Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Adakah boleh untuk Jemaah menggosok gigi menggunakan ubat gigi semasa di dalam ihram bagi tujuan kebersihan?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Ya, Jemaah boleh menggosok gigi menggunakan ubat gigi semasa di dalam ihram kerana menggosok gigi tidak termasuk dalam perkara-perkara larangan ihram. Begitu juga tidak mengapa menggunakan ubat gigi sekalipun ia mempunyai bau wangi kerana tujuannya adalah untuk kebersihan dan bukannya berwangi-wangian.

Kami akhiri dengan doa:

اللّٰهُمَّ اجْعَلْ حَجَّنَا حَجًّا مَبْرُوْرًا، وَعُمْرَتَنَا عُمْرَةً مَبْرُوْرًةً، وَسَعْيَنَا سَعْيًا مَشْكُوْرًا، وَذَنْبَنَا ذَنْبًا مَغْفُوْرًا، وَعَمَلَنَا عَمَلًا صَالِحًا مَقْبُوْلًا، وَتِجَارَتَنَا تِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ.

Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah haji kami, haji yang mabrur, umrah kami, umrah yang mabrurah, sa’ie kami sa’ie yang diterima, dosa kami dosa yang diampuni dan amalan kami amalan soleh yang dikabulkan dan perniagaan kami perniagaan yang tidak akan mengalami rugi selamanya.”

Leave a Reply