Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ingin bertanya apakah maksud menjaga Allah sehingga Allah menjaga kita ? Mohon penjelasan Dato’. Terima kasih.

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Secara konsepnya, kehidupan manusia terkait dengan dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia. Kedua-dua hubungan ini perlu dijaga dengan rapi agar sempurna sirkulasi kehidupan seorang khalifah di muka bumi ini. Dan sudah pasti, barangsiapa yang menjaga hubungan dengan Allah SWT akan mendapat kasih sayang-Nya, juga kasih sayang sesama manusia.

Daripada Ibnu ‘Abbas R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya:

يََا غُلََامُ إِنِِّّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ، احْفَظِ اللَّهََّ يََحْفَظْكَ، احْفَظِ اللَّهََّ تََجِدْهُ تُُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللَّهََّ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِِاللَّهَِّ، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لََمْ يَنْفَعُوكَ إِلََّّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهَُّ لَكَ، وَلَوْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لََمْ يَضُرُّوكَ إِلََّّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهَُّ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلََامُ وَجَفَّتْ الصُّحُفُ

Maksudnya: “Wahai anak kecil, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa perkataan: Peliharalah Allah, pasti Dia akan memeliharamu, peliharalah Allah pasti Dia akan selalu berada di hadapanmu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah. Dan apabila kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika seluruh umat berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, mereka tidak dapat memberikannya kepada kamu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk membahayakanmu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan membahayakanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan bagimu. Telah diangkatkan segala pena dan telah keringlah pula segala lembaran buku.”

Riwayat Tirmizi (2516)

Perkataan ‘peliharalah Allah’ dengan maksud menjaga segala batasan dan syariat-Nya. Inilah juga pendapat Syeikh Tahtawi. Ini dengan cara melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Seorang lelaki yang soleh berusia melebihi 120 tahun tetapi mempunyai kekuatan dan kecergasan seperti usia 20 tahun. Bila ditanya, jawabnya: “Aku memelihara syariat Allah sejak kecil lagi, maka Allah memeliharaku sehingga aku tua.”

Kelima: Antara sebesar-besar perkara yang wajib dipelihara daripada larangan Allah ialah lidah dan juga kemaluan. Dalam hadis daripada Sahl bin Sa’d, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ يَضْمَنْ لِي مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الجَنَّـةَ

Maksudnya: “Barangsiapa yang memberikan jaminan kepadaku terhadap apa yang ada di antara dua rahangnya (yakni lidah) dan apa yang ada di antara kedua kakinya (yakni kemaluan), maka aku akan menjaminkan syurga baginya.”

Riwayat al-Bukhari (6474)

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata: Lafaz ‘لَحْيَيْهِ’ ialah tulang di kedua-dua sisi bibir. Yang dimaksudkan dengan ‘apa yang ada di antara keduanya’ adalah lisan serta perkataan yang lahir daripada lisan, manakala yang dimaksudkan dengan ‘apa yang ada di antara kedua kaki’ adalah kemaluan. (Lihat Fath al-Bari, 1/182)

Ibn Battal pula menyebut, “Bencana paling besar bagi manusia selama dia hidup di dunia adalah berpunca daripada lisan dan kemaluannya. Justeru, sesiapa yang menjaga keburukan daripada keduanya, maka dia akan terselamat daripada seburuk-buruk bencana.” (Lihat Syarh Sahih al-Bukhari li Ibn Battal, 8/428)

Menjawab bagi persoalan di atas hadis di atas mengandungi nilai pengajaran dan wasiat yang berfaedah berkaitan dengan urusan agama. Ia dimulai dengan pesanan agar menjaga Allah SWT agar Dia menjaga kita. Baginda SAW tidak menyebut secara spesifik bagaimana cara menjaga Allah SWT. Namun sudah tentulah penjagaan atau pemeliharaan itu berbalik kepada memelihara hukum-Nya, hak-Nya, perintah-Nya, larangan-Nya dengan cara mengerjakan dan meninggalkan, sesuai dengan ketetepan syariat Islam.32 Sementara Allah SWT menjaga atau memelihara manusia melalui dua cara:

Pertama: Allah SWT pelihara seseorang dalam urusan kehidupannya di dunia seperti memelihara badannya, hartanya dan keluarganya daripada bahaya.

Dalam usaha menggapai kesejahteraan hidup dan penjagaan Allah SWT, Rasulullah SAW ada mengajar satu doa yang sangat disaran kita membacanya seperti yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma:

اللهُمَّ إِنِِّّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِِي الدُّنْيَا وَالْْآخِرَةِ، اللهُمَّ إِنِِّّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِِي دِينِِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِِي، اللهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِِي، اللهُمَّ احْفَظْنِِي مِنْ بَيْْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يََمِينِِي، وَعَنْ شِِمَالِِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تََحْتِِي

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku memohon kepada- Mu keselamatan di dunia dan akhirat. Wahai Tuhanku! Sesunguhnya aku memohon kepada-Mu kemaafan dan keselamatan pada agamaku, duniaku, ahli keluargaku dan hartaku. Wahai Tuhanku! Tutuplah aibku dan hilangkanlah kebimbanganku, peliharalahku dari hadapanku, dari belakangku, dari kananku dan dari kiriku dan dari atasku, dan aku berlindung dengan kebesaran-Mu daripada dibinasakan dengan azab yang datang dari bumi”.

Riwayat Ahmad(4798)

Kedua: Allah SWT pelihara seseorang dengan memelihara agama dan imannya daripada dinodai dan dikotori oleh segala yang haram hingga ke akhir hayatnya dan mati dalam iman. Inilah dia semulia-mulia pemeliharaan yang sangat dikehendaki oleh orang beriman. Pemeliharaan ini ada hubungan dengan takwa dan amal soleh yang dikerjakan dengan ikhlas.

Kesimpulannya, sebagai hamba Allah SWT, kita hendaklah menjaga dan menjunjung setiap perintah dan menjauhi setiap larangan-Nya agar kita sentiasa berada di bawah penjagaan dan pengawasan Allah SWT. Moga dengan menjaga dan menunaikan semua hak-Nya, pertolongan-Nya akan hadir pada saat kita memerlukannya.

Semoga Allah memberikan kefahaman yang jelas dalam melaksanakan segala titah perintahnya dan kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ فضْلِكَ وَرَحْمَتِكَ ، فَإِنَّهُ لا يَمْلِكُهَا إِلا أَنْتَ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu agar diberi kurniaan dan rahmat-Mu. Sesungguhnya tiada yang memilikinya kecuali-Mu.”

Wallahua’lam

Leave a Reply