Soalan:
Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Apakah cara-cara untuk wanita membayar damnya?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Perkara pertama yang perlu dilihat dalam hal membayar dam ini bergantung kepada jenis dam itu sendiri seperti pilihan untuk berpuasa, memberi faqir Makkah makan, atau membayarnya dengan menyembelih kambing atau unta. Namun sekiranya ia melibatkan bayaran seperti memberi makan atau menyembelih kambing, maka antara cara untuk membayar dam adalah dengan membayar pada pihak yang berautoriti di Arab Saudi yang menguruskan hal ehwal dam seperti Adahi, Hadiyah atau seumpamanya.
Begitu juga, banyak travel agent di Malaysia menguruskan hal ini dengan harga yang jauh lebih murah, antaranya Mursyid Alharamain Travel & Tours.
Kami akhiri dengan doa:
اللّٰهُمَّ اجْعَلْ حَجَّنَا حَجًّا مَبْرُوْرًا، وَعُمْرَتَنَا عُمْرَةً مَبْرُوْرًةً، وَسَعْيَنَا سَعْيًا مَشْكُوْرًا، وَذَنْبَنَا ذَنْبًا مَغْفُوْرًا، وَعَمَلَنَا عَمَلًا صَالِحًا مَقْبُوْلًا، وَتِجَارَتَنَا تِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ.
Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah haji kami, haji yang mabrur, umrah kami, umrah yang mabrurah, sa’ie kami sa’ie yang diterima, dosa kami dosa yang diampuni dan amalan kami amalan soleh yang dikabulkan dan perniagaan kami perniagaan yang tidak akan mengalami rugi selamanya.”