Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.

Soalan

Apakah dibolehkan membaca doa di dalam qunut selain apa yang warid daripada Nabi SAW?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Doa qunut ialah zikir yang khusus yang mengandungi ucapan doa dan puji-pujian kepada Allah SWT. Ia boleh untuk diucapkan dengan apa-apa lafaz yang mempunyai dua unsur ucapan tersebut termasuk ayat-ayat al-Quran dengan syarat hendaklah seseorang itu berniat membaca doa qunut.

Hal ini sepertimana yang disebutkan di dalam Kasyifah al-Saja Syarh Safinat al-Naja, bahawa Qunut ialah zikir yang khusus yang merangkumi doa dan puji-pujian kepada Allah SWT. Ia boleh diucapkan dengan apa-apa lafaz yang membawa makna kedua-dua unsur tersebut, contohnya: “Ya Allah, ampunkan dosaku, wahai Yang Maha Pengampun.” Maka, doa terhasil dengan lafaz ‘ampunkan’ dan puji-pujian terhasil dengan lafaz ‘Yang Maha Pengampun’. Contohnya lagi: “Kasihanilah aku wahai Yang Maha Mengasihani.”, “Berlemah lembutlah ke atasku wahai Yang Maha Lembut.” Dan sebagainya. Begitu juga termasuk dalam zikir yang khusus ini juga ialah ayat al-Quran yang mempunyai unsur tersebut (doa dan pujian) seperti ayat terakhir dalam surah al-Baqarah dengan syarat hendaklah diniatkan untuk membaca qunut. Dan juga seperti firman Allah SWT, “Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”.”[1]

Walaubagaimanapun, lafaz doa qunut yang afdhal bagi doa qunut ialah apa yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW oleh Abu Hurairah RA, iaitu apa yang biasa diamalkan oleh masyarakat kita pada hari ini dan disertakan dengan beberapa penambahan. Bagi penambahan doa dan puji-pujian tersebut, Imam Ibn al-Hajar al-Asaqalani berkata: “Tidak mengapa untuk menambah lafaz (doa dan puji-pujian) dan tidak perlu sujud sahwi kerana meninggalkan tambahan tersebut.”

Doa Qunut terbahagi kepada dua iaitu:

Pertama: Qunut Ratibah, iaitu qunut yang disunatkan untuk membacanya pada dua tempat :

  • Pada Iktidal di dalam rakaat yang kedua solat Subuh
  • Pada Iktidal yang terakhir dalam solat sunat Witir bermula pertengahan bulan Ramadhan.[2]

Kedua: Qunut Nazilah iaitu doa yang disunatkan untuk dibaca di dalam solat ketika berlaku sesuatu musibah atau bencana khususnya ketika ianya melibatkan orang muslim.

Doa qunut ini disunatkan dibaca di dalam solat sunat witir dan juga solat fardhu subuh berdasarkan mazhab al-Syafi’e. Bacaan di dalam qunut ini warid daripada Nabi SAW sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh al-Hasan bin Ali R.anhuma, katanya:

 عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَاتٍ أَقُولُهُنَّ فِي قُنُوتِ: اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، إِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ.

Maksudnya: “Rasulullah SAW mengajarkan kepadaku kalimah-kalimah yang aku baca dalam qunut witir: Ya Allah, berikan petunjuk kepada ku sebagaimana orang-orang yang telah Kau berikan hidayah. Berikan aku keselamatan sebagaimana orang-orang yang telah Kau berikan keselamatan. Jadikan aku sebagai wali sebagaimana mereka yang telah Kau jadikan wali. Berkati untuk aku apa yang telah Kau berikan kepada ku, selamatkan ku daripada keburukan yang telah Kau takdirkan. Sesungguhnya Kau yang mentakdirkan dan tiada sesiapa mentakdirkan ke atas Mu. Tidak akan dizalimi orang yang Kau jadikan wali. Tiada kekuatan untuk sesiapa yang engkau Musuhi. Tuhan kami, Kau yang penuh keberkatan dan maha tinggi.”[3]

Syeikh Syaraf al-Haq al-‘Azim Abadi dalam syarahnya menyebut: “Dalam riwayat mengatakan qunut witir, dan secara zahirnya, ianya mutlaq dalam semua jenis sunnah sebagaimana pandangan mazhab Hanafi. Manakala mazhab Syafi’e mengkhususkan qunut witir di separuh akhir Ramadhan sebagaimana mazhab kebanyakan daripada para sahabat.[4]

Dibolehkan juga untuk berdoa selain dengan doa yang masyhur dalam qunut ini sebagaimana yang dilakukan pada zaman Umar RA berdasarkan hadith mauquf daripada Umar RA yang diriwayatkan oleh Abd al-Rahman bin Abd al-Qari, katanya:

…فَكَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ أَوَّلَهُ، وَكَانُوا يَلْعَنُونَ الْكَفَرَةَ فِي النِّصْفِ: اللَّهُمَّ قَاتِلِ الْكَفَرَةَ الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِكَ وَيُكَذِّبُونَ رُسُلَكَ، وَلَا يُؤْمِنُونَ بِوَعْدِكَ، وَخَالِفْ بَيْنَ كَلِمَتِهِمْ، وَأَلْقِ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ، وَأَلْقِ عَلَيْهِمْ رِجْزَكَ وَعَذَابَكَ، إِلَهَ الْحَقِّ، ثُمَّ يُصَلِّي عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَيَدْعُو لِلْمُسْلِمِينَ بِمَا اسْتَطَاعَ مِنْ خَيْرٍ، ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ لِلْمُؤْمِنِينَ قَالَ: وَكَانَ يَقُولُ إِذَا فَرَغَ مِنْ لَعْنَةِ الْكَفَرَةِ، وَصَلَاتِهِ عَلَى النَّبِيِّ، وَاسْتِغْفَارِهِ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، وَمَسْأَلَتِهِ: اللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ، وَنَرْجُو رَحْمَتَكَ رَبَّنَا، وَنَخَافُ عَذَابَكَ الْجِدَّ، إِنَّ عَذَابَكَ لِمَنْ عَادَيْتَ مُلْحِقٌ، ثُمَّ يُكَبِّرُ وَيَهْوِي سَاجِدً.

Maksudnya: (Paza zaman Umar RA), manusia mendirikan malam yang awalnya, dan mereka melaknat orang-orang kafir pada separuh Ramadhan: “Ya Allah, binasakanlah orang-orang kafir yang menghalangi manusia dari jalan-Mu, mereka mendustakan para rasul-Mu, dan tidak beriman dengan janji-Mu. Pisahkanlah kesatuan mereka dan timpakanlah rasa takut di hati mereka, serta timpakanlah seksaan dan azab-Mu pada mereka, wahai sembahan yang haq.” Kemudian imam berselawat kepada Nabi SAW dan berdoa kebaikan untuk kaum muslimin mengikut kemampuan, kemudian beristighfar untuk mereka. Dia (Abd al-Rahman bin Abd al-Qari) berkata: Kemudian imam berdoa setelah habis daripada mendoakan laknat untuk orang-orang kafir, dengan berselawat ke atas Nabi SAW, serta mendoakan keampunan untuk kaum muslimin dan muslimat, dan berdoa: Ya Allah, kami menyembah hanya kepada-Mu, hanya kepada-Mu kami solat dan sujud, hanya untuk-Mu kami berusaha dan beramal, dan kami memohon rahmat-Mu, wahai Rabb kami. Kami takut kepada azab-Mu yang pedih. Sesungguhnya azab-Mu ditimpakan kepada orang yang Engkau musuhi. Kemudian dia bertakbir dan bersujud.[5]

Membaca Doa Qunut Selain Yang Warid Daripada Nabi SAW

Doa qunut yang dibaca selepas daripada bangun daripada ruku’ pada rakaat terakhir Witir tidak disyaratkan untuk membaca doa-doa tertentu, bahkan adalah lebih baik jika seseorang itu membaca doa sepertimana yang terdapat di dalam sunnah Nabi SAW.

Kata Imam al-Mawardi: “Doa yang diriwayatkan daripada Nabi SAW lebih kami suka berbanding doa yang lain, dan setiap doa yang dibaca dalam qunut sama ada yang ma’thur atau selainnya, diterima qunutnya.”[6]

Imam Burhan al-Din Ibn Muflih menukilkan pandangan Ibn ‘Aqil al-Hanbali di dalam kitabnya, bahawa doa yang ma’thur harus didahulukan dan mengikut susunan, manakala tambahan daripada doa yang ma’thur merupakan bab yang diberikan rukhsah (keringanan).

Kata Ibn ‘Aqil: “Yang paling kami sukai, apa yang diriwayatkan daripada al-Hasan bin ‘Ali R.anhuma, daripada Rasulullah SAW: اللَّهُمَّ اهدني“Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kami”. Hadith ini masyhur. Sekiranya ditambah dengan doa yang diriwayatkan daripada Umar RA,اللَّهُمَّ إِنَّا نستعينك“Ya Allah kami meminta pertolongan daripadamu” sehingga akhir, maka tidak menjadi masalah.”[7]

Syeikh al-Islam Abu al-Abbas Ibn Taimiyah menyatakan: Hakikatnya, qunut witir adalah sejenis doa yang dibolehkan dalam solat. Siapa yang mahu membacanya, silakan dan yang tidak mahu mengamalkannya juga dibolehkan. Sebagaimana melalui solat witir, seseorang boleh melakukan tiga, lima atau tujuh rakaat, bergantung atas kemahuan seseorang (bilangan yang ganjil). Sama sahaja jika dalam witir, ia boleh dilakukan sebanyak 3 rakaat dan 2 salam atau dilakukan sekali gus. Pada bulan Ramadan, jika seseorang itu membaca qunut pada keseluruhan bulan Ramadan, maka itu adalah sangat baik. Sama juga jika seseorang itu membaca qunut pada separuh akhir Ramadan sahaja, itu juga adalah sangat baik, malah jika dia tidak membaca qunut sekali pun, itu juga tidak dianggap berdosa.”[8]

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa bacaan doa qunut yang hendak dibaca tidak disyaratkan untuk membaca doa-doa tertentu, bahkan adalah lebih baik jika seseorang itu membaca doa sepertimana yang terdapat di dalam sunnah Nabi SAW. Namun begitu, jikalau seseorang itu menjadi imam, tidak digalakkan memanjangkan qunut secara berlebihan. Hal ini kerana makruh hukumnya jika imam sengaja memanjangkan doa qunut tanpa sebab yang membolehkannya. Para imam hendaklah membaca doa pada kadarnya sahaja dan tidak memanjangkannya secara berlebih-lebihan.

Hal ini sepertimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitab al-Majmu’, daripada al-Baghawi, katanya: “Makruh hukum memanjangkan qunut tanpa sebab sepertimana juga dalam tasyahhud awal. Pendapat yang zahir ialah tidak batal jika melakukannya. Hal ini kerana al-Baghawi yang berpendapat bahawa memanjangkan qunut adalah sesuatu yang makruh, beliau juga berpendapat bahawa perbuatan memanjangkan rukun yang pendek akan membatalkan solat jika dibuat dengan sengaja. Al-Qadhi Husain berkata: “Jika sekiranya seseorang memanjangkan qunut lebih daripada adat yang biasa, hukumnya adalah makruh, dan sama ada batal atau tidak, ada dua pandangan.” [9]

Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 6 April 2022 bersamaan 4 Ramadhan 1443H

The shortcode is missing a valid Donation Form ID attribute.

 

[1] Lihat Kasyifat al-Saja Syarh Safinat al-Naja, 1/177

[2] Lihat al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masa’il al-Mufidah, hlm. 244

[3] Riwayat Abu Dawud (1425), al-Tirmidzi (464), al-Nasaie (1745), dan Ahmad (1718)

[4] Lihat ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Dawud, 4/211

[5] Riwayat Ibn Khuzaimah (1100)

[6] Lihat al-Hawi al-Kabir fi Fiqh Madzhab al-Imam al-Syafi’e , 2/15

[7] Lihat al-Nukat wa al-Fawaid al-Sunniyah ‘ala Musyil al-Muharrar, 1/89

[8] Lihat Majmu’ Al-Fatawa, 22/271

[9] Lihat Mughni al-Muhtaj Syarh al-Minhaj, 1/369

Leave a Reply