Soalan
Apakah iktidal di dalam solat merupakan rukun yang panjang?
Jawapan
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Iโtidal merupakan perbuatan berdiri di antara rukuโ dan sujud. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Aisyah R.Anha ketika menceritakan cara bersolat Rasulullah SAW, katanya:
ููุงูู ุฅูุฐูุง ุฑูููุนู ุฑูุฃูุณููู ู ููู ุงูุฑูููููุนู ููู ู ููุณูุฌูุฏู ุญูุชููู ููุณูุชููููู ููุงุฆูู ูุง
Maksudnya: โApabila mengangkat kepalanya daripada rukuโ, Baginda tidak sujud sehingga telah berdiri tegak.โ[1]
Hadith seterusnya, Rasulullah SAW bersabda ketika mengajarkan cara-cara bersolat kepada seorang lelaki yang tidak melakukannya:
ุซูู ูู ุงุฑูููุนู ุญูุชููู ุชูุนูุชูุฏููู ููุงุฆูู ูุง
Maksudnya: โKemudian bangunlah hingga engkau berdiri tegak.โ[2]
Berdasarkan mazhab Syafiโe, syarat-syarat sah iโtidal adalah seperti berikut:
- Tidak bertujuan lain selain daripada ibadat.
- Tetap seketika sekadar masa sekali tasbih.
- Tidak berdiri terlalu lama hingga melebih kadar bacaan fatihah. Hal Ini kerana iโtidal merupakan rukun yang pendek dan tidak harus dipanjangkan.[3]
Namun, para ulamaโ berbeza pandangan adakah dibolehkan untuk memanjangkan Iโtidal. Sebahagian ulamaโ mengatakan ianya dibolehkan, hal ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Anas RA, beliau berkata:
ู ูุง ุตููููููุชู ุฎููููู ุฃูุญูุฏู ุฃูููุฌูุฒู ุตูููุงุฉู ู ููู ุตูููุงุฉู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููู ุชูู ูุงู ู ููุงููุชู ุตูููุงุฉู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ู ูุชูููุงุฑูุจูุฉู ููููุงููุชู ุตูููุงุฉู ุฃูุจูู ุจูููุฑู ู ูุชูููุงุฑูุจูุฉู ููููู ููุง ููุงูู ุนูู ูุฑู ุจููู ุงููุฎูุทููุงุจู ู ูุฏูู ููู ุตูููุงุฉู ุงููููุฌูุฑู ููููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุฅูุฐูุง ููุงูู ุณูู ูุนู ุงูููููู ููู ููู ุญูู ูุฏููู ููุงู ู ุญูุชููู ููููููู ููุฏู ุฃูููููู ู ุซูู ูู ููุณูุฌูุฏู ููููููุนูุฏู ุจููููู ุงูุณููุฌูุฏูุชููููู ุญูุชููู ููููููู ููุฏู ุฃูููููู ู
Maksudnya: “Belum pernah aku solat di belakang seseorang yang lebih ringkas solatnya daripada solat Rasulullah SAW dengan kesempurnaannya. Solat baginda adalah hampir sama (antara satu rukun dengan rukun lainnya), dan solat Abu Bakar adalah saling berdekatan (antara satu rukun dengan rukun lainnya). Lalu ketika Umar mengimami, maka dia memanjangkan dalam solat Subuh. Rasulullah SAW pernah apabila mengucapkan, (ุณูู ูุนู ุงูููููู ููู ููู ุญูู ูุฏููู), maka baginda berdiri hingga kami mengatakan bahawa baginda telah lupa, kemudian baginda sujud dan duduk di antara dua sujud hingga kami mengatakan bahawa baginda telah lupa’.”[4]
Syeikh Syaraf al-Haq al-โAzim Abadi dalam syarahnya menyebut: “Hadith ini menunjukkan secara zahir untuk memanjangkan Iโtidal danย duduk di antara dua sujudโ.[5]
Imam al-Syaukani mengatakan dalam kitab Nail al-Autar: โHadith ini menjadi dalil kepada bolehnya memanjangkan i’tidal daripada ruku’ dan duduk antara dua sujud. Sebahagian ulama’ Syafi’iyyah mengatakan batal solat orang yang memanjangkan i’tidal dan duduk antara dua sujud dengan hujjah ianya menafikan sifat al-Muwalat (berturut-turut) dalam solat.
Beliau kemudian menukilkan kalam Ibn Daqiq al-‘Eid.”Hadith ini menunjukkan bahawa i’tidal merupakan rukun yang panjang dan hadith Anas menunjukkan dengan jelas mengenai perkara itu dan ianya merupakan dalil baginya.โ [6]
Hal ini dikuatkan lagi dengan hadith yang diriwayatkan daripada Huzaifah RA, beliau berkata:
ููููุงูู ุฑููููุนููู ููุญูููุง ู ููู ููููุงู ูููุ ุซูู ูู ููุงูู: ุณูู ูุนู ุงูููู ููู ููู ุญูู ูุฏูููุ ุซูู ูู ููุงู ู ุทููููููุง ููุฑููุจูุง ู ูู ููุง ุฑูููุนูุ ุซูู ูู ุณูุฌูุฏูุ ููููุงูู: ุณูุจูุญูุงูู ุฑูุจูููู ุงููุฃูุนููููุ ููููุงูู ุณูุฌููุฏููู ููุฑููุจูุง ู ููู ููููุงู ููู
Maksudnya: Rukuโ baginda SAW panjangnya hampir sama dengan berdiri baginda, kemudian baginda berkata, (ุณูู ูุนู ุงูููู ููู ููู ุญูู ูุฏููู), kemudian baginda berdiri lama hampir sama dengan rukuโ baginda, kemudian baginda sujud dan baginda berkata, (ุณูุจูุญูุงูู ุฑูุจูููู ุงููุฃูุนูููู). Sujud baginda hampir sama tempohnya dengan berdirinya baginda.[7]
Imam al-Nawawi mengatakan: “Pada hadith ini menunjukkan dengan jelas bahawa harus memanjangkan i’tidal dengan zikirโ.[8]
Pandangan utama dalam mazhab Syafiโe pula mengatakan bahawa memanjangkan rukun yang pendek di dalam solat merupakan di antara perkara yang membatalkan solat. Antara rukun pendek adalah Iโtidal (bangun daripada rukuโ). Disyaratkan agar orang yang solat tidak memanjangkan Iโtidalnya selepas daripada rukuโ dengan pemanjangan yang ketara iaitu tidak melebihi kadar bacaan al-Fatihah. Ini kerana, Iโtidal merupakan rukun yang pendek, maka tidak dibolehkan untuk memanjangkannya melainkan pada qunut dan solat Tasbih.[9]
Imam al-Nawawi juga menukilkan pandangan ashab al-Khurasan bahawa Iโtidal daripada rukuโ merupakan rukun yang pendek serta dituntut agar diringankan (dipendekkan) rukun tersebut. Jika dia memanjangkan dengan sengaja seperti diam (diam yang panjang), membaca qunut yang tidak disyariatkan (tidak warid daripada Nabi SAW) atau dengan zikir yang lain, maka ketiga wajah ini yang paling sahihnya di sisi Imam al-Haramain dan ia juga diputuskan oleh al-Baghawi bahawa perbuatan ini membatalkan solatnyaย melainkan apa yang warid (datang) dalam syariat.[10]
Kesimpulan
Kesimpulannya, berdasarkan nas dan hujah di atas, kami menyatakan bahawa pandangan mazhab Syafiโe mengatakan rukun iโtidal termasuk dalam rukun yang pendek. Namun, kami cenderung mengatakan bahawa harus untuk memanjangkan Iโtidal sekiranya bacaan yang dibaca di dalamnya merupakan bacaan yang warid daripada Nabi SAW serta tidak membebankan makmum sekiranya dia menjadi imam
Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.
Wallahua`lam.
Bertarikh: 4 April 2022 bersamaan 2 Ramadhan 1443H
The shortcode is missing a valid Donation Form ID attribute.
[1] Riwayat Muslim (498)
[2] Riwayat al-Bukhari (724) dan Muslim (397)
[3] Lihat al-Fiqh al-Manhaji โala Mazhab al-Imam al-Syafiโe, 1/134-135
[4] Riwayat Muslim (473) , dan Abu Dawud (853)
[5] Lihat โAun al-Maโbud Syarh Sunan Abi Dawud, 3/64
[6] Lihat Nail al-Autar, 2/304
[7] Riwayat Muslim (772)
[8] Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4/127
[9] Lihat al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafiโe, 273/1
[10] Lihat: al-Majmuโ Syarh al-Muhazzab, 126/4