Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Benarkah Yahudi selalu mengkhianati janji dan melampau dalam tindakannya?

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

وَإِن يُرِيدُوا أَن يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ ۚ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.”

(Surah al-Anfal: 62)

Perkataan Israel pada asalnya bererti pilihan dan la merupakan satu sebutan khusus bagi Nabi Yaakub A.S. Justeru, Bani Israel merupakan susur galur keturunan Nabi Yaakub A.S. Namun, sekarang Bani Israel lebih dikenali dengan sebutan Yahudi atau Zionis. Sebagai bangsa pilihan, mereka telah dianugerahkan pelbagai limpahan nikmat Allah SWT yang tidak diberikan kepada bangsa-bangsa lain. Di antara nikmat tersebut ialah ramai para nabi dan rasul berasal daripada kalangan mereka, mereka telah diselamatkan daripada kezaliman Firaun dan bala tenteranya, diturunkan makanan dari syurga iaitu man dan salwa dan lain-lain daripada nikmat Ilahi yang tidak terhitung. Kesemua nikmat itu Allah rakamkan di dalam al-Quran sebagaimana firman-Nya:

 يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا بِعَهْدِي أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ

Maksudnya: “Wahai Bani Israel! Ingatlah segala nikmat yang telah Aku berikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian kamu dengan-Ku, agar Aku juga menyempurnakan perjanjian-Ku dengan kamu, dan hendaklah kamu merasa takut hanya kepada-Ku.”

(Surah al-Baqarah: 40)

Biarpun kenikmatan demi kenikmatan Allah SWT limpahkan kepada bangsa Yahudi tersebut, namun mereka tetap berubah menjadi bangsa yang lupa din sombong, mempermainkan ayat-ayat Allah SWT dan ajaran agama, bahkan mereka juga tergamak membunuh para da’i dan para nabi mereka sendi yang sentiasa menyena marka kah kabakan dan kesejahteraan hidup. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya golongan yang mengingkari ayat-ayat Allah yang diturunkan kepada mereka, membunuh para nabi tanpa suatu alasan yang benar dan membunuh orang orang yang kepada mereka khabar gembira tentang azab yang amat pedih.”

(Surah Ali Imran: 21)

Demikianlah juga perilaku kaum Yahudi pada zaman Rasulullah SAW yang hampir sama dengan jejak langkah nenek moyang mereka yang terdahulu. Mereka sangat membenci dan dengki terhadap Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Oleh itu, mereka telah berusaha keras dengan pelbagai cara dan helah, sama ada secara terang-terangan mahupun tersembuny agar kaum Muslimin meninggalkan ajaran agama mereka dan kembali menjadi kufur seperti mereka. Perilaku jahat kaum Yahudi ini, telah dirakamkan di dalam al-Quran sebagai satu pengajaran kepada umat Islam selepasnya serta bertujuan untuk mendedahkan sikap dan perilaku sebenar mereka sebagaimana firman Allah SWT:

وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِّن بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: “Ramai dalam kalangan ahli Kitab yang berharap agar mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir selepas kamu beriman kerana hasad dengki yang ada dalam diri mereka walaupun sebenarnya kebenaran Islam itu sudah jelas kepada mereka. Maka maafkanlah mereka dan berlapang dadalah sehingga Allah memberikan perintah berkenaan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

(Surah al-Baqarah: 109)

Sejarah Islam juga telah mencatatkan bahawa kaum Yahudi terkenal dengan sifat khianat dan mungkir janjinya di mana hampir semua perjanjian yang telah termeteral antara mereka dengan Rasulullah SAW dikhianati mereka. Oleh kerana itu, bukanlah suatu perkara yang menghairankan, jika sekarang pun rejim Yahudi di Israel masih tetap mengulangi perbuatan khianat dan mungkir janji sepertimana yang dilakukan oleh nenek moyang mereka terdahulu. Mereka bukan sahaja telah mengkhianati seluruh isi perjanjian damai dengan bangsa Palestin, malahan mereka dengan bongkaknya tidak mahu tunduk kepada resolusi-resolusi yang telah diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenal isu perdamaian Timur Tengah.

Kesimpulan

Kisah pengkhianatan kaum Yahudi dahulu dan sekarang ini sekaligus membuktikan kebenaran wahyu ilahi yang mendedahkan tembelang dan sikap mereka sebenarnya terhadap isu keagamaan, kemanusiaan dan keamanan sejagat. Mereka merupakan golongan yang tidak boleh dipercayai sama sekal.

Oleh kerana itu, tidak perlu lagi diusahakan sebarang rundingan ataupun perjanjian damai, apatah lagi diadakan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan mereka. Bahkan umat Islam di bumi Palestin yang dizalimi dan ditindas oleh rejim Zionis itu wajib berjihad demi mempertahankan maruah harta benda, tanah air dan agama mereka. Manakala bagi pihak umat Islam pula, mereka sewajibnya menyokong perjuangan umat Islam Palestin melalui sumbangan material, jiwa raga dan doa pengharapan kepada Allah SWT supaya kemenangan akan berpihak kepada umat Islam Palestin dan seterusnya keadilan Islam akan dapat ditegakkan. (Lihat Tafsir al-Bayan, 2/189)

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

Maksudnya: “Ya Allah yang menurunkan Kitab, yang menjalankan awan, yang menghancurkan pasukan musuh, kalahkan mereka dan bantulah kami menewaskan mereka.”

 Riwayat al-Bukhari (2965)

اللَّهُمَّ أَنْجِ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya:  “Ya Allah selamatkanlah orang-orang yang lemah dari kalangan orang-orang yang beriman.”

 Riwayat al-Bukhari (6393)

Wallahu a‘lam

Leave a Reply