Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Apakah hukum menggunakan ubat ulcer mulut ketika berpuasa?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Definisi Ulcer

Ia merupakan suatu perkara yang sering terjadi dalam kehidupan seharian kita. Hal ini disebabkan terdapat luka yang merosakkan keseluruhan permukaan selaput di dalam mulut yang berpunca daripada tergigit, tampalan yang tajam pada gigi, jangkitan dan seumpamanya. (Lihat Portal Kementerian Kesihatan Malaysia)[1]

Perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti berikut:

  • Makan dan minum dengan sengaja maka hukumnyab batal puasa sama ada makan sedikit atau banyak.
  • Sampainya ain kepada rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka. Ain bererti fizikal sesuatu yang terlihat pada mata. Ruang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang. laluan terbuka bererti lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.
  • Sengaja muntah.
  • Sekalipun tidak mengeluarkan air mani.
  • Yakni mengeluarkan air mani.
  • Datang darah haid atau nifas.
  • Gila dan murtad. (Lihat Fiqh al-Manhaji, 2/86)

Menjawab persoalan di atas, kami nyatakan memakai ubat ulcer mulut ketika siang Ramadhan, membatalkan puasa sekiranya tertelan ubat ulcer tersebut. Namun, kami lebih mengesyorkan untuk perkara ini dielakkan dan memakainya setelah berbuka puasa.

Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang jelas dalam beribadah kepadanya dan kami akhiri dengan doa:

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.”

(Surah al-Baqarah: 201)

Wallahua’lam.

Nota Hujung:

[1]  Diakses pada 5.6.2024: http://www.myhealth.gov.my/lepuh-a-ulser-mulut/

Leave a Reply