Category Archives: Bersuci

#2094: Tatacara Mandi Wajib

Soalan: Saya ingin mengajukan pertanyaan berkaitan dengan Mandi Hadas/Wajib kepada anak saya. Untuk makluman Dato’, anak saya disahkan mengalami Autism dan ADHD. Usia anak saya sudah 14 tahun dan tidak boleh beza najis atau suci. Baru-baru ini semasa saya hendak memandikan anak saya waktu pagi, saya mendapati kesan air mani (kering) di perut dan seluar. […]

#2011: Meratakan Air Wuduk dengan Spray

Soalan: Terdapat pesakit yang berwudhuk menggunakan spray air. semua bahagian boleh dia capai, namun, dia tak sampai untuk basuh bahagian tapak kaki. adakah dia boleh spray dan usap bahagian atas kaki dan celah-celah jari sahaja, tanpa tapak kaki. Jika nak minta orang tolong, kadangkala ada dan kadangkala tiada. Mohon pencerahan   Jawapan: Alhamdulillah, segala puji […]

#1953: Kesan Bau Hancing Selepas Tawaf

Soalan: Assalamualaikum Dato saya ingin bertanya, sebelum saya pergi tawaf saya kencing sekejap selepas itu mengambil wuduk. Waktu ini memang saya yakin air kencing sudah tidak keluar dan sudah suci daripada najis.  Selepas saya selesai melakukan tawaf, saie dan tahalul saya balik kebilik dan check memang ada bau  hancing  tapi saya tidak pasti bila air […]

#1933: Budak Pakai Pampers Panjat Belakang Orang Solat

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada satu soalan. Saya sedang solat, tetapi ketika saya sedang rukuk atau sujud, anak saya yang masih lagi memakai pampers panjat belakang saya. Jadi, bagaimanakah status solat saya kerana kemungkinan pampers anak saya ada najis? Mohon pencerahan. Terima kasih.   Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam […]

#1930: Terpijak Lopak yang Ada Kesan Tapak Kaki Babi

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri, saya ingin bertanya apakah hukum saya terpijak lopak air ada kesan tapak kaki babi? Mohon penjelasan.  Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat. Pada […]

#1926: Air Mazi Yang Keluar Dalam Tempoh Yang Lama

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya mempunyai masalah air mazi yang sukar atau lama untuk berhenti. Jika selepas terangsang. Walaupun melakukan hubungan di malam hari, air mazi akan keluar keesokannya sehingga melewati waktu subuh atau zohor – berjam-jam sehingga saya terpaksa memakai penutup getah bagi menakung air tersebut.  Soalan:  Ada ketikanya saya pakai penutup kepala di […]

#1921: Kucing Berkeliaran Di Rumah

Soalan: Saya ingin bertanya apakah hukum jika kucing membuang najis dalam tandas dan bukan dalam pasir di luar rumah? Apabila pemilik ingin menggunakan tandas, baru didapati ada najis kucing sebelum dibersihkan dan kucing telah berkeliaran di dalam rumah. Adakah sah wuduk dan solat pemilik, selepas dibersihkan najis dalam tandas tersebut? Terima kasih. Jawapan: Alhamdulillah, segala […]

#1835: Air Liur Basi

Soalan: Adakah air liur basi ini tergolong dalam kategori najis ke ustaz? Jika kita solat subuh, kita tidak mandi tetapi kita bersihkan diri berus gigi, basuh muka, mengambil wuduk dan terus solat. Adakah sah solat kita ustaz? Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan […]

#1823: Kencing di Tempat Mandi — Bilik Air

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada satu soalan. Apakah hukum saya kencing dalam bilik air dan bukannya tandas? Sebabnya waktu tersebut hanya bilik air sahaja yang kosong sedangkan tandas semua penuh. Saya pula hanya hendak buang air kecil. Mohon pencerahan Dato’ Seri sebab saya dengar ada yang berpendapat hukumnya makruh. Terima kasih.  Jawapan: Alhamdulillah, segala […]

#1819: Berkaki Ayam ke Tempat Wuduk Luar

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada satu soalan. Baru-baru ini di surau PWTC sempena PBAKL 2023 sangat sesak dengan orang ramai untuk menunaikan solat secara berjemaah. Ada tempat wuduk luar yang disediakan, tetapi masalahnya selipar yang disediakan ke sana tidak banyak. Jadi ada yang terpaksa berkaki ayam untuk ke sana melalui kaki lima, dan ada […]