Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Siapakah Syeikh Humaid al-Tawil yang masyhur dalam kalangan tokoh ulama’ salaf?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Beliau ialah Abu ‘Ubaidah Humaid bin Abi Humaid al-Tawil al-Basri. Beliau termasuk dari kalangan tabi’in dan dari kalangan mereka yang meriwayatkan hadith daripada Anas R.A.

Beliau mendengar hadith daripada Anas bin Malik, al-Hasan, Abu al-Mutawakkil, Ikrimah, Musa bin Anas, Bakr bin Abdullah, Abdullah bin Syaqiq, Thabit al-Bunani, Ibn Abi Mulaikah, Yusuf bin Mahik dan beberapa orang yang lain.

Antara yang meriwayatkan hadith daripadanya ialah ‘Asim bin Bahdalah, Syu’bah, Ziyad bin Sa’ad, Ibn Juraih, Isma’il bin Ja’far, Abu Ishaq al-Fazari, Khalid bin Abdullah, Zuhair bin Mu’awiyah, Abbad bin Awwam, Ibn al-Mubarak dan ramai lagi.

Beliau meninggal dunia pada tahun yang sama dengan tahun kewafatan Ibn ‘Abbas R.A, ada pendapat yang mengatakan bahawa beliau meninggal dunia pada tahun 142 H.

Kami akhiri dengan doa:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا وَصَغِيرِنَا وَكَبِيرِنَا وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا اَللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى اَلْإِسْلَامِ وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى اَلْإِيمَانِ اَللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلَا تُضِلَّنَا بَعْدَهُ

Maksudnya: “Ya Allah, ampuni orang yang hidup di antara kami, orang yang meninggal dunia di antara kami, orang yang ada di kalangan kami dan orang yang tiada, yang kecil di kalangan kami dan yang tua, serta yang lelaki di kalangan kami dan yang perempuan. Ya Allah, orang-orang yang telah Engkau hidupkan di antara kami, maka hidupkanlah dia dalam Islam dan orang-orang yang telah Engkau matikan di antara kami, matikanlah dia dalam iman. Ya Allah, janganlah Engkau halang kami dari pahalanya dan janganlah Engkau sesatkan kami selepasnya.”

Riwayat Abu Daud (3201); al-Tirmizi (1024); al-Nasa’i (1986) dan Ibn Majah (1498)

Leave a Reply