Soalan:
Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Benarkah berdoa dalam keadaan berwuduk mustajab?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Firman Allah SWT:
وَذَا النُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَىٰ فِي الظُّلُمَاتِ أَن لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ ﴿٨٧﴾ فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ ۚ وَكَذَٰلِكَ نُنجِي الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya: “Dan orang yang berada dalam perut ikan Nun (Nabi Yunus) ketika dia pergi dalam keadaan gelap gelita; Tiada Tuhan yang layak diabdikan diri melainkan-Mu. Maha Suci Engkau sesungguhnya aku tergolong di kalangan orang-orang yang zalim. Lalu Kami menerima seruannya, dan kami selamatkannya dari kesusahan. Demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman.”
(Surah al-Anbiya’: 87-88)
Menjawab persoalan di atas, Abu Musa meriwayatkan ketika selesai berperang di Hunain, Rasulullah SAW mengutuskan Abu Amir bersama sepasukan tentera ke sebuah tempat Abu Musa juga pergi mengiringinya Abu Amir, di sana Abu Amir telah terkena anak panah dilutut, Abu Amir mengarahkan Abu Musa mencabutkan anak panah dari lututnya, apa bila dicabut dilihat Abu Amir kesakitan, lalu berkata kepada Abu Musa, Wahai anakku sampaikanlah salamku kepada Baginda dan sebutkanlah kepada Baginda, mudahan-mudahan baginda memohon keampunan daripada Allah untuk segala dosaku, Abu Amir melantik Abu Musa untuk menggantikannya menjadi ketua pasukan, tidak berapa lama beliau pun meninggal dunia.
Abu Musa kembali ke Madinah dan menyampaikan pesan akhir daripada Abu Amir kepada baginda, lalu diminta daripada khadamnya air dan berwuduk, Kemudian baginda menadah tangan kelangit lalu berdoa: Ya Allah! Ampunkanlah dosa-dosa Ubaid Abu Amir Ya Allah, jadikanlah dia pada hari kiamat nanti pada martabat yang lebih tinggi berbanding segala makhlukmu di dunia. Abu Musa menceritakan, ketika itu beliau ternampak ketiak baginda yang putih ketika baginda mengangkat tangan untuk berdoa. (Riwayat al-Bukhari, no. 4323 dan Muslim, no. 2498)
Kami akhiri dengan doa:
اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا مِنَ التَّوَّابِينَ وَاجْعَلْنَا مِنَ الْمُتَطَهِّرِينَ.
Maksudnya: “Ya Allah, jadikan kami daripada kalangan orang yang bertaubat, dan jadikan kami daripada kalangan orang yang bersuci.”