Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Bolehkah dipanggil Bulan Ramadhan, Bulan Agung, Diberkati ?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Berdasarkan kepada nas, sama ada al-Quran atau hadis, jelas menunjukkan bahawa bulan Ramadhan mempunyai banyak nama dan sifat, antaranya ialah dengan bulan keberkatan. Hal ini berdasarkan hadith:

قَدْ أَظَلَّكُمْ شَهْرٌ عَظِيمٌ شَهْرٌ مُبَارَكٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya telah berlabuh kepada kamu bulan yang besar, iaitu bulan yang diberkati.”

Riwayat Ahmad (7757), al-Baihaqi 3607)

 Selain itu, bulan Ramadhan juga boleh disebut sebagai:

  • Bulan berkat
  • Bulan keampunan
  • Bulan selamat daripada neraka
  • Bulan kesabaran
  • Bulan pengorbanan
  • Bulan kemenangan
  • Bulan puasa
  • Bulan takwa
  • Bulan ibadat

Oleh itu, menjawab persoalan di atas, kami nyatakan tidak menjadi masalah mengatakan sedemikian kerana bulan ramadhan merupakan bulan yang mulia dan di dalam bulan tersebut juga adanya satu malam yang disebut sebagai malam lailatul qadar. Firman Allah SWT:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Surah al-Qadr (1-3)

Semoga Allah membantu kita semua dalam memahami syariat Allah SWT dan moga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

(Surah Ibrahim: 40)

Wallahua`lam.

Leave a Reply