Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Mana yang afdhal; bayar zakat fitrah di tempat saya kerja atau di tempat saya tinggal?

Jawapan:

Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.

Sesungguhnya terdapat syarat-syarat yang mewajibkan seseorang itu mengeluarkan zakat fitrah dan di antaranya seseorang itu mestilah beragama Islam, mampu untuk mengeluarkan zakat fitrah dan masuknya waktu untuk mengeluarkan zakat. Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.”

Sahih Muslim (984)

Merujuk hadis di atas telah dinyatakan kewajipan zakat ke atas setiap umat Islam serta tempoh masa untuk mengeluarkan zakat berkenaan. Menurut Imam Nawawi, lafaz رمضان dalam hadis berkenaan adalah merujuk kepada waktu wajib iaitu setelah tenggelamnya matahari serta telah masuk permulaan malam pertama aidilfitiri. (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 7/58)

Dalam menjawab persoalan di atas, saya lebih cenderung kepada tempat kita tinggal. Contohnya, kita kerja di Kuala Lumpur tetapi kita menetap di Seremban. Bagi zakat fitrah, saya cenderung kita bayar di Seremban kerana itu tempat kita menetap. Dan waktu afdhal bayar zakat serta wajib adalah pada hari akhir Ramadhan selepas terbenamnya matahari. Biasanya, kita sudah bercuti ketika itu. Itulah yang paling afdhal. Kewajipan ini merujuk kepada nukilan Sheikh ‘Abdullah Bafadhal dalam karyanya:

وَتجب زَكَاة الْفطر بِشُرُوط إِدْرَاك غرُوب الشَّمْس لَيْلَة الْعِيد

Maksudnya: “Zakat fitrah diwajibkan dengan syarat melalui tenggelam matahari pada malam hari raya.” (Lihat al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah, 128)

Perkara yang lebih utama adalah pastikan bahawa kita tetap membayar zakat fitrah sebelum tamat tempohnya. Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita untuk dapat menunaikan zakat fitrah dengan sempurnanya. Amin.

Bertarikh: 30 Mac 2023 bersamaan 8 Ramadhan 1444H

Leave a Reply