Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Apakah waktu terbaik untuk wanita melakukan tawaf?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Tidak ada waktu tertentu yang dianjurkan bagi wanita untuk melakukan tawaf. Akan tetapi, sebaiknya jemaah wanita memilih waktu yang paling kurang kesesakan agar tidak turut sama bersesak-sesak dengan jemaah lelaki dari segenap ufuk dunia, yang pastinya berbeza-beza adab dan tatasusila. Pilihlah waktu yang paling kurang jemaah di kawasan tawaf, atau cuba mencari alternatif lain seperti mengerjakan tawaf sedikit jauh dari Kaabah.

Cadangan ini selepas menimbang-tara keselesaan jemaah wanita ketika mengerjakan tawaf, keselamatan serta kesucian seorang wanita yang sifatnya jauh lebih lemah serta lembut berbanding lelaki.

Kami akhiri dengan doa:

 رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”

(Surah al-Baqarah: 286)

Leave a Reply