#302: Cara Jenazah Rasulullah SAW Disolatkan

Rated 0 out of 5
RM6.00
-69%

Buku Fizikal

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00RM35.00
-32%

Siri Kematian

Fiqh Jenazah

Rated 0 out of 5
RM8.00RM15.00

Siri Solat Sunat

Solat Hari Raya

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Istisqa

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM10.00
-58%
Rated 0 out of 5
RM100.00

Siri Solat Sunat

Solat Musafir

Rated 0 out of 5
RM5.00

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Bagaimana cara jenazah Rasulullah SAW disolatkan oleh para sahabat R.Anhum?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Kewafatan Nabi SAW adalah satu musibah paling besar yang menimpa umat Islam. Dunia terasa gelap dalam pandangan para Sahabat R.Anhum tatkala menerima perkhabaran kewafatan Rasulullah SAW. Anas bin Malik R.A berkata:

لَمَّا كَانَ الْيَوْمُ الَّذِي دَخَلَ فِيهِ رَسُـولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ؛ أَضَاءَ مِنْهَا كُلُّ شَـيْءٍ، فَلَمَّا كَانَ الْيَوْمُ الَّذِي مَاتَ فِيهِ؛ أَظْلَمَ مِنْهَا كُلُّ شَيْءٍ، وَمَا نَفَضْنَا عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اْلأَيْدِي -وَإِنَّا لَفِي دَفْنِهِ- حَتَّى أَنْكَرْنَا قُلُوبَنَا.

Maksudnya: “Pada hari kedatangan Rasulullah SAW ke Madinah, segala sesuatu bercahaya.  Lalu apabila tiba hari kewafatan Baginda, segala sesuatu menjadi gelap. Dan tidaklah kami selesai menepukkan tangan kerana (mengebumikan) Rasulullah SAW – ketika pengebumiannya – sehingga kami mengingkari hati kami (tidak menemui keadaan seperti sebelumnya.”[1]

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Maksudnya adalah, mereka mendapati hati-hati mereka berubah daripada apa yang mereka rasakan ketika masih bersama Rasulullah SAW dalam bentuk kejernihan dan kelembutan. Hal itu kerana, mereka telah kehilangan segala perkara yang diberikan oleh Baginda berupa pendidikan dan pengajaran.[2]

Hasan bin Thabit turut mengungkapkan beberapa bait syair dalam menggambarkan perasaannya dengan pemergian Rasulullah SAW. Antara lain, beliau bermadah:

أطَالَتْ وُقُوفًا تَذْرِفُ الْعَيْنَ جُهْدَهَا      عَلَى طَلَلِ الْقَبْرِ الَّذِي فِيْهِ أَحْمَدُ

لَقَدْ غَيَّبُوا حُلْمًا وَعِلْمًا وَرَحْمَةً           عَشِيَّةَ عَلَّوْهُ الثَّرَى لَا يُوَسَّدُ

وَرَاحُوا بِحُزْنٍ لَيْسَ فِيْهِمْ نَبِيُّهُمْ           وَقَدْ وَهَنَتْ مِنْهُمْ ظُهُورٌ وَأعْضُدُ

يُبَكّونَ مَنْ تَبْكِي السّمَوَاتُ يَوْمَهُ       وَمَنْ قَدْ بَكَتْهُ الْأرْضُ فَالنّاسُ أكْمَدُ

وَهَلْ عَدَلَتْ يَوْمًا رَزِيّةُ هَالِكٍ           رَزِيّةَ يَوْمٍ مَاتَ فِيهِ مُحَمّدُ؟

Lama ku berdiri dengan air mata yang deras mengalir

          Menghadap timbunan tanah yang padanya Ahmad (Muhammad SAW).

Telah pergi orang yang paling berkasih sayang, samudera ilmu dan paling rahmah,

          Pada petang ketika jasad Baginda SAW ditimbuni tanah tanpa bantal.

Seorang demi seorang pergi dengan penuh kesedihan tanpa Nabi di sisi mereka,

         yang menyebabkan lemah belakang dan lutut mereka.

Mereka terus menangis, dan langit turut menangis pada hari itu,

        Bumi turut menangis, sedangkan orang ramai dalam kebingungan.

Adakah terdapat hari musibah dan kesedihan

         Yang setara dengan hari wafatnya Nabi Muhammad SAW?[3]

Berbalik kepada persoalan di atas, solat jenazah disyariatkan dalam Islam sebagaimana disebut dalam banyak nas antaranya, hadis daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَى النَّجَاشِىَّ فِى الْيَوْمِ الَّذِى مَاتَ فِيهِ، خَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى، فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا

Maksudnya“Rasulullah SAW bersedih atas kematian al-Najasyi, lalu Baginda keluar ke tempat solat, berbaris bersama-sama sahabat dan bersolat sebanyak empat kali.”[4]

Dalam menjawab persoalan di atas, nas daripada kitab al-Muwatta’ menyebut:

وَصَلَّى النَّاسُ عَلَيْهِ أَفْذَاذًا لاَ يَؤُمُّهُمْ أَحَدٌ

Maksudnya: “Dan orang ramai mensolatkan Baginda sendiri-sendiri, seorang demi seorang. Tanpa ada seorang pun yang mengimamkan mereka.”[5]

Begitu juga hal ini telah dinaskan oleh Imam al-Baihaqi, iaitu daripada Ibn Abbas, Ibn Sa’d daripada Sahl bin Sa’d dan daripada Ibn al-Musayyib dan lainnya.

Dalam riwayat al-Tirmizi, orang ramai bertanya kepada Abu Bakar R.A: “Adakah kita perlu solat ke atas jenazah Rasulullah SAW?” Maka jawab Abu Bakar: “Ya.” Mereka bertanya: “Bagaimana cara kita solat?” Jawab Abu Bakar: Satu puak akan masuk. Mereka bertakbir dan solat serta berdoa. Kemudian puak yang lain masuk, mereka bertakbir, bersolat dan berdoa secara perseorangan.”

Daripada Ibn Sa’d, daripada Ali R.A, katanya: “Dia (Rasulullah SAW) adalah imam kamu sama ada pada masa hidup atau mati. Maka tiada seorang pun boleh mengatasinya.” Inilah yang dinyatakan oleh al-Zurqani.[6]

Syeikh Sofiyyurahman menyebut dalam al-Rahiq al-Makhtum: Orang ramai masuk ke dalam bilik secara bergilir-gilir, sepuluh orang untuk mensolatkan jenazah Rasulullah SAW, tanpa seorang pun menjadi imam. Giliran pertama yang mensolatkan Baginda adalah pihak keluarga, kemudian disusuli oleh orang-orang Muhajirin dan kemudian orang-orang Ansar. Setelah kaum lelaki, giliran kaum wanita yang mensolatkan, kemudian disusuli oleh kanak-kanak.

Semua ini dilakukan sehari penuh, pada hari Selasa, hingga menginjak malam Rabu. Aisyah berkata: “Kami tidak mengetahui penguburan Rasulullah SAW hingga kami mendengar suara cangkul di tengah malam Rabu.”[7]

Ya Allah, kami cintakan kepada rasul-Mu. Jadikanlah kami bersama mereka dalam syurga-Mu! Amin.

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 14 Januari 2022 bersamaan 11 Jamadil Akhir 1443H

 

[1] Riwayat al-Tirmizi (3618), Ibn Majah (1631) dan Ahmad (13830). Syeikh Syu’aib al-Arnauth menyatakan isnadnya sahih.

[2] Lihat Fath al-Bari, 8/149

[3] Lihat al-Sirah al-Nabawiyyah oleh Ibn Hisyam, 6/90; al-Sirah al-Nabawiyyah oleh Ibn Kathir, 4/557 dan al-Iktifa’ bima Tadhammanahu min Maghazi Rasulillah, 2/371

[4] Riwayat al-Bukhari (1188) dan Muslim (951)

[5] Lihat al-Muwatta’, 1/316

[6] Lihat Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Malik, 8/500

[7] Lihat al-Rahiq al-Makhtum, hlm. 688

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search