Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.

Soalan:

Boleh terangkan apakah hikmah bersahur serta nyatakan adab-adab bersahur?

Jawapan:

Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.

Kami mulakan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh oleh Anas Bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

تَسَحَّرُوا، فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya : “Bersahurlah kamu, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.” 

Sahih  al-Bukhari (1923) dan Muslim (1095)

Beza Sahur (السَّحور) dan Suhur (السُّحور)

Dalam hadith yang disebutkan, terdapat dua pandangan dalam kalimah sahur, iaitu, Sahur (السَّحور) dengan baris fathah (baris atas) dan suhur (السُّحور) dengan baris dhammah (baris depan).

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebutkan dalam Fath al-Bari: “Kalimah Sahur adalah dengan baris fathah (السَّحور) dan dhammah (السُّحور), kerana yang dimaksudkan dengan keberkatan adalalah ganjaran dan pahala, maka yang sesuai adalah dengan baris dhammah kerana ianya adalah masdar (kata terbitan), dengan makna perbuatan bersahur atau keberkatan.” (Lihat Fath al-Bari, 4/140)

Dalam kitab Lisan al-‘Arab karangan Ibn Mandzur, Sahur (السَّحور) membawa maksud makanan sahur dan minumannya. (Lihat Lisan al-‘Arab, oleh Ibn Mandzur, 4/351).

Imam al-Azhari berkata: “Sahur (السَّحور) ialah apa yang disahurkan dengannya pada waktu sahur daripada makanan atau susu atau apa-apa jenis makanan yang dimakan pada ketika itu. sebagai contoh, telah bersahur seorang lelaki makanan itu, iaitu memakannya. (Lihat Tahdzib al-Lughah, oleh Muhammad bin Ahmad bin al-Azhari al-Harawi, 4/171-172).

Imam Ibn al-Athir pula menyebut: “Sahur (السَّحور) dengan baris fathah ialah apa yang disahurkan daripada makanan dan minuman, Manakala suhur (السُّحور) dengan dhammah adalah masdar dan fi’il (perbuatan) itu sendiri, dan kebanyakan yang diriwayatkan adalah dengan baris fathah, dan dikatakan yang tepat adalah dengan baris dhammah, kerana apabila huruf sin itu berbaris fathah, ianya membawa maksud makanan. Manakala barakah, ganjaran dan pahala adalah pada perbuatan, bukan pada makanan.” (Lihat al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athar, oleh Ibn al-Athir, 2/347).

Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith menyatakan bahawa hadith ini menunjukkan galakan dalam bersahur. Telah berlaku ijma’ dalam kalangan ulama’ bahawa bersahur adalah sunat dan ia bukanlah wajib. Adapun keberkatan padanya bermaksud dengan bersahur akan menguatkan seseorang itu untuk berpuasa dan membuat seseorang itu bersemangat dengan bersahur. 

Di samping itu, dengan bersahur akan membuat keinginan seseorang itu untuk berpuasa bertambah, disebabkan kurangnya kesusahan yang dialami bagi orang yang bersahur (disebabkan keberkatan bersahur). Ini adalah pendapat yang betul dan mu’tamad pada makna hadith ini. Dikatakan juga, keberkatan yang dimaksudkan adalah dengan berjaga malam, berzikir, berdoa pada waktu yang mulia iaitu waktu turunnya rahmat dan diqabulkan (diterima) doa dan istighfar.(Lihat al-Minhaj, 7/206) Kita juga disunatkan melewatkan bersahur dan mempercepatkan berbuka.

Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam mensyarahkan hadith ini menyebut: “Berkat pada sahur terhasil daripada sudut yang pelbagai, iaitu mengikut sunnah, serta berlawanan dengan ahli kitab, dan ianya menguatkan tenaga untuk melakukan ibadah puasa, serta menambahkan semangat untuk berpuasa, menahan daripada perbuatan yang tidak baik disebabkan oleh lapar, penyebab memberi sedekah kepada yang meminta, dan sebab kepada berzikir dan berdoa, waktu mustajab untuk berdoa, dan waktu niat untuk berpuasa bagi yang lupa berniat sebelum tidur. (Lihat Fath al-Bari, 4/140)

Justeru, keberkatan bersahur yang ditunjukkan dalam hadith ini terbahagi kepada dua jenis keberkatan:

Keberkatan Syar’iyyah: iaitu keberkatan dalam mengikut sunnah baginda Rasulullah SAW, mendapat ganjaran dan pahala, penyebab kepada berzikir, berdoa, beristighfar pada waktu sahur yang merupakan waktu yang mustajab doanya.

Keberkatan Badaniyah: iaitu keberkatan pada sahur tersebut memberikan bekalan nutrien dan tenaga kepada badan serta menguatkan semangat untuk berpuasa, dan menahan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak baik disebabkan oleh lapar.

Semoga kita sentiasa bersahur pada setiap hari sebagai mukadimah untuk puasa kita di samping untuk meraih keberkatan serta doa daripada Allah dan malaikat-Nya. Daripada Abu Sa’id al-Khudri, sabda Rasulullah SAW:

السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ ، فَلاَ تَدَعُوهُ ، وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ ، فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ

Maksudnya: “Makan pada waktu sahur adalah satu keberkatan. Jangan pernah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan satu tegukan air. Sesungguhnya Allah memberikan rahmat dan para malaikat pula mendoakan ke atas orang yang bersahur.”

Riwayat Imam Ahmad (11102), Ibn Abi Syaibah (9013) dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Ausat (8064). Syeikh Syuaib al-Arna’ut menyatakan hadith ini sahih dalam takhrij al-Musnad.

Bertarikh: 23 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadhan 1444H

Leave a Reply