Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.

Soalan

Apakah seorang perempuan yang belajar di luar negara yang mendapat biasiswa boleh membayar zakat fitrah bagi dirinya sendiri tanpa melibatkan walinya?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Zakat fitrah adalah salah satu jenis zakat yang diwajibkan orang Islam membayarnya setiap tahun. Ia mula difardhukan pada tahun ke dua hijrah ketika difardhukan puasa Ramadhan. Daripada Ibn Umar R.Anhuma  dia berkata:

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى العَبْدِ وَالحُرِّ، وَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى، وَالصَّغِيرِ وَالكَبِيرِ مِنَ المُسْلِمِينَ، وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan pelaksanaan zakat fitrah dengan segantang tamar, atau segantang barli ke atas hamba dan orang yang merdeka, lelaki dan perempuan, yang muda dan yang tua, daripada kalangan Muslimin, dan baginda menyuruh agar ditunaikan sebelum manusia keluar menuju solat (Hari Raya).”[1]

Imam al-Nawawi menyatakan:  Di sisi ulama mazhab Imam al-Syafie, pendapat yang paing sahih tentang penentuan kadar dan jenis zakat fitrah adalah mengikut غالب قوت البلد (jenis makanan ruji bagi majoriti penduduk).[2]

Syeikh Muhammad al-Zuhaili menyatakan: Zakat Fitrah telah ditetapkan kadarnya, wajib dikeluarkan ketika matahari terbenam pada hari terakhir bulan Ramadhan, dengan syarat-syarat yang ditetapkan, bagi setiap mukallaf dan orang yang dibawah tanggungan nafkahnya.[3]

Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:

  • Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
  • Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
  • Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan.[4]

Menunaikan Zakat Fitrah

Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, dam setiap orang yang wajib diberi nafkah olehnya. Mereka itu termasuklah isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) daripada lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.[5]

Jika seseorang itu menafkahi (menanggung) seseorang atas sebab nikah (isteri, anak-anak), kaum kerabat (ibu ayah, saudara) dan khidmat (hamba) maka wajib seseorang itu membayarkan zakat fitrah bagi tanggungannya jua. Kaedah menyatakan:

كُلُّ مَن تَلْزَمُهُ نَفْقَةُ غَيْرِهِ تَلْزَمُهُ فِطْرَتُهُ

Maksudnya: Sesiapa yang wajib menafkahi seseorang, wajib juga menunaikan zakat fitrah bagi tanggungannya.  [6]

Justeru secara umumnya wajib ke atas usul (penanggung nafkah) untuk membayarkan zakat anak perempuannya.  Namun begitu, ini tertakluk kepada tiga syarat wajib

  • Usul berkemampuan daripada segi ekonomi.
  • Furu` (anak-anak) masih lagi kecil, belum baligh
  • Furu` ialah seorang yang faqir tidak mampu berkerja.[7]

Maka, jika seorang anak perempuan tidak memenuhi syarat-syarat wajib ini maka tidak wajib ke atas ayahnya untuk menafkahinya seterusnya membayarkan zakat fitrah bagi pihaknya.

Kesimpulan

Justeru, dalam kes di atas, kami cenderung kepada pandangan bahawa seorang perempua wajib membayar sendiri zakat fitrah jika dia berkemampuan khususnya kerana mendapat tajaan penuh ketika belajar.  Namun begitu, jika bapa perempuan itu mahu membayarkan zakat fitrah bagi anak perempuannya maka hukumnya adalah harus dan sah tetapi dengan  mendapat keizinannya.

Syeikh Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan tidak diharus bagi seseorang itu menunaikan zakat fitrah kepada orang lain (ajnabi) melainkan mendapat keizinannya. Serta tidak sah sekiranya ia menunaikannya tanpa mendapat keizinan. Ini kerana zakat fitrah itu ibadah dan tidak akan tertunai melainkan mendapat keizinan daripadanya. Namun sekiranya mendapay keizinan maka tertunailah zakat fitrahnya. [8]

Daripada segi hukum, zakat fitrah sah dibayar sendiri kepada asnaf, atau menggunakan wakil. Wajib disertakan niat ketika menyerahkan kepada asnaf, atau wakil dengan sighah seperti: Ini fardhu zakat daripada hartaku, Ini fardu sedekah daripada hartaku, inilah dia zakat daripada hartaku yang difardukan, atau yang diwajibkan. Ini bagi membezakan dengan sedekah sunat, nazar dan kafarah. [9]

Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 19 April 2022 bersamaan 17 Ramadhan 1443H

The shortcode is missing a valid Donation Form ID attribute.

[1] Riwayat al-Bukhari (1503)

[2] Lihat al-Majmu` Syarh al-Muhazzab, 6/132

[3] Lihat al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/95

[4] Ibid, 2/98

[5] Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah, 23/339

[6] Lihat Taqrirat al-Sadidah, hlm. 419

[7] Lihat al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/288-289

[8] Ibid, 2/102

[9] Ibid, 2/127-128

Leave a Reply