Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Apakah sikap sebenar Yahudi dan hubungannya dengan zionis?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Firman Allah SWT:

فَبِظُلْمٍۢ مِّنَ ٱلَّذِينَ هَادُوا۟ حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبَـٰتٍ أُحِلَّتْ لَهُمْ وَبِصَدِّهِمْ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ كَثِيرًۭا (١٦٠) وَأَخْذِهِمُ ٱلرِّبَوٰا۟ وَقَدْ نُهُوا۟ عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَٰلَ ٱلنَّاسِ بِٱلْبَـٰطِلِ ۚ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَـٰفِرِينَ مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًۭا

Maksudnya: “Maka disebabkan kezaliman golongan Yahudi dan perbuatan mereka yang menghalang manusia dari jalan Allah, Kami telah haramkan ke atas mereka makanan yang baik-baik sedangkan dahulunya pernah dihalalkan untuk mereka. Juga dengan sebab mereka mengambil riba, sedangkan mereka telah dilarang daripada melakukannya, dan kerana mereka memakan harta orang lain secara batil. Dan Kami telah menyediakan bagi orang kafir dalam kalangan mereka azab seksa yang pedih.”

(Surah al-Nisa’: 160-161)

Allah SWT mendedahkan karakter sebenar golongan Yahudi pada zaman Nabi Musa A.S dan Nabi Isa A.S. Sikap sebenar kebanyakan mereka ternyata diwarisi turun temurun sehingga ke hari ini. Antaranya seperti berikut:

  • Mereka bersikap selektif terhadap keimanan dan terlalu berkira dalam mentaati perintah Allah SWT dan rasul (ayat 150).
  • Mereka turut mempersendakan syariat yang diturunkan kepada mereka dengan menimbulkan keraguan demi keraguan walaupun telah dibentangkan pelbagai hujah yang nyata (ayat 153).
  • Sungguhpun mereka telah mengetahui kebenaran risalah yang dibawa oleh para nabi, malah Allah SWT telah menyelamatkan mereka daripada ancaman Firaun, mereka tetap berdegil menyekutukan Allah SWT dengan menyembah patung sapi betina (ayat 153).
  • Mereka melanggar perjanjian terhadap Allah SWT dengan tidak menuruti perintah yang terkandung dalam Kitab Taurat serta mereka tetap bekerja pada hari (Sabtu) yang dilarang oleh Allah SWT (ayat 155). Malah, mereka menyelewengkan kandungan Kitab Taurat
  • Tidak sekadar itu, mereka sanggup membunuh para nabi lalu mendakwa hati mereka telah tertutup secara semulajadi untuk menerima keimanan. Sedangkan, merekalah yang menjadi punca kepada terkuncinya hati lantaran kekufuran mereka (ayat 155).
  • Mereka melemparkan tuduhan keji kepada Maryam A.S dengan mendakwa Maryam A.S adalah penzina serta melahirkan anak luar nikah (ayat 156).
  • Mereka mengadakan komplot untuk membunuh Nabi Isa A.S, akan tetapi mereka sendiri tidak yakin adakah individu yang dibunuh itu adalah benar-benar Nabi Isa A.S (ayat 157).
  • Mereka menghalang manusia lain dari jalan kebenaran (ayat 160).
  • Mereka memakan harta riba serta memanipulasi harta manusia secara batil dengan mengambil rasuah dan sebagainya (ayat 161).

Sesungguhnya, sikap Yahudi ini sememangnya sebati dalam diri mereka sehingga hari ini. Pada abad moden, bangsa Yahudi telah melalui evolusi dalam menghimpunkan semangat kepuakan Yahudi dengan satu penjenamaan gerakan tersusun yang dipanggil sebagai zionisme.[1] Mereka bergerak atas sentimen kebangsaan Yahudi, lalu menjajah wilayah Palestin bagi menubuhkan negara haram Israel. Gerakan zionisme memberikan sokongan kuat terhadap bangsa Yahudi di Palestin serta memberikan imuniti kepada penubuhan negara haram Israel. Krisis ini mengundang kecaman hebat bukan sahaja daripada umat Islam bahkan masyarakat global di seluruh pelusuk dunia disebabkan kerakusan mereka merampas wilayah Palestin yang sah, malah membunuh jutaan umat Islam yang tidak berdosa.   (Lihat Tafsir al-Bayan, 1/706)

Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا ، وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ

Maksudnya: Wahai Allah! Perelokkanlah kesudahan segala urusan kami, serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan seksaan hidup di akhirat.”

Wallahua`lam.

 

Nota kaki:

[1]   Asal usul gerakan zionisme ditubuhkan pada akhir kurun-19 oleh seorang wartawan berbangsa Yahudi Austria-Hungary, Theodor Herzl. Gerakan zionisme dipopularkan menerusi penulisan karya wartawan tersebut yang berjudul Der Judenstaat. Sila lihat pautan https://www.britannica.com/topic/Zionism.

Leave a Reply