#5751: Wanita yang Mengalami Da’im al-Hadath Semasa Haji atau Umrah

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Apakah hukum bagi wanita yang menghadapi da’im al-hadath?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Bagi wanita yang menghadapi Da’im al-Hadath, dia dinasihatkan untuk menerima pakai pandangan muqabil al-Asah demi mengelakkan masyaqqah iaitu tidak perlu bersuci sekiranya najis yang keluar tidak meleleh melampaui alat penahan seperti tuala wanita atau seumpamanya, malah memadai dengan memperbaharui wuduk sahaja. (Lihat Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-32, Kertas Kerja Pertama, hlm. 1).

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

Sokong Kami

Anda Suka Artikel Ini Tekan untuk terus menyumbang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *