagi: “Adakah Rasulullah membenarkannya?” Jabir menjawab: “Ya.[9]

Hal Ini berdasarkan hadith daripada Abu Tha’labah al-Khusyani RA:

أَنَّ رَسُولَ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ كُلِّ ذِى نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ

Maksudnya:Rasulullah SAW melarang umatnya makan setiap binatang buas yang bertaring.[10]

Hadith seterusnya daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya:

نَهَى رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ كُلِّ ذِى نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ، وَعَنْ كُلِّ ذِى مِخْلَبٍ مِنَ الطَّيْورِ

Maksudnya:Rasulullah SAW melarang umatnya makan binatang buas yang bertaring dan setiap burung yang berkuku cengkam.[11]

Kesemua binatang tersebut haram kerana ia binatang buas, sementara burung-burung pula disebabkan tabiatnya makan bangkai, menangkap dan memburu mangsa. Sebab itulah ia termasuk dalam kategori binatang pengotor.

Manakala ulama daripada mazhab Hanbali dan Hanafi, musang termasuk haiwan yang haram dimakan. Syeikh Wahbah al-Zuhaili menyebutkan:

وَأَبَاح الشَّافِعِيَّة وَالْحَنَابِلَة أَكْل الضَّب والضَّبُع. وَعِندَ الشَّافِعِيَّة: والثَعْلَب، وَحَرمه الحَنَابِلَة. وَحَرم الْحَنَفِية أَكْل ذَلِكَ كُلّه.

Maksudnya: Ulama Syafi’iyah dan Hanabilah membolehkan makan Dhob (Biawak Padang Pasir) dan dubuk, dan dibolehkan menurut ulama Syafi’iyah makan musang, namun ulama Hanabilah mengharamkan makan musang. Manakala ulama Hanafiyah mengharamkan semuanya.[12]

Lajnah al-Ifta’ Jordan menyatakan bahawa dibolehkan untuk makan daging musang. Hal ini sebagaimana disebutkan di dalam fatwa mereka:

Tidak ada masalah dalam mazhab kami untuk memakan daging haiwan landak, musang dan dubuk. Hal ini kerana haiwan-haiwan tersebut termasuk di dalam haiwan toyyibat atau baik untuk dimakan, dan juga telah dianggap baik oleh orang Arab. Hal ini sebagiamana firman Allah SWT:

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhammad): Apakah yang dihalalkan bagi mereka? Katakanlah: Yang dihalalkan bagimu adalah makanan yang baik-baik.[13]

Apa yang dianggap baik oleh orang Arab dalam kebiasaannya maka hukumnya halal, dan apa yang dianggap menjijikkan maka hukumnya haram. Hal ini kerana al-Quran turun dalam bahasa mereka, disebabkan itu, pengertian mereka dalam menafsirkan firman Allah ‘al-Toyyibat’ adalah hukum. [14]

Justeru, berkemungkinan musang yang dimaksudkan oleh para fuqaha’ yang membenarkan untuk memakannya ialah musang yang makanan utamanya adalah buah-buahan dan yang tidak menyebarkan penyakit kepada pemakannya. Bahkan fakta mengatakan bahawa musang yang dikenali oleh masyarakat kita berbeza dengan musang (tha’lab) yang dikenali oleh orang arab. Musang yang terdapat di Malaysia dikenali sebagai musang jenis Qit al-Zabad (قط الزباد). Ia dikenali dengan mamalia karnivor yang berkait rapat dengan kucing, dan ia mempunyai kelenjar di bawah ekor yang merembeskan bahan berlemak yang digunakan untuk menghasilkan bau yang kuat. Ia juga dikenali sebagai musang peluh.[15]

Dipercayai juga bahawa musang jenis ini menyumbang kepada penularan coronavirus Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS) pada tahun 2002-2003  yang dijangkiti daripada musang (civet)  yang membawa kepada 774 kematian bagi orang yang dijangkitinya.[16]

Berdasarkan persoalan di atas, kami nyatakan bahawa jenis musang yang boleh dimakan ialah musang yang makanan utamanya adalah buah-buahan dan yang tidak menyebarkan penyakit. Sekiranya jenis musang itu tidak mempunyai ciri-ciri berikut, maka, kami cenderung bahawa daging musang haram dimakan kerana ia termasuk dalam kategori haiwan yang jijik untuk dimakan.

Fakhruddin al-Razi juga ada menyebutkan bahawa semua benda yang dianggap kotor pada tabiat manusia dan dirasakan jijik pada jiwa adalah diharamkan kerana ia menjadi sebab kepada sakit, sedangkan apa sahaja yang memudaratkan hukum asalnya adalah haram. Oleh itu, setiap yang jijik pada tabiat manusia pada asalnya adalah haram, melainkan terdapat dalil lain yang menyatakan hukumnya yang berbeza. [17]

Musang Haiwan Liar Yang Dilindungi Sepenuhnya

Berdasarkan Undang-Undang Malaysia, Akta 716, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, merupakan hidupan Liar Dilindungi Sepenuhnya. Oleh sebab itu, tidak boleh sewenang-wenangnya memburu, menangkap atau menahan jerat terhadap haiwan-haiwan berkenaan. Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakkan dan hukuman sebagaimana yang telah termaktub di dalam akta berkenaan.

Kesimpulan

Setelah kami meneliti dalil-dalil dan pandangan para ulama serta melihat kepada realiti dan waqi’ Malaysia, kami menyimpulkan kepada beberapa perkara :

  • Walaupun terdapat pandangan daripada mazhab syafi’e yang membenarkan untuk memakan jenis musang tertentu, namun, kami cenderung kepada pendapat yang mengharamkan memakan daging musang yang merupakan pendapat yang lebih selamat dan keluar daripada khilaf.
  • Tambahan lagi, Jenis-jenis musang ini merupakan hidupan liar yang dipelihara sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Akta 716. Malah, sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakkan undang-undang serta hukuman.
  • Pemerintah berhak untuk memutuskan sesuatu keputusan bagi menjaga maslahah yang lebih penting. Ini bertepatan dengan satu kaedah fiqh yang masyhur :

تَصَرُّفُ الْإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوطٌ بِالْمَصْلَحَةِ

Maksudnya “Polisi pemerintah itu hendaklah berasaskan maslahah terhadap rakyat.”

  • Justeru, menjadi tanggungjawab rakyat untuk taat dan menyokong ulil amri (pemerintah) dalam hal-hal yang makruf (baik).

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 21 Januari 2022 bersamaan 18 Jamadil Akhir 1443H

 

[1] Surah al-Baqarah: 168

[2] Lihat Tafsir al-Sa’di, 1/80

[3] Riwayat Muslim (1015)

[4] Lihat https://ms.wikipedia.org/wiki/Musang

[5] Lihat https://web.archive.org/web/20111111151339/http://www.wildlife.sabah.gov.my/edu/Tanah%20Pamah%20Tropika/BAHAGIAN%202.pdf

[6] Surah al-A‘raf: 157

[7] Lihat Tafsir al-Qurtubi, 7/300

[8] Lihat al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazdhab al-Syafi’ie, 3/70

[9] Riwayat Abu Dawud (3801), al-Tirmizi (1792), al-Nasaie (2836), Ibn Majah (3236), Ibn Hibban (1068), Imam Ahmad (2/318) dan Syeikh al-Albani mensahihkannya dalam al-Irwa’ (1050)

[10] Riwayat al-Bukhari (5210) dan Muslim (1932)

[11] Riwayat Muslim (1934)

[12] Lihat al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, 4/595

[13] Surah al-Maidah: 4

[14] Lihat https://www.aliftaa.jo/Question2.aspx?QuestionId=5#.YefQi_5BzIV

[15] Lihat Hayah al-Hayawan al-Kubra, 1/579 dan Mausu’ah Hayawanat al-‘Alam, hlm. 284 

[16] Lihat https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2020/03/665267/penyakit-lama-zoonosis-dalam-bentuk-covid-19 dan https://ar.wikipedia.org/wiki/%D9%82%D8%B7_%D8%A7%D9%84%D8%B2%D8%A8%D8%A7%D8%AF

[17] Lihat Mafatih al-Ghaib, 15/381.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search