Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.

Soalan:

Boleh kami mengetahui adakah doa ketika berbuka; sebelum berbuka atau selepas berbuka?

Jawapan:

Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.

Terdapat beberapa nas dan hadith berkenaan dengan isu ini, antaranya:

  • Daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa):

ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

Maksudnya: “Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkam pahala insyaAllah”. 

Riwayat Abu Daud (2357), Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah hasan

Menurut Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar, makna “الظَّمَأُ” di dalam hadith di atas adalah dahaga. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ

Maksudnya: “Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga.”

Surah al-Taubah (120)

Daripada Muaz bin Zuhrah, telah sampai kepadanya bahawa Nabi SAW bersabda apabila hendak berbuka:

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau aku berpuasa dan dengan rezeki Engkau aku berbuka.” 

Riwayat Abu Daud (2358), Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar menghukum hadith ini sebagai mursal iaitu sanadnya terputus iaitu nama sahabat gugur di dalam sanad hadith ini

Daripada Muaz bin Zuhrah, adapun Rasulullah SAW bersabda apabila hendak berbuka:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَعَانَنِي فَصُمْتُ، وَرَزَقَنِي فَأَفْطَرْتُ

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah membantuku maka disebabkan itu aku telah berpuasa dan Dia telah memberi rezeki kepadaku maka aku berbuka dengannya.”

Lihat Amal al-Yaum wa al-Lailah (479), Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah mursal kerana Muaz bin Zuhrah tidak mendengar langsung daripada Nabi SAW.

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda ketika berbuka:

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْنَا، فَتَقَبَّلْ مِنَّا، إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki Engkau kami berbuka maka terimalah daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Lihat Amal al-Yaum wa al-Lailah (480), Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah dhaif

Berdasarkan nas-nas hadith di atas, jelas menunjukkan kepada kita lafaz doa disebut dengan fi’il madhi, iaitu perbuatan yang telah berlaku seperti:

  • Lafaz ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ yang memberi maksud telah hilang dahaga dan basahlah urat-urat. 
  • Lafaz  لَكَ صُمْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ yang memberi maksud kerana Engkau aku telah berpuasa dan dengan rezeki Engkau aku telah berbuka.
  • Lafaz وَرَزَقَنِي فَأَفْطَرْتُ yang memberi maksud Dia telah memberi rezeki kepadaku maka aku berbuka dengannya.

Ini bermakna mereka atau yang berpuasa telah mengecap minuman atau makanan terlebih dahulu. Kemudian, barulah berdoa. Justeru, doa dibaca selepas berbuka sekejap. Tetapi di sana terdapat doa orang yang berpuasa itu mustajab dan tidak ditolak. 

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ

Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak.”

Riwayat Ibn Majah (1753), Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah hasan

Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Maksudnya: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.”

Riwayat Ibn Majah (1752), Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan hadith ini adalah hasan

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:

لِلصَّائِمِ عِنْدَ إِفْطَارِهِ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ

Maksudnya: “Bagi orang yang berpuasa ketika dia berbuka doa yang mustajab.”

Musnad Abi Daud al-Thoyalisi (2376)

Tiga hadith di atas menunnjukkan bahawa doa tersebut dilangsungkan ketika atau hingga. Inilah yang disebut iaitu عِنْدَ dan حَتَّى ia memberi maksud berdoa terlebih dahulu atau bersamaan ketika berbuka. Saya berpendapat kedua-duanya wajar diamalkan, tetapi seolah-olah difahami bahawa berbuka dengan minum sedikit untuk basahkan tekak atau makan sebiji dua kurma atau ruthob, kemudian berdoa. Semoga kita sentiasa mengambil peluang untuk berdoa kepada Allah SWT pada bulan Ramadhan al-Mubarak ini dengan sebanyak-banyaknya bagi meraih mustajabnya doa pada bulan tersebut dan kita tergolong dari golongan yang dimustajabkan doa. Kami akhiri dengan firman Allah SWT:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ

Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka).”

Surah al-Baqarah (186)

Bertarikh: 23 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadhan 1444H

Leave a Reply