#4965: Najis yang Boleh Menjadi Suci

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Benarkah terdapat najis yang boleh menjadi suci?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Menjawab persoalan di atas, kami nyatakan terdapat tiga najis yang boleh menjadi suci:

  1. Arak apabila bertukar menjadi cuka dengan sendiri. Maka, jika ia dicampur dengan bahan asing seperti bahan pengubah, ia akan kekal sebagai najis.
  2. Kulit bangkai setelah disamak (Lihat Nail al-Raja, hlm 97). Sebagaimana sabda Nabi SAW:

إِذَا دُبِغَ الإِهَابُ فَقَدْ طَهُرَ

Maksudnya: “Jika disamak kulit maka ia menjadi suci.”

Riwayat Muslim (838)

  1. Apa yang telah berubah menjadi haiwan (seperti ulat yang berasal dari najis). Sebahagian ulama berkata suci kerana ia bukan dicipta dari najis tersebut tetapi ia lahir di dalamnya. (Lihat Safinah al-Naja, hlm. 27)

Semoga Allah membantu anda dalam lebih memahami syariat Allah SWT dan moga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

(Surah Ibrahim: 40)

Wallahua`lam.

 

Sokong Kami

Anda Suka Artikel Ini Tekan untuk terus menyumbang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *