Pelanggan boleh memohon refund dalam tempoh 7 hari selepas menerima produk.
Refund hanya akan diproses untuk produk yang:
Mempunyai kerosakan fizikal seperti koyak, cetakan kabur, atau kandungan yang hilang.
Tidak sepadan dengan pesanan yang dibuat (produk salah dihantar).
Bukti pembelian (resit rasmi) dan bukti bergambar (jika berkaitan) mesti disertakan bersama permohonan refund.
Proses Pemulangan
Hubungi kami melalui emel di maktabahalbakri@gmail.com atau WhatsApp di 019-6639624 untuk memulakan proses pemulangan.
Produk mesti dikembalikan dalam keadaan asal (tidak digunakan atau ditulis) bersama pembungkusan asal dalam tempoh 7 hari bekerja selepas permohonan diterima.
Kos Pemulangan
Kos penghantaran semula ditanggung oleh pelanggan, kecuali:
Produk rosak semasa penghantaran.
Produk salah dihantar oleh pihak kami.
Produk Rosak Semasa Penghantaran
Jika produk diterima dalam keadaan rosak, pelanggan mesti menyediakan bukti bergambar dalam tempoh 48 jam selepas penerimaan.
Kami akan menggantikan produk tanpa kos tambahan atau menawarkan refund penuh selepas pengesahan.
Kesalahan Alamat Penghantaran
Jika produk gagal dihantar kerana alamat tidak tepat diberikan oleh pelanggan, pelanggan perlu menanggung kos penghantaran semula.
Refund untuk eBook dan Produk Digital
eBook atau produk digital tidak layak untuk refund selepas pembelian, kecuali terdapat masalah teknikal yang disahkan oleh kami.
Pautan untuk muat turun eBook hanya disediakan selama 6 bulan dari tarikh pembelian. Pelanggan digalakkan untuk memuat turun dan menyimpan salinan eBook dengan segera.
Sekiranya pelanggan menghadapi masalah teknikal dalam tempoh 6 bulan, sila hubungi kami untuk bantuan.
Proses Refund
Refund akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja selepas produk diterima dan disahkan.
Refund akan dikembalikan melalui kaedah pembayaran asal (transfer bank, kad kredit/debit).
Pengecualian Refund
Produk yang dibeli melalui promosi khas (contoh: “Jualan Clearance”) tidak layak untuk refund, kecuali produk rosak.
Produk pra-pesanan hanya layak untuk refund jika penghantaran melebihi 14 hari bekerja dari tarikh yang dijadualkan. Pembatalan pra-pesanan selepas 48 jam dari pembelian akan dikenakan caj pemprosesan sebanyak RM10.