#457 Dakwaan Mengetahui Perkara Ghaib

-29%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha

Rated 0 out of 5
RM5.00
-44%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tarawih

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Demi Masa: Peliharalah

Rated 0 out of 5
RM5.00
-50%
Rated 0 out of 5
RM60.00
-60%
Rated 0 out of 5
RM20.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 1)

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 2)

Rated 0 out of 5
RM6.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Ulama Memelihara Masa

Rated 0 out of 5
RM5.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

[Ebook] Terbitnya Matahari dari Arah Barat

Rated 0 out of 5
RM6.00RM8.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tiupan Sangkakala Pada Hari Kiamat

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Penghancuran Ka’abah

Rated 0 out of 5
RM6.00
-37%
Rated 0 out of 5
RM10.00RM90.00

Soalan

Ada individu yang mendakwa bahawa dia mengetahui perkara ghaib. Benarkah ada manusia boleh mengetahui perkara ghaib?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Firman Allah SWT:

وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ

Maksudnya: “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja…”[1]

Ibn Kathir di dalam tafsirnya[2] mendatangkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, , daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

مَفَاتِيحُ الغَيْبِ خَمْسٌ لاَ يَعْلَمُهَا إِلَّا اللَّهُ: لاَ يَعْلَمُ مَا فِي غَدٍ إِلَّا اللَّهُ. وَلاَ يَعْلَمُ مَا تَغِيضُ الأَرْحَامُ إِلَّا اللَّهُ. وَلاَ يَعْلَمُ مَتَى يَأْتِي المـَطَرُ أَحَدٌ إِلَّا اللَّهُ. وَلاَ تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ. وَلاَ يَعْلَمُ مَتَى تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا اللَّهُ

Maksudnya:Kunci-kunci perkara ghaib ada lima, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah. Tidak ada yang mengetahui apa yang berlaku pada esok hari kecuali Allah, tidak ada yang mengetahui apa yang dikurangi pada rahim kecuali Allah, tidak ada seorang pun yang mengetahui bilakah akan turunnya hujan kecuali Allah. Setiap jiwa tidak mengetahui di negeri mana dia akan mati, dan tidak ada yang mengetahui bilakah akan berlakunya kiamat kecuali Allah.”[3]

Allah Sahaja Yang Mengetahui Perkara Ghaib

Perkara ghaib akan datang terbahagi kepada dua iaitu yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dan yang tidak dikhabarkan oleh baginda SAW. Jika perkara tersebut termasuk yang dikhabarkan maka hal tersebut ada ruang untuk digambarkannya, namun ia tetap terbatas dan tidak akan menggambarkan hakikat yang sebenarnya. Tetapi jika tidak, maka ia termasuk perkara ghaib yang tidak diketahui kecuali Allah.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyatakan di dalam al-Halal Wa al-Haram berkenaan dengan membanteras kekeliruan dan khurafat. Antara lain katanya: Apabila Rasulullah SAW diutuskan, Baginda mendapati terdapat masyarakat Arab mempunyai beberapa kaum dajjal yang dikenali dengan panggilan kahin, iaitu dukun, dan yang lain dikenali sebagai tukang tilik dan ahli nujum, yang mengaku diri mereka mengetahui perkara-perkara ghaib, baik yang telah terjadi pada masa yang lalu, mahupun yang akan berlaku pada masa hadapan, iaitu dengan perantaraan jin, puaka dan sebagainya.

Justeru, Rasulullah SAW telah mengisytiharkan perang terhadap kepercayaan yang sesat ini, yang tidak disandarkan dengan ilmu pengetahuan yang lurus atau petunjuk dan syariat yang benar. Baginda menyampaikan wahyu  Allah SWT tentang perkara ini dengan membacakan kepada mereka:

قُلْ لاَّ يَعْلَمُ مَنْ فِى السَّمَٰوَٰتِ وَالأَرْضِ الْغَيْبَ إِلاَّ اللهُ

Maksudnya: Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah![4]

Ibn Kathir di dalam tafsirnya menyebut: Allah SWT memerintahkan Rasul-Nya untuk mengucapkan sesuatu yang mengajarkan seluruh manusia bahawa tidak ada seorangpun penghuni langit dan bumi yang dapat mengetahui perkara ghaib kecuali Allah. “إِلاَّ اللهُ” “Kecuali Allah” adalah istithna’ munqathi’, iaitu tidak ada satupun yang mengetahui hal itu kecuali Allah SWT kerana Dia sahajalah yang mengetahui hal itu dan tidak ada sekutu bagi-Nya. Sebagaimana firman Allah SWT: ” وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ” “Dan pada sisi-Nya lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahui kecuali Dia sendiri.” Ayat-ayat dalam masalah ini amat banyak.[5]

Tegasnya, tiada siapa pun yang tahu mengenai tentang perkara ghaib itu, sama ada malaikat, jin mahupun manusia. Kemudian Baginda menjelaskan tentang perintah Allah itu dalam firman-Nya:

وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Maksudnya: Dan kalau Aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) Aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.[6]

Allah SWT menjelaskan pula tentang berita kaum jin pada zaman Nabi Sulaiman AS:

أَنْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ الْغَيْبَ مَا لَبِثُوا فِي الْعَذَابِ الْمُهِينِ

Maksudnya: Bahawa kalaulah mereka sedia mengetahui perkara yang ghaib, nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.[7]

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kami nyatakan bahawa tidak ada seorang pun yang mengetahui perkara ghaib, kecuali Allah SWT. Sesiapa yang mendakwa dirinya mengetahui perkara ghaib yang hakiki, nescaya dia telah berdusta terhadap Allah SWT dan kepada hakikat kenyataan dan kepada manusia.  

Akhirnya, semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman dalam memahami agama ini, dan menjauhkan kita daripada perkara yang boleh menyerongkan akidah dan pegangan kita. Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اِتِّبَاعه وَأَرِنَا الْبَاطِل بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابه وَلَا تَجْعَلهُ مُتَلَبِّسًا عَلَيْنَا فَنَضِلَّ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya“Ya Allah, tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikan kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami untuk menjauhinya dan janganlah Kamu jadikannya keliru atas kami yang menyebabkan kami menyimpang dari kebenaran dan jadikanlah kami bagi orang yang bertaqwa sebagai pemimpin.”

Wallahua`lam.

Bertarikh: 10 Februari 2022 bersamaan 8 Rejab 1443H

 

[1] Surah al-An’am: 59

[2] Lihat Tafsir Ibn Kathir, 3/264

[3] Riwayat al-Bukhari (4697)

[4] Surah al-Naml: 65

[5] Lihat Tafsir Ibn Kathir, 6/207

[6] Surah al-A’raf: 188

[7] Surah Saba’: 14

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search