Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Benarkah semasa perjalanan dalam perang Tabuk, unta Baginda telah hilang sehingga menjadi isu?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Menjawab persoalan di atas, kami katakan ya, di mana para sahabat mencari unta Rasulullah SAW. Bersama Nabi ketika itu, seorang sahabatnya yang bernama Umarah bin Hazn, seorang yang menyertai peperangan Badar. Dalam perjalanannya, ada seorang lelaki bernama Zaid bin al-Lusaith al-Qainuqa’i. Beliau seorang munafik. Kata Zaid bin al-Lusaith yang sama-sama dengan Imarah, di sisi Rasulullah: “Tidakkah Muhammad menyangka dia Nabi? Dia boleh mengkhabarkan kepada kamu tentang perkhabaran langit sedangkan dia tidak tahu di mana untanya.”

Lantas Rasulullah SAW bersabda sedangkan Umarah di sisinya:

إنَّ رَجُلًا قَالَ: هَذَا مُحَمَّدٌ يُخْبِرُكُمْ أَنَّهُ نَبِيٌّ، وَيَزْعُمُ أَنَّهُ يُخْبِرُكُمْ بِأَمْرِ السَّمَاءِ وَهُوَ لَا يَدْرِي أَيْنَ نَاقَتُهُ، وَإِنِّي وَاَللَّهِ مَا أَعْلَمُ إلَّا مَا عَلَّمَنِي اللَّهُ وَقَدْ دَلَّنِي اللَّهُ عَلَيْهَا، وَهِيَ فِي هَذَا الْوَادِي، فِي شِعْبِ كَذَا وَكَذَا، قَدْ حَبَسَتْهَا شَجَرَةٌ بِزِمَامِهَا

Maksudnya: “Sesungguhnya ada seorang lelaki yang berkata: Inilah Muhammad yang memberitahu anda bahawa dia adalah seorang nabi, dan dia mendakwa bahawa dia memberitahu anda tentang urusan langit, sedangkan dia sendiri tidak tahu di mana unta miliknya berada. Aku bersumpah dengan nama Allah, aku tidak mengetahui apa-apa selain apa yang telah Allah ajar kepadaku. Allah telah menunjukkan kepadaku di mana unta itu berada, ia berada di lembah ini, di cabang ini dan cabang itu, dan telah ditahan oleh pokok dengan tali kekangnya.” (Lihat al-Sirah al-Nabawiyyah oleh Ibn Hasyim, 2/523)

Kemudian Nabi mengarahkan supaya pergi dan datanglah kepadaku tempat sekian. Mereka pergi dan mereka datang ke tempat begian. Kemudian Umarah bin Hazn kembali ke kumpulannya seraya berkata: Demi Allah, pelik sungguh di mana Rasulullah SAW menceritakan kepadaku bahawa ucapan seorang yang mengkhabarkan sesuatu sehingga Allah beritahu dengan terperinci begian begian,. Zaid bin al-Lusait berkata yang bersama dengan kumpulan Umarah ini sedangkan Rasulullah tidak ada di sisinya: Wahai Zaid, demi Allah orang yang bercakap begini sebelum kamu datang. Maka Umarah datang kepada Zaid lalu diletakkan mata pisau pada lehernya seraya berkata: Mari kepadaku. Kemudian dia berkata: Sesungguhnya dalam kumpulanku ada seorang yang licik sedangkan aku tidak menyedarinya. Keluarlah kamu musuh Allah dari kumpulanku. Jangan bersahabat denganku.” (Lihat al-Sirah al-Nabawiyyah oleh Ibn Hasyim, 2/523)

Ibn Ishaq berkata:

فَزَعَمَ بَعْضُ النَّاسِ أَنَّ زَيْدًا تَابَ بَعْدَ ذَلِكَ، وَقَالَ بَعْضُ النَّاسِ لَمْ يَزَلْ مُتَّهَمًا بِشَرٍّ حَتَّى هَلَكَ

Maksudnya: “Sebahagian orang ramai menyangka Zaid telah bertaubat selepas itu. Dan sebahagian yang lain berkata: Dia dituduh dengan kejahatan sehingga dia binasa.”

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ ، وَالأَهْوَاءِ ، وَالأَسْوَاءِ  وَالأَدْوَاءِ

Maksudnya:  “Ya Allah, jauhkanlah kami daripada akhlak yang mungkar, hawa nafsu, juga dari segala keburukan serta dari penyakit-penyakit yang membawa kepada kebinasaan.”

Leave a Reply