Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.

Soalan

Bilakah waktu untuk berniat puasa?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Puasa adalah salah satu ibadat yang difardhukan oleh Allah SWT kepada hamba-hambanya. Maka, setiap ibadat atau perbuatan yang khusus dilakukan kerana Allah SWT memerlukan niat sebagai membezakan di antara ibadat dan adat kebiasaan seperti membezakan di antara orang yang menahan diri daripada makan dan minum kerana berpuasa dengan orang yang tidak mempunyai makanan untuk dimakan.

Niat merupakan syarat sah berpuasa dan hukumnya adalah wajib. Tanpa niat maka tidak sah puasa seseorang itu. Ini kerana berpuasa itu adalah satu ibadah (ibadah mahdhoh) dan sesuatu ibadah itu tidak sah melainkan disertakan bersamanya niat seperti mana solat. Firman Allah SWT:

وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ

Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya”.[1]

Asas kepada kewajipan untuk berniat dalam semua ibadat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى

Maksudnya: Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat, dan setiap orang (perbuatannya) dikira berdasarkan apa yang diniatkan.[2]

Maka, niat berpuasa diletakkan sebagai satu syarat sah puasa seseorang itu. Hal ini disebutkan secara jelas di dalam kitab-kitab fiqh, yang antaranya disebutkan Ibn Qasim: Kewajipan-kewajipan puasa itu ada empat perkara: Niat di dalam hati, sekiranya puasa yang fardhu seperti puasa Ramadhan atau puasa nazar, maka mestilah diniatkan pada waktu malam.[3]

Di sisi jumhur fuqaha’, niat puasa Ramadhan hendaklah dilakukan pada setiap hari pada waktu malam seperti yang disebutkan sebelum masuk waktu subuh. Hal ini kerana setiap hari dalam Ramadhan dikira berasingan.[4]

Syarat-Syarat Niat

Dalam berniat untuk berpuasa, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi agar ia dinamakan dengan berniat. Kebanyakan kitab-kitab fiqh telah menggariskan beberapa panduan dalam berniat ketika berpuasa bagi memudahkan umat Islam memahaminya. Antara yang disebutkan ialah:

  1. Al-Jazm(الجزم): yang dimaksudkan di sini adalah benar-benar memastikan tanpa ragu-ragu.
  2. Al-Ta’yiin (التعيين): iaitu penentuan jenis puasa. Seseorang yang ingin berpuasa perlulah menentukan jenis puasanya sama ada ianya puasa Ramadhan, wajib (qadha’, kaffarah, nazar) ataupun sunat (Isnin-Khamis, hari Arafah, ‘Asyura dsb.). Tidak memadai dengan berniat secara mutlaq untuk berpuasa.
  3. Al-Tabyiit (التبييت):menetapkan niat pada malam hari. Waktunya adalah selepas tenggelamnya matahari sehinggalah terbitnya fajar sadiq (waktu bersahur juga masih dikira sebagai waktu untuk berniat). Ini adalah syarat di sisi al-Malikiyyah, al-Syafi’iyyah dan juga al-Hanabilah.

Waktu Berniat Untuk Puasa

Niat puasa mesti dilakukan pada malam hari Bulan Ramadan sehingga sebelum terbitnya fajar. Hal ini sebagaimana hadith yang diriwayatkan  daripada Hafsah R.Anha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ

Maksudnya: Sesiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut).[5]

Al-Dimyati menyatakan di dalam I’anah al-Talibin: Hadith ini di tujukan kepada Niat untu Puasa fardhu pada bulan Ramadhan. Iaitu, diwajibkan berniat untuk berpuasa pada setiap harinya, hal itu kerana puasa setiap hari adalah Ibadah yang berdiri dengan sendiri (mustaqil), iaitu untuk memisahkan ibadah yang berbeza pada setiap harinya  – sepertimana Dua Solat yang dipisahkan dengan salam”.[6]

Al-Khiraqi juga menyatakan bahawa tidak diperbolehkan Puasa yang Fardhu sehingga dia berniat puasa pada malam harinya”.[7]

Justeru, jelaslah bahawa waktu berniat puasa Ramadhan mestilah dilakukan pada malam hari iaitu bermulanya waktu maghrib sehingga terbitnya fajar. Al-Fayumi di dalam al-Misbah al-Munir fi Syarh al-Kabir, menyatakan: waktu malam adalah waktu yang diketahui, iaitu bermula daripada terbenamnya matahari sehingga terbitnya fajar.[8]

Manakala bagi puasa sunat, maka dibolehkan untuk niat puasanya waktu siang hari sekiranya dia belum makan atau minum atau bersetubuh selepas terbitnya fajar. Hal ini kerana terdapat riwayat daripada Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW bertanya kepadanya pada suatu hari di dalam waktu dhuha:

هَلْ عِنْدَكُمْ شَيْءٌ؟  فَقَالَتْ : لاَ ، فَقَالَ : إِنِّي إِذاً صَائِمٌ

Maksudnya: “Apakah kamu mempunyai sesuatu (untuk dimakan)?” Aku menjawab, “Tidak ada.” Maka baginda bersabda: “Kalau begitu aku berpuasa.[9]

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa waktu untuk berniat berpuasa untuk bulan Ramadhan bermula pada malam hari, iaitu dari terbenam matahari pada waktu maghrib sehingga terbitnya fajar. Namun begitu, sekiranya ia melibatkan puasa sunat, maka dibolehkan untuk dia berniat selepas terbitnya fajar dengan syarat dia masih belum melakukan perbuatan yang membatalkan puasa seperti makan, minum dan seumpamanya.

Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 1 April 2022 bersamaan 29 Syaaban 1443H

The shortcode is missing a valid Donation Form ID attribute.

[1] Surah Al-Bayyinah: 5

[2] Riwayat al-Bukhari dalam permulaan kitab Sahihnya, Muslim (1907), Abu Daud (2201), al-Tirmizi (1646), Ibn Majah (4227), al-Nasaie (1/59-60), Ahmad dalam al-Musnad (1/25 dan 43), al-Daruqutni, Ibn Hibban dan al-Baihaqi.

[3] Lihat Fath al-Qarib, 1/136

[4] Lihat alMausuah al-Fiqhiyyah, 28/26

[5] Riwayat Abu Daud (2454). Syeikh Syuaib al-Arnout di dalam Takhrij Sunan Abi Dawud (2454) menyatakan hadith ini sahih.

[6] Lihat ‘I’anah al-Talibin, 2/249

[7] Lihat Mukhtasar al-Khiraqi, hlm. 49

[8] Lihat al-Misbah al-Munir fi Syarh al-Kabir, 2/561

[9] Riwayat Muslim (1154)

Leave a Reply