#4547: Keunggulan Sa’id bin al-Musayyib

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Benarkah Sa’id bin al-Musayyib mempunyai kelebihan dan keunggulan khususnya dalam ilmu hadith dan amat disayangi oleh para Sahabat?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Said bin al-Musayyib salah seorang sahabat tabi’in yang dikatakan lahir pada 15 H dan meninggal dunia pada tahun 94 H. Belia dianggap sebagai penghulu tabiin pada zamannya. Beliau banyak meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah, Aisyah, Ibn Abbas, ibn Umar dan lain-lain.

Sebab banyaknya riwayat daripada Abu Hurairah kerana beliau telah berkahwin dengan puteri Abu Hurairah,. Justeru, tidak pelik, beliau antara orang paling alim berkenaan hadith Abu Hurairah. (Lihat al-Tabaqat, 2/380)

Abu Hatim berkata, tiadalah di kalangan tabiin yang lebih cerdik daripada Sa’id. Beliau lebih tahu berkenaan hadith Abu Hurairah. (Lihat Tahzib al-Kamal, 11/73)

Ali al-Madini berkata: Tidak aku tahu seorang tabi’in yang lebih luas dan mengetahui dari sudut ilmu melebihi daripada Said dan di sisiku, beliau adalah semulia-mulia tabiin. (Lihat Siyar A’lam al-Nubala, 4/222)

Daripada Qudamah bin Musa, katanya: “Ibn al-Musayyib telah memberi fatwa sedangkan para Sahabat Rasulullah SAW masih hidup.” (Lihat al-Tabaqat, 2/379)

Antara keistimewaan Said bin al-Musayyib dan keunggulannya ialah:

  • Beliau di antara pelajar yang tekun menuntut ilmu sehingga kata Malik, yang meriwayatkan daripada Said bin al-Musayyib sendiri: “Sesungguhnya aku berjalan berhari-hari dan bermalam-malam semata-mata untuk menuntut satu hadith Nabi SAW.” (Lihat al-Tabaqat, 2/381)
  • Beliau suka menyebarkan ilmu dan hadith. Beliau mempunyai banyak halaqah ilmu untuk pengajaran. Mengikut riwayat Makhul, bilamana matinya Sa’id bin al-Musayyib, tiada seorang pun yang dapat menggantikan halaqah Sa’id bin al-Musayyib sehingga aku melihat padanya mujahid yang berkata: “Sentiasalah manusia dalam kebaikan selama mana beliau masih bersama dengan orang ramai.”
  • Bleiua mempunyai peribadi yang unggul dan kuat. Dan zahir kekuatannya pada dua perkara:
    • Beliau paling banyak mengkritik dari sudut ilmi kepada sahabat dan tabiin’
    • Beliau juga mengkritik pemerintah atau politik pada zamannya terutama Bani Umayyah.
    • Beliau terkenal dengan penentangannya dan kisah kemasyhurannya telah disebut oleh Maimun bin Mihran.

Katanya: Khalifah Abdul Malik bin Marwan datang ke kota Madinah dan tiada seorang pun berani mengejutkan ketika dia tidur. Apabila dia terjaga, dia berkata kepada pengawalnya: Lihat, adakah di masjid ini adakah seseorang yang boleh menyampaikan hadith daripada penduduk Madinah.

Lantas pengawalnya pergi ke masjid dan didapati Sa’id bin al-Musayyib dalam satu halaqah. Lantas dia bangun melihatnya. Kemudian mengisyaratkan dengan tangannya dan pulang. Sedangkan Sa’id tidak mengendahkannya, seraya berkata: “Aku melihat dia seorang yang bijak. Dia datang dan menghampirinya dan mengenyit matanya dan memberi isyarat kepadanya, kemudian berkata: Tidakkah kamu melihat aku isyaratkan kepada kamu? Jawab Said: Apa hajatnya? Katanya: Amirul Mukminin terjaga dan melihat di masjid ada yang bercakap tentang hadith. Maka pergilah kepada Amirul Mukminin. 

Lantas kata Sa’id: “Adakah dia mengutuskan kamu kepadaku.” Jawabnya: Tidak. Tetapi katakanlah pergi dan lihat sebahagian dari ulama hadith kami dari kota Madinah. Dan aku tidak lihat seorang yang lebih hebat daripadamu. Lantas jawab Said: Pergilah kamu dan beritahu kepadanya: aku bukan ahli hadith. 

Maka keluarlah pengawal tersebut dan seraya berkata: Aku tidak tengok syeikh seperti ini kecuali gila. Dia mendatangi khalifah Abdul Malik seraya berkata: Aku tidak dapati dalam masjid kecuali seorang Syeikh yang aku isyaratkan kepadanya tetapi dia tidak bangun. Lantas aku kata kepadanya: Sesungguhnnya Amirul Mukminin berkata: Lihatlah adakah kamu dapati dalam masjid seseorang yang boleh berbicara denganku. Jawab beliau: Aku bukanlah orang yang layak berbicara dengan Amirul Mukminin. Dan dia berkata padaku: Beritahu kepadanya. Maka kata Abdul Malik: Itulah Said bin al-Musayyib. Maka biarkanlah dia. (Lihat al-Tabaqat, 5/170)

Beliau pernah dikatakan enggan berbaiah kepada Bani Marwan menyebabkan beliau dipukul, diseksa didirikan di khalayk ramai ketika panas terik matahari dan diberi pakaian yang amat miskin. Tetapi beliau tetap dengan mauqifnya untuk menyebarkan ilmu. 

Kata Qatadah: Aku datang kepada Sa’id ketika beliau dihukum di tengah panas seraya berkata kepada pembawaku: Rapatkan aku kepadanya dan aku bertanya kepadanya dalam keadaan takut dibimbangi beliau meninggal dunia tetapi Said bin al-Musayyib terus menjawabnya sebagai satu tanda hak Allah menyampaikan ilmu dalam keadaan orang ramai begitu kagum. (Lihat Hilyah al-Auliya’,2/171)

Sokong Kami

Anda Suka Artikel Ini Tekan untuk terus menyumbang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *