Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Ada beberapa cadangan nama. Saya hendak bertanya kepada ustaz mana yang lebih afdhal dan sesuai. Sebab bimbang dengan nama yang hendak diberi takut berat atau tidak sesuai dengan puteri saya.

Cadangan nama-namaya ialah: Ulya Mikayla / Uzma Mikayla / Ulfa Mikayla / Umaiza / Maryam Uyaina.

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda SAW, para sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW sehingga Hari Kiamat.

Pertama sekali, saya ucapkan tahniah kepada anda yang dikurniakan bayi perempuan. Semoga ia menjadi anak yang soelhah serta penyejuk mata ibu bapanya. Inilah yang selalu kita doakan.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

Surah al-Furqan (74)

Daripada senarai nama yang diberikan, saya syorkan dinamakan dengan Maryam Uyaina. Ini kerana sempena nama Maryam yang tercatat dalam al-Quran juga ibu kepada Nabi Allah Isa AS. Dan Uyaina itu lebih kepada maksud cahaya mata. Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita semua kebaikan di dunia dan di akhirat. Saya akhiri dengan doa:

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.”

Surah al-Baqarah (201)

Bertarikh: 26 Jun 2023 bersamaan 7 Zulhijjah 1444 H

Leave a Reply