#406 Perbuatan Baik Suami Yang Tidak Memberi Nafkah

-29%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha

Rated 0 out of 5
RM5.00
-44%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Demi Masa: Peliharalah

Rated 0 out of 5
RM5.00
-60%
Rated 0 out of 5
RM20.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 1)

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 2)

Rated 0 out of 5
RM6.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Ulama Memelihara Masa

Rated 0 out of 5
RM5.00

Soalan

Adakah kebaikan suami tidak dikira selagi mana nafkah tidak diberikan kepada keluarganya?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Nafkah dari segi bahasa ialah mengeluarkan, iaitu pembiayaan belanja seseorang terhadap ahli keluarganya. Manakala dari segi syarak ialah makanan, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Ia di namakan Nafaqah kerana dikeluarkan atau digunakan untuk keperluan itu.[1]

Di dalam Sunnah, terdapat hadith yang diriwayatkan daripada Mu’awiyah al-Qusyairi RA, bahawa beliau telah bertanya kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, apakah hak isteri salah seorang dari kami yang menjadi kewajipan suaminya?” Maka Rasulullah SAW menjawab:

أن تُطْعِمَها إذا طَعِمتَ ، وتَكْسوها إذا اكتسَيتَ ، أوِ اكتسَبتَ ، ولا تضربِ الوَجهَ ، ولا تُقَبِّح ، ولا تَهْجُرْ إلَّا في البَيتِ

Maksudnya: “Engkau memberi makan kepadanya, jika engkau makan. Engkau memberi pakaian kepadanya, jika engkau berpakaian. Janganlah engkau pukul wajahnya, janganlah engkau memburukkannya, dan janganlah engkau meninggalkannya kecuali di dalam rumah”.[2]

Syeikh Wahbah al-Zuhaili menyatakan bahawa majoriti ulama mengatakan nafkah yang wajib diberi kepada isteri itu ialah tujuh perkara iaitu, Makanan, Barang-barang dapur, Pakaian, Tempat tinggal, Alat-alat untuk membersihkan diri, Barangan rumah, Pembantu kepada isteri jika sekiranya kebiasaannya isteri mempunyai pembantu.[3]

Para ulama bersepakat (Ijma’) suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Malah, ianya termasuk juga sekiranya isteri mempunyai pendapatan, harta atau pekerjaan. Kewajipan nafkah tetap dipikul oleh suami. Hal ini bersandarkan kepada firman Allah SWT:

وَٱلۡوَٰلِدَٰتُ يُرۡضِعۡنَ أَوۡلَٰدَهُنَّ حَوۡلَيۡنِ كَامِلَيۡنِۖ لِمَنۡ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَۚ وَعَلَى ٱلۡمَوۡلُودِ لَهُۥ رِزۡقُهُنَّ وَكِسۡوَتُهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ

Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.[4]

Ibn Kathir menyatakan didalam tafsirnya bahawa wajib ke atas ayah untuk memberi nafkah dari sudut pakaiannya dengan cara yang sepatutnya iaitu apa-apa pakaian yang diterima oleh adat atau seumpama dengannya di negara tersebut tanpa berlaku pembaziran dan tidak menyusahkan. Ia sekadar apa yang termampu ketika dia (ayah atau suami) dalam keadaan senang dan bersederhana serta apa yang melaziminya.[5]

Berdasarkan ayat di atas, para ulama mengatakan bahawa wajib ke atas seorang suami untuk memberikan nafkah kepada isterinya. Imam al-Haramain Abdul Malik al-Juwaini berkata:

وَالأَمْرُ بِالشَّيْء نَهْيٌ عَنْ ضِدِّهِ

Maksudnya: “Perintah melakukan sesuatu itu merupakan suatu larangan terhadap meninggalkannya”.[6]

Justeru, perintah untuk seorang suami memberikan nafkah kepada isteri apabila ianya ditinggalkan maka ia termasuk dalam perkara yang dilarang.

Dalam permasalahan nafkah, ianya perlu difahami dengan baik. Hal ini kerana, nafkah adalah suatu elemen yang penting dalam perkahwinan yang dimasukkan di bawah tanggungjawab suami ke atas isteri dan tanggungannya.

Bahkan meninggalkan pemberian nafkah kepada isteri dan anak-anak dianggap sebagai satu dosa berdalilkan hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-As, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُضَيِّعَ مَنْ يَقُوتُ

MaksudnyaCukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaannya.[7]

Berdasarkan persoalan diatas, kami tidak menjumpai sebarang nas yang boleh dijadikan sebagai sandaran bagi kenyataan bahawa seorang suami itu tidak diterima amalannya sekiranya tidak memberikan nafkah kepada tanggungannya.

Amalan pahala dan dosa adalah dua perkara yang berbeza. Sekiranya seseorang itu melakukan amalan yang mendatangkan pahala, Allah akan memberikannya pahala. Manakala jika perbuatan seseorang itu mendatangkan dosa, Allah akan memberikan dosa kepadanya. Antara syarat amalan itu diterima ialah, ikhlas kerana Allah dan mengikut apa yang telah di ajar oleh Rasulullah SAW. Jika dua syarat ini berjaya diikuti, Allah akan menerima amalan yang dilakukan tersebut.

Justeru, sekiranya sesuatu amalan yang dibuat oleh seorang suami itu dilakukan dalam keadaan yang ikhlas kerana Allah SWT serta bertepatan dengan Sunnah Nabi SAW maka ia dikira amalan yang diterima. Manakala perbuatannya tidak memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak itu merupakan suatu dosa yang perlu ditinggalkan.

Akhir kalam, kami nasihatkan kepada para suami di luar sana supaya jangan sesekali meninggalkan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Pimpinlah keluarga anda dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Baca dan hayatilah doa berikut:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami isteri-isteri dan juga anak pinak yang menjadi penyejuk mata bagi kami, serta jadikanlah kami ini sebagai pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman kepada kita semua. Ameen.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 7 Februari 2022 bersamaan 5 Rejab 1443H

 

[1] Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 4/274

[2] Riwayat Abu Dawud (2142), Ibn Majah (1850) dan Ahmad (20013)

[3] Lihat al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh, 10/7349

[4] Surah al-Baqarah: 233

[5] Lihat Tafsir Ibn Kathir, 1/634

[6] Lihat Syarh al-Waraqat fi Usul al-Fiqh, hlm. 115

[7] Riwayat Abu Dawud (1692)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.